Amsal · Proverbs

31:24
Dia membuat kain linen halus, dan menjualnya; dan menyampaikan ikat pinggang kepada si pedagang.

Perempuan hebat adalah sungguh bijak dan rajin. Mereka pintar dan tekun. Mereka melihat peluang urusniaga dan memakai itu untuk memajukan perbendaharaan keluarga. Mereka menyiapkan tugas-tugas rumah kepada suami dan anak dahulu, tetapi mereka ada fikiran dan dorongan untuk melakukan lebih daripada itu.

Perempuan yang berakhlak mulia – iaitu perempuan setiap lelaki berhikmah harus kahwin – ialah perempuan yang berhasil. Perempuan itu tidak puas hati untuk semata-mata menjadi suri rumah. Dia tahu bahawa dia lebih mampu, maka dia berbuat lebih. Contohnya di sini ialah niaga perkilangan dan jualan borong dalam bidang penghasilan linen halus dan bengkung. Perempuan ini ada semangat yang keusahawanan dan bercita-cita yang mencari-cari projek-projek untung untuk diceburi supaya menyokong suaminya dan membina pendapatan keluarga.

Perempuan yang bersantai, yang suka kehidupan yang mudah dalam menjadi seorang suri rumah dan membenci amsal ini, perlu ingat bahawa seorang kalangan kaum ibu yang telah mengajukan nasihat ini. Bab kitab Amsal ini ada perkataan Raja Lemuel, tetapi ia merupakan nubuat ibunya telah ajarnya (Ams 31:1-2). Ibu yang hebat ini telah memberi anak lelakinya hikmah yang salih untuk cara menjadi raja yang hebat (Ams 31:3-9) dan bagaimana untuk mencari perempuan yang berakhlak mulia bagi perkahwinan (Ams 31:10-31). Lelaki dan perempuan yang berhikmah akan suka nasihat itu.

Secara adil sepenuh-penuhnya untuk menyatakan kenyataannya, perempuan yang berakhlak mulia memang ada hamba-hamba (Ams 31:15). Walau bagaimanapun, mengurus hamba-hamba ada bebannya tersendiri. Tetapi dia tidak ada peti sejuk, telefon, emel, pengangkutan yang mudah, oven mikro, pembersih vakum, pembasuh dan pengering baju, pembasuh pinggan mangkuk, modal yang murah, dan beribu-ribu peralatan lain yang menjimat jerih lelah, rekacipta, dan sumber maklumat. Dia dengan luar biasa adalah tekun, berdisiplin, tertumpu, dan berhasil.

Ia suatu kesalahan penterjemahan Alkitab untuk percaya bahawa seorang permepuan haruslah berada di rumah sepanjang masa dan melakukan kerja rumah sahaja. Sesetengah orang mewajibkan ini meskipun kanak-kanak berada di sekolah, cukup tua untuk menjaga diri sendiri, atau sudah kahwin dan berpindah keluar! “Penjaga di rumah” dalam Titus 2:5 mengutuk sikap melahu, sikap menyibuk, dan gosip, yang kalau dibandingkan dengan 1 Timotius 5:13-14 tunjukkan. Ia memberi amaran terhadap tindakan-tindakan perempuan asing, yang merantau merajalela di sebuah kota (Ams 7:11).

Kesalahan tafsiran Alkitab ini, dan besar kemungkinan kerana zaman Viktoria di negara Britain, dan faktor-faktor yang lain telah menyebabkan sesetengah perempuan Kristian untuk menjadi objek-objek perhiasan, termanja dan tidak berhasil di rumah. Allah tidak pernah berniat untuk itu! Perempuan-perempuan sebegitu bergelut untuk menaruh beberapa kotak bijiran sarapan di meja sarapan, memakai mesin pembasuh baju beberapa kali, dan memeras ugut suami untuk membeli piza untuk makan malam. Apakah yang dibuat mereka sepanjang hari? Kurang berhasil! Perempuan yang berakhlak mulia dapat menyiapkan kerja sehari mereka dalam sejam sahaja!

Perempuan yang berakhlak mulia ialah perempuan yang pertama-tama tekun – sungguh bekerja keras untuk suaminya dan anak-anaknya. Sementara takut akan Tuhan (Ams 31:30), perempuan yang kudus ini memakai dirinya secara fizikal dan secara akal budi dari awal siang hari sampai ke larut malam setiap hari. Dia tiada masa untuk berbual-bual di telefon, memesej panjang-panjang, tengok-tengok barang di kedai, ngirup teh dengan kawan, kajian Alkitab dengan penginjil di Youtube, duduk berjam-jam tunggu anak main bola, main tenis, mengkaji harga barangan di sepuluh kedai, menjahit baju yang dapat dibeli, membaca untuk keseronokan, pelajaran seni, atau apa pun aktiviti yang membuang masa.

