Amsal · Proverbs

31:23
Suaminya dikenali di pintu gerbang, apabila dia duduk di kalangan orang tua-tua negeri.

Salah satu sukatan seorang isteri ialah reputasi suaminya. Ketika isteri menggenapi peranannya dengan baik, semua orang tahu bahawa lelaki itu mempunyai seorang isteri yang mempesonakan, anak-anak yang menyenangkan, rumah yang indah, dan harta milik yang sedang bertambah. Dia akan ada keyakinan dan kebebasan untuk melibatkan diri dalam panggilan yang lebih tinggi di kalangan lelaki.

Kesetiaannya dan keberhasilannya membekalkan bantuan yang menjadikan lelaki biasa hebat dan lelaki hebat lagi hebat. Orang lain akan menghormati lelaki kerana berkat dan hikmahnya berkahwin dengan perempuan yang sedemikian. Seperti yang dimaksudkan di Taman Eden, seorang perempuan boleh membantu seorang lelaki di dalam kebanyakan aspek kehidupan.

Sudah tentulah, lelaki yang berkahwin dengan perempuan jelek juga terkenal, sebab dia tidak dapat menyembunyikan ciri-ciri isterinya yang memualkan (Ams 27:15-16; 30:21-23). Seorang perempuan yang berakhlak mulia ialah mahkota suaminya, tetapi seorang perempuan yang jelek memalukan suaminya dan mereputkan tulang-tulang suaminya (Ams 12:4). Apabila kawan-kawannya bertemu dengan isterinya, mereka hanya dapat melihat babi busuk yang sedang memakai cincin emas pernikahannya (Ams 11:22). Banyak mengasihaninya kerana kepedihannya, tetapi orang lain memandang hina akannya kerana memilih isteri demikian dan bersabar dengannya.

Urusan perniagaan dan perundangan dulu dikendalikan di pintu gerbang kota. Kota-kota tidak membazir wang untuk birokrasi dan bangunan-bangunan yang mahal. Orang berhikmah bertemu di pintu masuk kota, yang menjadi tempat untuk menyelesaikan pertikaian perniagaan, isu-isu perundangan, dan soal-soal sivil. Mereka juga memantapkan kontrak dan menguatkuasakan kanun jenayah. Itu merupakan kemuliaan yang tinggi, dan kalau lelaki duduk di pintu gerbang, ia mencerminkan kejayaan kerjaya dan hikmah. Orang bebal tidak dibenarkan ke situ (Ams 24:7).

Amsal ini ialah tentang seorang perempuan, bukan lelaki. Jangan teralih perhatian oleh lelaki berhikmah yang terkenal di antara para pembesar kotanya. Sebahagian sebab reputasinya yang baik ialah permata yang telah dikahwininya. Amsal ini adalah di tengah-tengah penjelasan seorang ibu permaisuri tentang isteri yang sempurna bagi anak lelakinya (Ams 31:10-31). Perempuan yang angkuh, malas, atau yang suka memberontak membenci ciri-ciri akhlak ini, kerana ia mendedahkan kesalahan mereka. Perempuan yang berhikmah menyambut hakikat bahawa Allah dan seorang ibu telah menulis nas-nas kitab itu.

Lelaki baik boleh menjadi hebat dengan isteri yang hebat. Bak kata pepatah, “Di belakang setiap lelaki yang hebat, adanya perempuan yang hebat”. Perempuan ini mungkin merupakan ibunya (Ams 1:8; 4:3; 6:20; 31:1-3). Tetapi ia juga mungkin merupakan isterinya (Ams 12:4; 18:22; 19:14; 31:10,28). Ibu Raja Lemual tahu bahawa anak lelakinya memerlukan seorang perempuan yang istimewa untuk menjadi seorang raja yang berjaya. Dia dapat membantunya secara rumah tangga, emosi, kewangan, kesihatan metal, moral, seksual, dan sosial (Ams 5:15-20; 31:10-31).

