Amsal · Proverbs

4:19
Jalan orang durjana adalah seperti kegelapan: apa yang mereka menyandung tidak diketahui mereka.

Adakah kamu berasa gerun melihat betapa bodohnya kaum manusia, terutamanya generasi zaman kini? Kamu patut demikian. Oleh sebab kerosakan hati mereka dan kejahilan hati mereka, mereka hidup di dalam kegelapan seperti kepada kebenaran dan hikmah. Mereka kekal melukakan diri sendiri dengan apa yang mereka tidak dapat lihat, dan kehidupan mereka menjadi kian hari kian disfungsi.

Salomo memasukkan suatu keselarian di sini. Di dalam amsal sebelum ini, dia menjelaskan bahawa kehidupan orang benar adalah seperti cahaya yang bersinar, yang bertambah sampai cahaya penuh siang dilihat (Ams 4:18). Semakin seseorang belajar dan memakai kebenaran dan hikmah, semakin Allah memberinya pemahaman dengan cara yang sama fajar pagi menghalau kegelapan dan akhirnya membawa hari siang yang penuh terang.

Tetapi orang durjana langsung tidak dapat melihat, sebab mereka berjalan di dalam kegelapan. Mereka tidak tahu mengapa mereka tersandung dan jatuh, sebab mereka tidak dapat melihat kesilapan-kesilapan di dalam fikiran sendiri. Keangkuhan mereka ialah kutuk yang besar, sebab ada lebih harapan untuk orang bebal daripada orang yang fikir bahawa dirinya betul (Ams 26:12). Mereka bergegas ke dosa, sehingga tiba-tiba ia mengejutkan mereka dengan kesan-kesan yang memedihkan (Maz 36:1-2; 50:21-22).

Ada banyak contoh di dalam amsal ini. Orang berhikmah memerhatikan dunia punya ragam dan dengan rendah hati pergi ke Alkitab, supaya jangan mereka menjadi keliru dan jahil seperti orang di sekeliling mereka. Ibubapa yang berhikmah menunjukkan kebebalan dunia dan kesan-kesan pedihnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak Allah memandang hina anak-anak kegelapan (Ams 29:27; Kej 6:1-2; Maz 139:21-22).

Allah tidak berhutang kepada mana-mana orang untuk memberi mereka kebenaran dan hikmah. Dia telah menyatakan kuasa kekekalanNya dan KeilahianNya di dalam ciptaan (Rom 1:18-20). Ketika mereka menolak persembahan pengetahuan ini, Dia dengan benar menggelapkan hati mereka dan meninggalkan mereka di dalam kekeliruan (Rom 1:20-23). Kutuk sodomi dan banyak lagi percabulan ialah penghakiman Allah kepada orang yang memberontak (Rom 1:24-32; Efe 4:17-19).

Nikmatilah perbuatan mengolok-olok para penyembah berhala – yang memakai sisa kayu terpakai dan bersembahyang kepadanya! Mereka ada bohong di sebelah tangan kanan mereka dan tidak dapat melepaskannya (Yes 44:9-20). Ketika manusia tidak suka kebenaran yang ditawar kepada mereka, Allah menyampaikan perdayaan kuat supaya percaya kepada bohong dan dikutuk (2Tes 2:9-12). Dia memperdayakan para nabi supaya mengajar bohong, ketika seseorang datang dengan berhala dalam hatinya (Yeh 14:1-11). Dan dia menyampaikan roh yang bohong kepada Ahab, yang telah memilih kedurjanaan (1Raj 22:19-23).

Pertimbangkan. Si bebal yang malas memanjakan dirinya dengan tidur lebih lanjut, tetapi di geram kerana tidak mampu membeli apa pun (Ams 21:25). Orang yang suka berkendak fikir dia telah menemui kenikmatan besar, sehingga dia bangun tersedar bahawa dia orang yang paling sunyi di bumi (Ams 5:3-5). Seorang ibu yang moden memilih untuk memanjakan anak-anaknya dan bukan sebaliknya mendidik mereka, tetapi mereka memalukannya (Ams 29:15). Perempuan yang terlampau senonoh memungkiri nikah suaminya dengan kurang berasmara cinta, dan dia hairan mengapa suaminya itu pahit hati (1Kor 7:1-5).