Perempuan yang ada anak kecil dan tiada hamba ada kurang masa untuk berurus niaga, tetapi itu benar untuk hanya beberapa tahun dalam kehidupan perempuan. Jika dia seorang ibu dan pendidik yang baik, anak-anak 7-10 tahun pun dapat melakukan banyak tugas kerja rumah. Hati seorang perempuan hebat terdorong untuk melakukan lebih secepat semungkin. Dia tidak berlengah-lengah, melindungi gaya hidup bersantai, atau menjadi ibu yang sokong sukan anak. Dia mahu kerja lebih keras daripada suaminya dan menyumbang secara kewangan, maka dia berbuat sedemikian!

Perempuan yang berakhlak mulia adalah kreatif, tekun, bertenaga, tertumpu, teramat mengerah tenaga, dan yang paling penting, berhasil. Dia dapat berbuat banyak setiap hari! Dia tidak kehilangan atau membuang masa. Keluarganya dijaga dengan sebaik-baiknya, tetapi dia tidak berhenti di sana. Dia memandang kepada masa depan dan membina harta benda. Lelaki yang berkahwin dengan perempuan sedemikian patut memberi isterinya sebahagian daripada hasil gajinya supaya isteri dapat menaburnya ke dalam penghasilan yang lebih banyak (Ams 31:16,31). Suaminya terkenal kerananya (Ams 31:23, 28).

Hai perempuan Kristian, di sinilah tahapnya; di sinilah keistimewaannya – perempuan yang berakhlak mulia. Pelajarannya mudah sekali: dia memakai projek kewangan untuk menambah untung kepada keluarga, sama ada ia kerja upah atau niaga kecil. Dia tidak berpuas hati dengan gaya hidup santai seorang suri rumah di zaman banyak kemudahan. Dia mencari peluang-peluang untuk menambah pendapatan bagi keluarga, dan dia tidak mengorbankan keluarga ketika mengejar peluang-peluang tersebut. Dia perempuan yang sempurna. Kajilah dia! Tirulah dia!

Hai isteri Kristian, jika suamimu dan anak-anakmu dijaga dengan sebaik-baiknya, dan kamu kerja gaji sepenuh masa, maka kamu sudah sedang berbuat sungguh banyak. Ada kurang atau tiada masa untuk hal-hal yang lain. Kamu harus dipuji kerana menyeimbangkan tanggungjawab-tanggungjawab yang sebegitu besar yang datangnya dari dua arah bertentangan. Semoga Allah menghiburkanmu supaya kamu sudah mencapai tahap piawai amsal ini, dan semoga Dia mengajarmu prinsip belas kasihan terhadap dirimu sendiri (Mat 12:7; Ams 11:17).

Hai isteri Kristian, jika kamu berada di rumah bersama anak-anak kecil, dan sumber dan masa tidak mengizinkan banyak kerja di luar, maka tumpukanlah kepada apa yang diharapkan Allah. Pastikan dirimu itu menjadi teman dan kekasih terbaik untuk suamimu, kekalkanlah suatu rumah yang cemerlang, dan dengan tekun didiklah anak-anakmu kelakuan yang salih, supaya mereka dapat membantu di rumah dan tidak lama lagi menjadi hebat di dalam kehidupan dan usaha mereka. Jadilah berhikmah sementara perubahan berlaku supaya tidak ketinggalan peluang untuk lebih banyak lagi.

Hai lelaki Kristian, di sinilah tahap piawainya; di sinilah apa yang terbaik – perempuan berakhlak mulia ini. Ada dua syarat berilham yang telah diajar ibu kepada raja ini: seorang perempuan yang mampu menjadi isteri yang hebat takut akan Tuhan (Ams 31:30), dan dia dengan cemerlang adalah sungguh berimpian tinggi dan tekun, jauh melebihi tugas-tugas rumah. Wajibkan dua ciri ini, dan kamu akan ada barang kemas yang berharga dengan nilai melebihi nilai batu delima (Ams 31:10). Jika lelaki mengharapkan perempuan seperti ini, maka banyak perkahwinan akan sungguh berbeza dan lebih baik.