Seorang isteri yang jelek membuat suaminya bagai nak gila: dia menghancurkan hati suami, meremukkan semangatnya, dan mencabut ketabahannya: dia ada musuh di rumahnya dan di katilnya (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24). Seorang isteri yang malas yang bersungut-sungut di rumah dan mengehadkan dirinya untuk kerja rumah sahaja membinasakan harta milik suaminya (Ams 14:1; Pkh 10:18). Seorang isteri yang mementingkan diri secara seksual menggeramkan suaminya sehingga tergoda untuk berzina (Ams 5:19-20; 31:3; 1Kor 7:1-5). Seorang perempuan yang cuba menjadi pemimpin rohani merosakkan doktrin suaminya lalu mencuri peranan yang telah diberi Allah kepadanya (Kej 3:16; 1Kor 14:34-35; 2Tim 3:6-7; 1Pet 3:7).

Seorang isteri yang jahat boleh menghambat lelaki yang kemampuannya lebih daripada sederhana, yang kalau sebaliknya sudah boleh menjadi lelaki yang hebat. Seorang lelaki yang sederhana boleh diperkasakan oleh isteri yang hebat, atau dikurangkan kepada kosong oleh perempuan yang jelek. Seorang perempuan boleh melindungi seorang lelaki yang kemampuannya kurang daripada sederhana supaya menjadi berhasil hanya dengan memainkan peranannya sebagai isteri dengan elok. Hai perempuan! Apakah kesan yang kamu ada pada kemampuan dan reputasi suamimu? Apakah yang dirancangkanmu untuk membuat suamimu lebih hebat pada masa depan?

Berapa banyakkah kekecewaan dan keaiban yang ada pada Adam kerana sebahagian kesalahannya berpunca daripada isterinya? Berapakah banyaknya kedurjanaan Ahab kerana isterinya Izebel (1Ra 21:25)? Apakah yang disanjungi dalam Boas? Dia telah berkahwin dengan Rut! Betapa hebatnya Simson dapat jadi kalau dia mentaati ibubapanya dan mengahwini seorang gadis Israel yang baik (Hak 14:3)? Adakah Elkana tahu bahawa dia ada kurniaan yang sungguh istimewa daripada Allah dalam Hana, meskipun tanpa anak daripadanya (1Sam 1:5,8)?

Berapa teruknya dosa Nabal kerana membazir salah seorang perempuan yang paling hebat (1Sam 25:2-3)? Berapa bahagia Daud kerana berkahwin dengan Abigail yang balu sesudah Allah membunuh Nabal (1Sam 25:32-42)? Berapakah banyak yang Batsyeba bantu Daud dengan mendidik akhlak yang salih di dalam Salomo supaya menjadi anak lelakinya yang paling aik (Ams 1:8; 4:3; 6:20)? Berapa hebatnya pasukan Akwila dan Priskila, sampai memalingkan Apolos yang gagah perkasa kepada jalan yang sempurna (Kis 18:24-28)?

Ciri-ciri yang membina seorang suami ialah ciri-ciri perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:10-31). Konteksnya membekalkan senarai tugas yang jelas untuk kaumisteri yang salih yang mahu mentaati Allah. Jika seorang perempuan mematuhi peraturan berilham untuk kehebatan, suaminya akan dimuliakan kerana berkahwin dengannya, dan suaminya bersama anak-anaknya akan memberkatinya dan memujinya (Ams 31:28). Suami akan mengaturkan lebih wang bagi isteri dan dia akan memuji isterinya di khalayak ramai kerana banyak pencapaiannya (Ams 31:31).

