4:16
Sebab mereka tidak tidur, kecuali telah melakukan kenakalan; dan kantuk mereka lesap, melainkan mereka telah membuat sesetengah orang jatuh.
Kawan yang jahat akan membinasakan kamu. Jika kamu ingin bertumbuh di dalam hikmah dan kesalihan kamu mesti mengelakkan persahabatan yang bebal. Paulus telah menulis bahawa pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik (1Kor 15:33). Solomo dengan tegas memberi amaran kepada anaknya untuk menjauhkan diri daripada orang jahat (Ams 4:14-15). Hati mereka dikawal oleh dosa dan fikiran-fikiran mereka setia kepada dosa (Ams 4:16-17).
Baik dan jahat adalah bertentangan, dan orang baik dan orang jahat juga adalah bertentangan. Permusuhan mereka tidak terhenti-henti (Ams 29:27). Orang berhikmah dan benar memilih untuk hidup dengan berjaya, dan Allah memberkati mereka dengan cahaya (Ams 4:18). Orang bebal dan jahat hidup di dalam kegelapan, dan tersandung oleh kehidupan yang disfungsi [rosak] oleh hati yang telah buta dengan keangkuhan dan kejahilan (Ams 4:19).
Ada dua jenis orang di bumi ini – orang benar dan orang jahat. Sementara orang jahat boleh melakukan perbuatan luaran yang nampaknya baik, perbuatan-perbuatan itu berpunca daripada hati yang hanya jahat dalam pandangan Allah (Maz 14:1-3; Rom 3:9-18). Sementara orang benar mungkin sekali-sekala hidup bebal, namun mereka mempunyai hati yang benar yang disakiti oleh dosa (Maz 73:16-22; 2Pet 2:7-8).
Amsal ini dan yang kemudiannya adalah amaran Solomo tentang sikap buruk orang jahat (Ams 4:16-17). Kenakalan dan kejahatan adalah lebih penting kepada mereka daripada tidur. Mereka tidak dapat berehat atau berpuas hati sehingga mereka telah merosakkan atau melukakan orang lain. Kejahatan dan keganasan adalah roti dan wain mereka. Mereka kena makan itu setiap hari untuk memuaskan kelaparan mereka!
Tidak ada orang yang tengah-tengah. Orang benar adalah pengikut-pengikut Yesus Kristus dan kesalihan, sementara orang jahat adalah tawanan dan hamba kepada Syaitan dan dosa. Orang samaada mendasarkan hidup mereka atas syarat-syarat muktamad Alkitab ataupun mereka mendasarkan hidup mereka atas bohong dunia yang telah diterima daripada iblis. Perseteruan yang besar inilah yang menjadikan kawan-kawan duniawi tidak mungkin untuk orang Kristian yang setia.
Organisasi-organisasi dunia ini setia untuk menterbalikkan Kristian Alkitabiah. Mereka bekerja siang dan malam bagi kenakalan dan menjadikan orang jatuh daripada yang betul dan benar. Mereka tidak dapat tidur sehingga mereka menyingkirkan Yesus Kristus, pengikut-pengikutNya, dan doktrinNya daripada bumi ini. Cuba kamu berteguh didalam Alkitab akan sesuatu hal, dan lihatlah kesannya!
Kamu mesti menyukat kawan-kawan dan kenalan kamu dengan teliti dan tegas. Tolaklah mereka yang tidak bersetuju dengan tahap tinggi Allah sepertimana Daud telah lakukan (Maz 15:4; 101:3-8; 119:63,79). Dan Solomo pun mengajar untuk melakukan sebegitu (Ams 9:6; 13:20; 14:7; 19:27). Sesetengah daripada ancaman dosa kepada kejayaanmu mungkin adalah ahli-ahli keluargamu, namun, pertalian persaudaraan dan darah daging tidak penting kepada Allah ataupun murid-murid yang setia (1Sam 23:17; 2Taw 15:16; Mat 10:34-37; Luk 14:25-33).
Allah syurgawi dan orang yang paling berhikmah mengarahkan kamu untuk mengelakkan dunia, menolak pendapat-pendapat dunia, memandang rendah cara hidup dunia, dan bencikan perlawaan-perlawaan dunia (Maz 101:3-8; Rom 12:1-2; 2Kor 6:14-18; Efe 5:7-13; Yak 4:4; 1Yoh 2:15-17). Tak kira betapa halusnya sindiran atau betapa menarik godaan untuk menentang kekuasaan Alkitab yang mutlak, kamu harus berpaling dengan sepenuh kekuatan kamu untuk mengelak daripada menjadi rosak (1Kor 15:33; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:1-5).