4:18
Tetapi jalan orang benar adalah seperti sinaran cahaya, yang semakin bersinar sampai ke siang hari yang sempurna.
Berlari dengan cahaya yang Allah beri kepadamu! Dia menawarkan kebenaran kepada setiap orang pada detik-detik masa yang tertentu dalam kehidupannya. Kebanyakan orang memberontak dan menolaknya, jadi Dia dengan adil membutakan mereka di dalam kejahilan yang kekal. Tetapi orang baik bersukacita dan mentaati kebenaran yang ditawarkan, dan Dia mengganjari mereka dengan lebih pemahaman.
Solomo dalam konteks petikan ini sedang memberi amaran kepada anak lelakinya tentang jalan orang durjana (Ams 4:14-17). Dia mengarahkannya supaya jangan memasukinya atau menurutinya; dia mengarahkannya untuk mengelaknya, berpaling daripadanya, dan jauhinya. Selepas memberi dia keterangan yang indah tentang jalan orang benar dalam amsal ini, dia memberitahunya bahawa jalan orang durjana ialah kegelapan; apa yang menjadikan merekatersandung tidak diketahui mereka. (Ams 4:19).
Alam ciptaan yang nyata membuktikan Allah wujud dengan kuasa yang kekal dan Keilahiannya (Rom 1:18-20; Maz 19:1-6). Manusia tidak dapat berdalih. Ketika mereka menjadi angkuh dan menolakNya, Allah menggelapkan hati mereka dan mendawai semula otak mereka menghala ke keinginan jahat dan fikiran jahil, seperti sembahyang berhala dan evolusi (Rom 1:21-23). Ini juga penyebab dan punca sodomi (Rom 1:24-27).
Pertimbangkan Firaun. Dia menolak TUHAN, meskipun Musa telah menunjukkan tanda-tanda dan tulah-tulah yang besar ke atas bangsanya. Oleh sebab itu, Allah mengeraskan hatinya, dan Firaun dengan bebal mengambil kereta kudanya dan angkatannya turun ke Laut Merah [Tebrau] untuk menemui ajalnya yang sungguh dahsyat. Apakah yang membutakannya kepada bahaya yang jelas-jelas nyata membuat pilihan sedemikian? TUHAN yang membutakannya (Kel 14:4,17).
Allah juga menawarkan kebenaran kepada orang yang biasa. Jika mereka menolaknya, Dia membutakan pemahaman mereka dan meninggalkan mereka kepada perdayaan hati mereka dan kepada pengaruh orang yang lain. Allah sudah berjanji untuk memperdayakan para nabi ketika orang pergi kepada mereka dengan berhala dalam hati mereka (Yeh 14:4-11). Yesus berbicara dalam perumpamaan untuk mengeraskan hati orang Yahudi (Mat 13:10-17). Dan Allah menyampaikan pendayaan kuat untuk menyebabkan manusia percaya akan bohong, ketika mereka menolak kebenaran yang ditawarkan (2Tes 2:9-12).
Adakah Allah pengarang kekeliruan? Sudah tentu dan pasti! Dia tidak berhutang memberi kebenaran kepada sesiapa pun, dan Dia akan menahan kebenaran dan cahaya daripada orang yang membazir atau menolak kebenaran yang ditawarkan kepadanya. Menara Babel dan peristiwa kekeliruan di sana bukan sahaja fakta-fakta sejarah yang benar, tetapi juga suatu tanda penghakiman kudusNya kepada orang yang mengejar agenda mereka sendiri (Kej 11:1-9).
Tetapi Allah berdaulat yang sama akan memberkati orang yang adil dan yang baik. Seperti amsal ini telah isytiharkan, Dia akan menyediakan sinaran cahaya untuk semakin menyatakan lebih kebenaran, kerana orang baik telah mentaati apa yang sudah Dia nyatakan. Inilah salah satu daripada insentif yang paling besar untuk mentaati segala kebenaran yang dinyatakan kepadamu. Dia sama ada akan memberkati ketaatanmu dengan lebih cahaya, atau menghakimi ketidaktaatanmu dengan mengambil cahaya yang kamu fikir kamu ada (Luk 8:18). Ambil pedulilah, hai pembaca!
