Amsal · Proverbs

4:17
Sebab mereka makan roti kedurjanaan, dan minum wain keganasan.

Sesetengah orang makan kedurjanaan. Itu diet mereka. Mereka rasa gelisah dan mudah terganggu ketika mereka tidak dapat berdosa dan melukakan orang lain. Mereka tiada kenikmatan dalam kewajran, sebab ia tidak memuaskan kedambaan mereka untuk kenakalan dan pengancaman. Mereka mencipta hal-hal yang jahat, sebab minda mereka selalu bekerja untuk mengambil kesempatan atas orang lain (Rom 1:30). Dunia ini ada banyak orang sedemikian, dan orang berhikmah akan berusaha besar untuk mengelak mereka dan jalan-jalan mereka (Ams 4:14-17).

Alkitab ialah kitab yang berkiasan, dan kerap kali memakai gambaran dan perkataan dengan erti tersirat. Ia kitab rohani, tetapi kerap kali menyatakan dirinya dengan kata-kata yang biasa. Ada dua kiasan metafora dalam amsal ini, yang dapat diubahkan kepada kiasan simili. Maka amsal berbunyi, “Mereka berbuat kedurjanaan seperti makan roti, dan mereka suka keganasan seperti minum wain”. Amsal yang sebelum ini menandakan maksud metafora yang harus dipakai untuk amsal ini (Ams 4:16).

Hati orang durjana tidak pernah puas – dia menanti-nantikan dosanya yang kemudian. Dia tidak dapat mudah berehat atau tidur dengan puas, kerena dia menikmati kenakalan dan menyebabkan orang lain untuk jatuh (Ams 4:16). Sifatnya mendambakan kedurjanaan dan masalah, seperti orang lain mendambakan roti dan wain. Seleranya, yang diwarisi daripada Adam, adalah untuk dosa dan pemberontakan, dan bukan kewajaran dan damai sejahtera. Orang durjana memesong sebaik sahaja mereka dilahirkan, sambil berbohong (Maz 58:3; Rom 3:9-19).

Apakah yang menyebabkan kerosakan yang sebegitu teruk? Manusia dilahirkan dalam keserupaan bapa leluhur mereka iaitu Adam (Kej 5:3). Mereka dilahir mati terhadap Allah, tetapi bangkit hidup terhadap si iblis (Efe 2:1-3). Iblis ialah si pembinasa dan si pembunuh, dan mereka mengikut teladannya dan gerak hatinya (Yoh 8:44). Mereka orang bebal yang mencintai niat jahat dan kedurjanaan: mereka suka membenci, dan mereka saling membenci satu sama lain (Tit 3:3). Mereka sudah tidak boleh berperasaan lagi, dan dengan tamak mengejar segala kegasangan (Efe 4:17-19).

Daud suka Solomo, dan Solomo mengasihi Rehabeam. Kedua-dua bapa menggesakan anak-anak mereka untuk mendapat hikmah, sebab ia perolehan yang paling penting dalam kehidupan, dan ia akan membawa banyak berkat dalam kehidupan mereka (Ams 4:1-13). Mereka maju lebih lanjut dan memberi amaran yang tegas tentang bahaya besar untuk adanya kawan-kawan atau teman-teman yang jahat (Ams 4:14-17). Daud dan Solomo tahu bahaw kawan-kawan jahat dapat dengan mudah sekali merosakkan adab baik anak-anak lelakinya (Ams 9:6; 13:20; 1Kor 15:33).

Apakah pelajarannya? Jauhilah orang yang sedemikian! Pertimbangkan kata-kata solomo. Dia telah menulis, “Jangan memasuki jalan orang durjana, dan jangan menuruti jalan orang jahat. Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah daripadanya, dan jauhinya” (Ams 4:14-15). Lihatlah perkataannya! Tiada ruang untuk apa pun kompromi dengan jenis orang durjana ini. Kamu tidak boleh mendekati mereka. Kamu harus tidak sabar dengan mereka, gagasan mereka, dan amalan mereka. Mereka akan merosakkan adab baikmu dan mengheretmu kepada kebinasaan dan ke nereka bersama mereka. Jauhilah mereka!

Hai pembaca, kamu tidak berbeza daripada jiwa-jiwa yang terkutuk ini dalam sifatmu. Kamu telah dilahir sama seperti mereka, dan kamu menjalani hidup seiras dengan cara mereka, sehingga kamu dilahirkan semula oleh rahmat dan kuasa Allah (Efe 2:1-3; Tit 3:3-7). Elifas telah berkata tentang dirimu dan tentang semua manusia, “Betapa lebih kejinya dan najisnya manusia, yang minum kedurjanaan seperti air?” (Ayb 15:16). Hanya Tuhan Yesus Kristus yang dapat menyelamatkan manusia daripada sifatnya yang sungguh rosak (Rom 7:24-25).