31:25
Kekuatan dan kehormatan menjadi pakaiannya; dan dia akan bersukacita pada masa akan datang.
Seorang perempuan yang hebat adalah kuat dan berakhlak mulia. Dia tidak akan memilih untuk berdiam dalam kesenangan atau kompromi. Dia memilih ketabahan dan keazaman. Dia menjalani kehidupan yang salih dan yang mulia. Mana-mana perempuan pun boleh jadi hebat, tetapi jarang ada yang menjadi sedemikan. Masa depannya di bumi dan di syurga akan diberkati dan berbahagia.
Ibu Raja Lemuel telah menulis penjelasan ini untuk membantu anak lelakinya mengahwini seorang perempuan yang hebat (Ams 31:1). Perempuan sedemikian akan membantunya untuk menjadi seorang raja yang lebih baik dan membina keluarga mulia dan hartamilik yang besar. Setiap perempuan haruslah berusaha kuat untuk akhlak demikian; setiap lelaki harus mencarinya.
Seorang perempuan yang berakhlak mulia menatapi masa depan. Dia tekun dan memakai usaha yang kuat untuk menyedia bagi suaminya dan anak-anaknya. Dia sungguh-sungguh menghargai integriti dan sikap berbudi baik dan tidak melakukan apa pun yang akan merosakkan reputasinya. Dia langsung tidak mengorbankan masa depan kerana membazir masa kini. Dia membuat pilihan-pilihannya sekarang, dan mengerahkan tenaga sekarang, untuk memperoleh hasil ganjaran besar pada masa depan. Dia tahu bahawa kekukangan atau kompromi pada masa kini akan menyebabkan kerugian yang lebih banyak pada masa depan.
Bahagian awal kehidupan seorang isteri mewajibkan kekuatan dan kehormatan untuk menjadikan bahagian akhir kehidupannya beroleh sukacita dan damai sejahtera. Awal dalam perkahwinan, seseorang isteri mengandung, melahir, menyusu, dan membesarkan anak-anak kecil, dan itu dengan seorang suami yang harus banyak dijaga, besertakan badjet yang kecil. Gabungan tugas-tugas itu memedihkan perempuan yang tidak terlatih dan yang tidak terdidik. Perbezaan yang mendadak itu berbanding kehidupannya yang senang di rumah pada masa mudanya dapat menjadi suatu kejutan kepadanya.
Tetapi seorang perempuan yang berakhlak mulia, yang dijadikan demikian oleh rahmat Allah dan oleh didikan yang baik, akan menaruh usaha dan pelaburan untuk mengharungi tahun-tahun yang sukar. Dia tahu dan menerima kata pepatah, “Seorang ayah bekerja siang demi siang, tetapi kerja seorang ibu tidak akan kehabisan”. Dia tahu bahawa kerja keras sekarang akan membawa lebih kebahagiaan dan ganjaran nanti, maka dia bertabah hati.
Waktu seseorang perempuan masih muda, ada banyak godaan untuk kebebalan, yang dapat merosakkan keberhasilannya atau reputasinya (Maz 25:7; 2Tim 2:22; Yeh 23:3,21). Dia ada nafsunya sendiri yang kedagingan yang harus dikendalikannya dengan serius dan dengan tegas. Kecuali dia memilih kawan-kawannya dengan berhikmah dan menjaga input-input ke dalam jiwanya, dia akan dengan mudah terjebak ke dalam tabiat-tabiat yang bebal dan fikiran-fikiran yang berdosa.
Terutamanya di dalam dunia yang kegilaan kebebasan dan kesemberonoan perempuan, seorang perempuan menghadapi banyak ujian kesetiaan, integriti, kesenonohan, kesucian dan keterkawalan diri. Tetapi seorang perempuan yang berakhlak mulia ialah perawan yang suci sebelum perkahwinan, dan dia setia dalam hati, minda, pertuturan, dan tubuh sesudah perkahwinan. Dia kuat di dalam jerih lelah dan akhlak. Dia memilih nilai mulia yang salih dalam setiap keputusan, maka dia dihormati oleh Allah dan oleh setiap orang yang baik.
Bagaimanakah kekuatan dan kehormatan menjadi pakaiannya? Dia mengenakan ciri-ciri akhlak ini seperti memakai pakaian (Efe 4:22-24). Dia menutupi dirinya dengan itu. Setiap hari ketika seseorang perempuan bangun dari tidur, dia mengenakan pakaian sebelum menampilkan dirinya kepada keluarga atau kepada dunia. Seorang perempuan yang hebat bertekad dalam hati dan minda setiap pagi supaya dia akan menjadi kuat dan mulia pada hari itu.
Apakah kekuatan di sini? Ia jerih lelah yang tekun dan usaha-usaha yang bertenaga dalam tugas-tugas domestik [hal-hal di rumah] untuk menjadi isteri dan ibu yang paling hebat (Ams 14:1; 31:13-27). Ia keazaman yang bertabah hati supaya tidak mempedulikan godaan kebebalan oleh fikirannya sendiri atau tidak mempedulikan tabiat dan gagasan keluarga, kawan, atau dunia.
Apakah kehormatan di sini? Ia kehidupannya yang berbudi baik dan yang kudus dalam hati, lidah, dan perilaku yang tidak membenarkan kebebalan atau dosa untuk merosakkan reputasinya yang salih (Ams 11:16; 31:11-12,26,30; Pkh 10:1). Dia selalu memilih jalan yang tersanjung atau jalan yang mulia dalam setiap keputusan tidak kira apa pun.