Cahaya ini tidak diberi kepada setiap orang, sebab ia hanya bersinar pada jalan orang benar. Ia bukan untuk pengundur, orang munafik, atau pengkompromi. Cahaya Allah, yang membawa hikmah, kebenaran, dan pemahaman, ialah hanya untuk orang benar – orang yang berpaling daripada fikirannya yang sia-sia supaya dapat melakukan kesempurnaan kehendak Allah (Ams 3:33; 9:9; 11:9; 12:13,21; 14:14; 20:7; 21:15; 24:16).
Bagaimanakah mungkin siang hari yang sempurna terjadi? Ia bermula dengan suatu cahaya yang lemah dari timur, yang nampaknya amat daif dalam kehitaman malam. Tetapi kegelapan tidak lama kemudian tidak bertahan, sementara matahari yang megah bangkit dari kaki langit untuk menghalau segala yang sisa daripada malam. Sementara ia terbit dengan berkuasa ke langit, cahayanya semakin menambah keamatannya dan sudut sinarannya sehingga semuanya terangdi bawah rembang tengah hari. Demikianlah berkat TUHAN ke atas jalan orang benar; Dia semakin bersinar sampai kesempurnaan, seperti seorang lelaki yang berlaku adil dan menjalani hidup dengan rendah hati dengan Allahnya (Mik 6:8).
Sinaran lampu besar keretamu hanya dapat menjangkau jarak yang pendek. Tetapi sementara kamu memandu, sinarannya semakin jauh. Ketika kamu meninggalkan garaj yang gelap, penglihatanmu bukannya menjangkau sampai ke rumah. Kamu mula memandu dengan cahaya yang diberi, yang hanya bersinar ke depan sedikit. Tetapi sementara kamu percaya kepada cahayamu dan pandu maju, cahayamu akan bersinar lebih jauh di depan sehingga kamu sampai ke destinasimu. Lampumu telah memimpinmu sepanjang jalan ke rumah, kerana kamu harap kepadanya setiap kilometer perjalanan itu. Solomo tidak mempunyai lampu kereta, tetapi di memang ada pelita untuk lorong-lorong (Maz 119:105).
Seperti dua gambaran cahaya yang bersinar ini, Allah Yang Berbahagia mencerahkan lagi dan menyatakan lagi kebenaran sementara kamu maju ke depan dengan ketaatan yang penuh kesyukuran ke arah kebenaran yang Dia sudah beri (Ams 2:1-5; Ayb 17:9; Maz 84:7; Hos 6:3; 2Kor 3:18). Oleh sebab itu, Solomo memberi amaran demi amaran di banyak amsal untuk kamu mengambil perhatian kepada arahan dan mentaatinya (Ams 1:23; 8:32-33; 10:17; 12:1; 28:9; 29:1). Kesan-kesan keingkaran adalah keras.
Hikmah dan kebenaran tidak bergantung kepada intelek atau guru. Ia bergantung kepada iman dan ketaatan. Intelek dan pendidikan duniawi boleh menjadi suatu kecacatan yang teruk untuk belajar hikmah Allah (1Kor 1:19-20). Orang muda boleh dengan mudah lebih maju daripada orang tua yang berhikmah, jika dia takut hanya kepada Allah dan percaya sepenuhnya kepadaNya dan firmanNya (Ayb 32:6-9). Kamu boleh dengan mudah lebih maju daripada musuh-musuhmu, guru-gurumu, dan para orang tua dengan hanya percaya kepada kitab suci Allah (Maz 119:98-100).
Tuhan Yang Berbahagia mengajar amsal ini dengan kata-kata ini: “Jika sesiapa pun melakukan kehendaknya, dia akan mengenal doktrin itu, sama ada ia daripada Allah, atau ia daripada perbicaraanku sendiri” (Yoh 7:17). Jika kamu mentaati kehendak Allah, kamu akan mengenal doktrin sejati Allah, sebab Dia akan menyatakan lebih kebenaran kepadamu dan mengesahkan itu kepada hatimu. Natanael, para rasul, sida itu, dan Kornelius menerima cahaya selepas ketaatan (Yoh 1:45-51; Luk 24:32; Kis 8:30-35; 10:6).
