Amsal · Proverbs

31:1
Kata-kata raja Lemuel, nubuatan yang diajarkan ibunya kepadanya.

Inilah panggilan tinggi bagi keibuan. Ada kebenaran di sebalik kata pepatah, “Di belakang setiap lelaki yang hebat adanya perempuan yang hebat”. Kebenaran yang lebih besar ialah perempuan ini biasanya ibunya!

Raja Lemuel terhutang budi kepada ibunya untuk nasihat yang mengikuti Amsal 31. Sementara takrif dan manfaat seorang isteri yang hebat di temui dalam Amsal 31:10-31, bab ini bermula dengan nilai yang besar tentang ibu Raja Lemuel, yang kamu harus pertimbangkan dahulu.

Allah telah mengecap kelulusanNya kepada nasihat ibu ini dengan mengilhamkan dan mengekalkan kata-katanya yang terpilih untuk halaman-halaman Kitab Suci. Setiap ibu haruslah bersukacita bagi peluang untuk mengajar dan membentuk seorang anak lelaki kepada seorang dewasa yang hebat. Dia harus mempertimbangkan arahan-arahannya yang praktikal dan pengisytiharaannya yang tabah dan terus-terang bagi anak lelakinya. Bukan setiap perempuan dapat membesarkan seorang anak lelaki untuk menjadi raja, tetapi setiap perempuan dapat menjadi lebih baik oleh teladan perempuan yang hebat ini.

Siapakah raja Lemuel? Siapakah Agur, anak kepada Yake (Ams 30:1)? Siapakah Itiel dan Ukal? Apakah kitab Yasyer (Yos 10:13)? Sementara Allah tidak memberitahu itu kepadamu, pengenalpastian itu tidak penting. Jangan berspekulasi tentang rahsia-rahsia Allah dan melepaskan hikmah yang ternyata di hadapanmu (Ula 29:29). Kamu mengenal Pengarangnya, meskipun kamu tidak mengenal para penulis secara khusus.

Sama ada ia nasihat Batsyeba kepada Solomo, nasihat Abia kepada Hizkia, ataupun nasihat seorang pemaisuri asing kepada anak lelakinya, itu tidak penting. Allah telah mengilhamkan kata-kata ini bagimu, kerana ia dipanggil sebagai nubuatan, dan kerana ia ada suatu rumusan yang sungguh salih tentang seorang perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:30).

Solomo telah menulis 3000 amsal (1Raj 4:32), tetapi hamba-hamba Hizkia telah menyalinkan segelintir daripadanya (Ams 25:1). Mereka mungkin juga telah menambahkan dua lampiran – amsal Agur (nabi yang berhikmah) dan nasihat rajani ibu Lemuel, dan kedua-duanya adalah oleh penentuan Allah.

Allah mengilhamkan perempuan ini untuk mengajar anak lelakinya peraturan untuk perlindungan moral (Ams 31:3-7), pemakaian kekuasaan dengan mulia (Ams 31:8-9), dan kemakmuran hal rumah tangga (Ams 31:10-31). Inilah sesetengah daripada arahan yang paling praktikal dalam Alkitab. Setiap perempuan harus dengan rendah hati sedar bahawa seorang perempuanlah yang telah memberi takrif bertahap tinggi bagi perempuan berakhlak mulia dalam fasal amsal ini (Ams 31:10-31). Setiap perempuan (kalau tidak terlambat) haruslah menyelidiki warisan yang akan dia beri kepada anak lelakinya.

Perempuan berhikmah mengenal peranan mereka yang penting untuk mendidik anak, bahkan anak lelaki. Batsyeba mengajar Solomo (Ams 4:3-4; 6:20), dan Solomo menganggap bahawa ibu mengajar anak-anak lelaki mereka (Ams 1:8; 6:20). Tetapi membantu dengan kerja sekolah dan menugaskan kerja penjagaan rumah belum sampai cukup. Ibu yang hebat ini telah mengajar anak lelakinya dengan jelas, meskipun sudah dewasa, bagi topik-topik kenyataan seperti perempuan, wain, keadilan, dan perkahwinan. Biar setiap perempuan memakai masanya dengan berhikmah bersama anak lelakinya.

Janganlah biar dunia, dengan keutamaan-keutamaan duniawi, mengalihkan usaha-usahamu dalam tahun-tahun pembentukan yang seberapa sahaja yang kamu ada dengan anak lelakimu (atau anak perempuanmu). Niat jahat iblis bagi anakmu adalah untuk mengasihi hal-hal duniawi, seperti sukan, daripada menjadi sibuk dengan hal-hal syurgawi bagi kemuliaan Allah dan bagi kerajaan Yesus Kristus (1Tim 4:7-9). Semakin dunia menambat hatinya, semakin dia menjadi musuh Allah, dan kamu jadi sebagai penyubahat dalam pembinasaannya yang sungguh teruk (Yak 4:4).