Seseorang perempuan yang berakhlak mulia takut akan Allah, dan itu memperkasakan nilainya dengan lebih banyak berbanding apa pun kecantikan atau perbuatan layanannya (Ams 31:28-30). Dia bekerja dengan lebih keras berbanding dengan mana-mana perempuan (Ams 31:17). Dia seorang isteri dan ibu yang cekap dan yang setia di rumah dan untuk hal hartamilik (Ams 31:13-27). Dia selalu berbudi baik, dan itu menjamin kehormatan masa depannya (Ams 11:16; 31:11-12,26). Dia menekankan akhlak salih dan bukan menekankan kecantikan, pakaian atau aksesori kecantikan (1Tim 2:9-10; 1Pet 3:3-4).
Hai perempuan Kristian! Janganlah mengorbankan masa depanmu kerana membazir masa kini. Jangan menjadi malas dalam tugas-tugas sekarang atau mengkompromikan kesalihan sekarang, kerana ia akan membinasakan masa depanmu. Kerahkanlah tenaga dan kekudusan sekarang, lalu masa depanmu akan diberkati. Seseorang perempuan yang berakhlak mulia akan bersukacita pada masa depan kerana sudah berhemat dengan persediaan baginya, kerana kehidupannya yang salih dan yang benar itu meninggalkan baginya hati nurani yang suci, dan kerana pujian orang lain yang telah disayanginya dan dilayaninya dengan baik (Ams 31:28-31).
Sedikit kebebalan pun boleh merosakkan reputasi yang baik, seperti lalat yang mati dalam minyak wangi yang baik (Pkh 10:1). Kamu harus dengan teliti melindungi akhlakmu dan keluargamu, supaya jangan adanya kekukangan yang menjatuhkan keluargamu, atau adanya kebebalan yang membinasakan integritimu. Hari ini ialah hari pertama untuk sepanjang kehidupanmu, dan kamu boleh menekankan kekuatan dan kehormatan pada hari ini juga. Jika kamu setia kepada kekuatan dan kehormatan, maka suamimu dan anak-anakmu akan memujimu, dan demikian juga Tuhan Sendiri (Mat 25:21,23).
Kebahagiaan masa depanmu bergantung kepada ketekunan dan akhlak mulia pada hari ini. Pertimbangkan didikan anak. Seorang anak yang terdidik dengan baik pada hari ini akan memberimu sukacita dan damai sejahtera pada hari esok; tetapi seorang anak yang terabai pada hari ini akan memberimu kepedihan dan malu (Ams 10:1; 17:25; 22:6; 23:13-14; 29:15). Anak yang sudah patut menjadi hiburanmu pada umur tua mungkin menjadikanmu gila sampai mahu mati awal.
Pertimbangkan seks. Jika kamu berfoya-foya dengan hal romantis dalam buku cerita novel, wayang, atau khayalan, ia akan membawamu kepada kepahitan yang mementingkan diri sendiri terhadap suamimu, penipuan dalam perkahwinan, dan memedihkan dirimu atau dirinya kerana perzinaannya atau perzinaanmu (1Kor 7:1-5). Kamu akan menyebabkan kepahitan pada suamimu yang akan menjadikannya bertambah ingin jauh dan kasar dan melesapkan pujian keluarga bagimu pada akhirnya (Ams 31:28).
Perempuan yang kuat dan yang terhormat ada masa depan yang bahagia. Suaminya sangat mengasihinya melebihi dahulu. Anak-anaknya yang mengasihinya adalah mulia dan berjaya dan memiliki pasangan-pasangan yang salih dan memberinya cucu yang salih. Hartamilik keluarga besar dengan tanpa ketakutan hal kewangan. Hati nuraninya bersih dan bersyukur. Dia sudah menjadi pokok kehidupan kepada banyak orang di kerajaan Allah. Reputasinya masyur jauh dan luas. Allah dipermuliakan dan akan memujinya ketika dia sampai ke syurga.
Hai gadis Kristian! Kamu belum kahwin, tetapi kamu masih boleh mengenakan kekuatan dan kehormatan bagi kebahagiaan dan kejayaan masa depanmu. Bagaimana? Jadilah lebih tekun daripada mana-mana perempuan lain dalam hal mentaati ibubapamu, menjaga kekemasan bilikmu, membantu di sekeliling rumah, dan melakukan kerja sekolahmu. Bagaimana pula dengan kehormatan? Jadilah lebih tekun berbanding dengan mana-mana perempuan lain dalam hal fikiran kudus, hal pertuturan yang murah hati, hal perhubungan yang suci dengan lelaki, hal berbudi baik kepada semua orang, dan hal berbelas ihsan kepada musuh-musuhmu.
Hai pembaca Kristian, baik lelaki mahupun perempuan, kamu merupakan pengantin perempuan Yesus Kristus (2Kor 11:1-2; Efe 5:25-27). Ia tugasmu juga untuk mengenakan pada dirimu kekuatan dan kehormatan. Apakah kekuatan? Suatu perjuangan yang telah diharungi dengan usaha yang tekun (2Tim 4:7)! Apakah kehormatan? Iman rasuli yang dipertahankan dengan membara meskipun kesesatan dan aliran-aliran meliar pada zaman kini (2Tim 4:7)! Jika kamu telah melakukan kedua-dua hal ini, pada akhir kehidupanmu ada tersedia mahkota kewajaran bagimu (2Tim 4:7-8).