Banyak orang telah bersemuka dengan kebenaran Allah dan telah menolaknya kerana sayang tradisi, takut akan manusia, ingin menjamin kerja gajinya, dan jerat-jerat yang lain (Ams 29:25). Berapa banyak orang yang telah menolak pembaptisan Alkitab dan akhirnya terjerumus ke dalam pembaptisan bayi di rumah pelacuran Gereja Rom dan gereja-gereja yang anak kepadanya? Berapa banyak orang telah menolak doktrin sihat dan akhirnya terjerumus ke dalam celoteh-celoteh yang tidak masuk akal bersama-sama perempuan tolol dan lelaki keperempuanan dalam sut putih? Berapa banyak orang mengasihi upacara dan akhirnya terjerumus ke dalam penjanaan semula oleh pembaptisan? Berapa banyak memilih mazbah kebebasan kehendak dan akhirnya percaya kepada rayuan beremosi untuk penjanaan semula oleh keputusan? Tambahan pula tenggelam ke dalam kesan-kesan badaniah kemudahpercayaanisme? Berapa banyak yang mencari dukungan dan perlindungan kerajaan dan akhirnya berada dalam gereja nasional yang tidak bernyawa rohani?
Cara kamu pakai amsal ini memberi kesan-kesan besar kepada jiwamu, keluargamu, dan gerejamu. Jika kamu dengan degil memilih jalanmu sendiri, TUHAN di syurga akan membutakanmu. Jika kamu dengan rendah hati menunduk kepada firmanNya, Dia akan memberkatimu dengan cahaya dan kebenaran. Hai pembaca, di manakah kamu sedang menolak kebenaran dan keinsafan dalam kehidupanmu? Di manakah kamu masih berpegang kepada tradisi atau takut akan manusia lebih daripada kamu takut akan Tuhan? Apakah yang salah dalam kehidupanmu, keluargamu, atau gerejamu yang kamu kekal tidak perbetulkan? Apakah dosa-dosamu yang kamu simpan rahsia? Allah tidak akan diperolok-olokkan!
Solomo telah memberi amaran, “Orang yang merayau keluar dari jalan pemahaman akan menetap di dalam jemaah orang mati” (Ams 21:16). Bacalah ulasan bagi amsal itu yang serius. Kebanyakan gereja di negara Amerika yang dahulukala mulia sekarang merupakan jemaah-jemaah yang tersebut, sebab mereka telah meninggalkan Firman Allah untuk dongeng dan kenikmatan manusia (2Tim 3:4-7; 4:3-4).
Kamu dapat diselamatkan daripada kejahilan dengan mendengar firman nubuatan yang lebih pasti, yakni Alkitab, yang adalah seperti sinaran cahaya di tempat yang gelap, dan yang lebih pasti secara kebenaran daripada mendengar suara Allah dari syurga (2Pet 1:16-21). Dengan melakukan ini kamu boleh ada siang pengetahuan terbit di dalam hatimu melalui kemuliaan Yesus Kristus, sekarang dan pada masa kedatanganNya yang mulia kelak. Bagaimanakah kamu memperoleh ini? Dambakan susu firmanNya yang tulen (1Pet 2:2; 2Pet 3:18).
Jalan orang benar melebihi kehidupan ini. Suatu hari sedang menjelang ketika dia akan tahu dengan pengetahuan yang sempurna. Dia akan berada di hadirat Tuhan Yesus, dan dia akan mengenal segala sesuatu. Sehingga waktu itu, percayalah kepada sinaran cahaya firmanNya dan taatilah apa yang kamu lihat daripadanya, dan berdoa untuk pencerahan Roh (Efe 1:17-18). Terima kasih, Tuhan, untuk kebenaran dan cahaya.