Memandunya setiap hari ke latihan sukan dan menyaksikannya bermain bola dalam program 10 tahun rakan muda mungkin memberimu perasaan kesukaan dan waktu pelepasan daripada kerja di rumah, tetapi apakah yang telah itu ajar dia bagi pertempuran-pertempuran moral, baik lawan jahat, yang akan dia lawan dengan banyak musuh yang di luar pandanganmu bagi sepanjang hayatnya? Bagaimanakah ia dapat melengkapkannya untuk menyangkal nafsunya, menolak bohong dunia, mengasihi Allah, dan menjadi pokok kehidupan kepada orang lain (Pkh 12:13-14; Ams 11:30)?

Membantunya hari demi hari pula dalam kerja rumah untuk mencapai ijazah bukan lebih baik juga; sebab sekali lagi, apakah hasil itu dalam pembentukan akhlak yang salih, yang jauh lebih penting kepada Allah dan orang baik, dan yang akan menjamin kejayaan masa depan dalam segala aspek kehidupan (Ams 4:5-13; 22:11)? Dalam semua masa yang dipakai berjam-jam untuk mempelajari fakta-fakta untuk dipakai dalam ujian pada hari kemudian, yang kebanyakannya tidak akan diperlukan atau dipakai lagi, adakah kamu juga meluangkan masa untuk renungan harian kitab Allah, Alkitab?

Hana dengan jelas mengajar Samuel hal yang lebih penting, sebab dia cukup sedia bagi kehidupan agamanya di Silo. Kita telah membaca bahawa dia bersembahyang kepada Allah di sana, ketika ibunya meninggalkannya dengan imam Eli, tidak lama selepas dia cerai susu (1Sam 1:21-28). Bagaimanakah dia dapat pada umur setahun jagung itu mengasihi dan takut akan Allah tanpa usaha-usaha Hana yang tekun dan yang setia? Hana telah melabur di dalamnya seperti ibu Raja Lemuel di sini, dan Samuel dengan sepenuhnya lebih maju daripada semua adik-beradiknya (1Sam 2:21).

Lois dan Eunike, nenek dan ibu masing-masing, telah menyampaikan iman sejati mereka kepada Timotius dan mengajarnya Kitab Suci sejak dari kanak-kanak (2Tim 1:5; 3:15). Oleh usaha-usaha mereka yang tekun dan yang setia, Paulus telah dapat mentahbiskan hamba Allah yang paling baik yang dikenalinya (Flp 2:19-22). Ada dua Surat Pastoral dalam Wasiat Baru yang disebabkan oleh penyampaian hikmah dan kebenaran rohani Lois dan Eunike kepada Timotius ketika dia kanak-kanak. Betapa hebatnya pencapaian itu!

Kita tidak tahu butir-butir perhubungan Maria kepada Yesus, tetapi kita tahu bahawa Dia taat kepadanya, dan ibuNya merenung kata-kataNya dalam hati (Luk 2:51). Sementara merupakan perempuan yang berakhlak mulia, kita tahu bahawa dia telah mengajarNya doktrin yang baik, dan Yesus menghormati dia sebagai ibuNya (Yoh 19:25-27).

Biar setiap perempuan kudus bersukacita untuk mendidik anak-anak mereka dalam takut akan Tuhan dan hal-hal yang teras bagi kehidupan (Ams 6:20-23; 22:6). Kemahuanmu yang sungguh-sungguh dalam perjuangan yang sebegitu baik ialah kemahuan yang baik (Gal 4:18). Biar setiap anak menyayangi, menghormati, dan mentaati ibu yang sebegitu berharga (Ams 1:8; 4:3; 31:28). Dia harus memberi penghargaan bagi apa yang layak penghargaan, ketika dia mengenang didikan cemerlang yang dia terima sebagai seorang anak daripada ibunya. Biar gabungan mulia ini menyediakan lebih banyak orang bagi Allah.

Ibu, apakah yang telah kamu buat pada hari ini untuk menyampaikan kepada anakmu hikmah bagi kehidupannya menurut apa yang ada di dalam bab terakhir kitab Amsal ini? Adakah kamu cuai dalam hal ini? Allah boleh dan akan mengampunimu (1Yoh 1:9), dan Dia akan mampu memulihkan tahun-tahun yang sudah rugi kerana pengabaian atau hukuman (Yoel 2:25). Adakah kamu seorang perempuan yang lebih tua dengan anak-anak yang sudah kahwin dan ada bidang kerja? Maka pakailah amsal ini dengan mengajarnya kepada ibu yang masih muda (Tit 2:3-5).