Suami dapat selalu percaya kepadanya, sama ada di kalangan lelaki lain ataupun dengan wang (Ams 31:10-12). Dia kreatif dan tekun utnuk memastikan rumah tangganya dijaga dengan baik-baik (Ams 31:13-15,21,27). Dia melakukan apa-apa pun untuk membina harta milik suaminya, termasuk kerja-kerja di luar dan pelaburan (Ams 31:16-19,24-25). Dia dengan bersunggu-sungguh membantu orang yang keperluan (Ams 31:20). Ucapannya selalu berbudi dan berhikmah (Ams 31:26). Dia menjaga tubuhnya dan penampilannya supaya menyenangkan suaminya (Ams 31:22; Kid 1:2; 2:3-7; 3:1; 5:9-16; 8:1-4).

Apakah yang mendorong seorang perempuan untuk menjadi isteri yang sempurna? Takut akan Tuhan (Ams 31:29-30)! Kasihnya kepada Allah dan keinginan untuk mentaati Alkitab menjadikannya isteri yang berbudi baik ini yang selalunya dihormati (Ams 11:16). Dia akan berbuat apa-apa pun untuk menggenapi peranannya yang diberi oleh Allah. Lelaki-lelaki lain menghormati suaminya, sebab mereka tahu bahawa suaminya mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada mereka, kerana isteri yang telah diperolehnya. Suami pun tahu bahawa dia mempunyai isteri yang lebih baik daripada mereka.

Hai isteri! Bagaimanakah sukatan orang lain tentang suamimu? Adakah mereka mengahsihaninya, kerana kamu seorang peleter yang suka mengemukakan pendapat? Kerana kamu tidak pernah mencapai melebihi seorang pengasuh anak, pembantu rumah, atau tukang masak? Adakah mereka memandang hina kepadanya, kerana kamu cuba menjadi pemimpin rohani dan tidak dapat kekal kedudukanmu? Atau adakah mereka tahu bahawa dia diredai Allah untuk menemuimu, dan bahawa dia merupakan lelaki berkahwin yang paling bahagia dan yang paling berjaya yang dikenali mereka? Inilah sukatan Allah untuk dipertimbangkan dirimu di sini.

Ia mudah bagi seorang isteri untuk memikir bahawa dia istimewa dan aset yang penting kepada suaminya, kerana hatinya sungguh memperdayakan dan condong untuk menganggap dirinya benar tanpa dibantu mana-mana orang pun untuk berfikir demikian. Isteri ini mungkin juga akan bertanya kepada suaminya, tetapi jawapan suami tidak bernilai juga, kerana suami akan besar kemungkinan berkompromi kebenaran untuk ada ketenteraman rumah tangga. Ujian yang benar ialah reputasinya di kalangan lelaki yang lain, sebab hanya seorang lelaki yang berkahwin dengan isteri yang hebat dapat mencapai nilai yang besar.

Hai lelaki muda! Bagaimanakah kamu menyukat calon-calon jodoh? Adakah kecantikan menguasai dirimu? Adakah keredaan memenangi hatimu? Kedua-duanya berbahaya dan memperdayakan (Ams 31:30). Kamu langsung tidak akan mencapai potensimu, kecuali kamu mengahwini perempuan yang paling takut akan Allah. Dia akan membina mindamu, menghiburkan hatimu, memuaskan jiwamu, menjaga jalan hidupmu, menyenangkan tubuhmu, memakmurkan harta milikmu, dan memberimu anak-anak yang salih. Mengapakah kamu ingin mengehadkan diri untuk berkahwin dengan apa pun yang kurang daripada itu?

Jika kamu seorang Kristian, kamu merupakan pengantin perempuan Yesus Kristus. Apakah yang orang lain fikir tentang Allah dan AnakNya melalui hidupmu? Adakah perbuatan baikmu menyebabkan adanya pujian dan membawa orang untuk bertaubat (Mat 5:16; Flp 1:18-21; 1Kor 10:31-33; 1Pet 2:12)? Gerejamu juga pengantin perempuan Kristus. Adakah ia dengan tekun mengikuti Alkitab untuk menghormatiNya supaya orang lain diinsafkan untuk bersembahyang kepada Allah ketika mereka bertemu denganmu, atau adakah ia sebaliknya jelek dengan memilih sembahyang yang kontemporari?