Orang bebal dengan nafsunya berdating dengan perempuan kerana susuk tubuhnya, dan dia tidak dapat menanggap bagaimana dia akhirnya berada di perkahwinan neraka (Ams 11:22; 30:21-23; 31:30). Penuntut perempuan di kolej memberontak terhadap pengelolaan sekolah, sekarang dia membenci perzinaan suaminya. Ahli-ahli politik menawar kebajikan supaya dapat membeli undi, tetapi mereka bingung akan keberhasilan yang merosot dan penambahan perbelanjaan yang diperlukan. Orang Kristian badaniah menonton televisyen setiap malam, tetapi dia menuduh pastor kerana mengkhutbahkan khutbah yang boring.

Perempuan yang moden menggugurkan anak dua kali, tetapi dia menderita perasaan sungguh gementar ketika jiran-jirannya bergaduh. Ahli evolusi mengajar bahawa manusia berasal daripada monyet, tetapi dia mahu perlindungan polis daripada perangai buruk penuntut sekolah yang kebinatangan. Orang Arminianisme gemar akan penjanaan semula oleh keputusan, tetapi dia tanya mengapa jiwa-jiwa yang “selamat” itu tidak berubah perangainya. Orang yang intelektual (cendekiawan) menolak gagasan akan seorang Sang Pencipta dan akhirnya terikut-ikut dengan kegilaan ahli psikologi Freud yang main cinta dengan najis tubuhnya sendiri.

Ahli mengugur anak menyedut bayi yang belum lahir bercerai-berai dengan tongkat vakumnya, tetapi dia dengan sakit hati gusar akan bayi singa laut di Antartika. Ahli-ahli kesatuan pekerja bersukacita akan kenaikan gaji yang dipaksa mereka kepada majikan, tetapi mereka terkejut ketika kilang pula tertutup dan meninggalkan mereka ketiadaan kerja gaji lagi. Penembak yang berumur remaja menembak mati murid-murid sebayanya dan guru-guruya, tetapi tidak seorang pun mahu fikir untuk menggubal undang-undang melarang mendengar muzik ganas, menonton wayang ganas, dan bermain dengan game komputer ganas yang sedang menjadi bahan hiburan kepada para remaja yang sedemikian.

Dunia bukan sedang maju di zaman kesedaran. Hanya orang tolol yang berpendidikan tinggi di beberapa generasi kebelakangan ini yang percaya kepada evolusi. Hanya orang yang buta kagum akan karya-karya lukisan Picasso. Hanya orang yang hatinya digelapkan membaca Nietzsche. Orang jahat dan para penggoda bertambah semakin buruk (2Tim 3:13). Kemerosotan manusia sudah terang nyata. Untuk mencapai kesimpulan ini dengan mudah, cuba pandang kepada seninya, dengar muziknya, baca bukunya, perhatikan para pemudanya, hitunglah penceraiannya, sukatlah kepuasan hatinya, kira kebergantungannya kepada dadah, kira bilangan kes membunuh dirinya, dsb.

Hai pembaca, adanya cahaya di dalam Alkitab! Ia dapat menyelamatkanmu daripada kegilaan gelap dunia. Dengarlah sang pemazmur, “Firmanmu pelita bagi kakiku, dan cahaya bagi jalanku” (Maz 119:105). “Ketetapan-ketetapan TUHAN itu betul, menyukakan hati: perintah TUHAN itu suci, dan mencerahkan mata” (Maz 19:8). “O utuskanlah cahayamu dan kebenaranmu: biar itu memimpinku; biar ia membawaku ke bukit kudusmu, dan ke khemah-khemahmu” (Maz 43:3).

Ada cahaya di dalam Amsal! “Sebab perintah itu pelita; dan hukum itu cahaya; dan teguran-teguran berarahan ialah jalan kehidupan” (Ams 6:23). Yesaya telah menulis, “Bagi hukum dan kesaksian: jika ia tidak berbicara menurut firman ini, itu kerana ia tiada cahaya di dalamnya” (Yes 8:20). Alkitab lebih baik daripada suara Allah dari syurga! “Kita juga mempunyai firman nubuatan yang lebih pasti; yang kalian berbuat elok jika kalian mengendahkannya, seperti terang yang bercahaya di dalam tempat gelap, sehingga fajar pagi menyinsing, dan bintang siang bangkit di dalam hatimu” (2Pet 1:16-21).

Yesus Kristus ialah cahaya dunia. Tetapi hanya yang ditarik BapaNya – orang pilihan – yang akan mendekati cahayaNya (Yoh 1:5; 3:19; 6:44-45). Jika kamu dapat memahami dan menghargai Yesus Kristus, ia melalui belas kasihan percuma Allah (Mat 11:25-27; 16:15-17; Yoh 10:26-29). Kamu harus sudah dilahir baru, sebab sebelum penjanaan semula seseorang tidak dapat melihat atau mendengar apa pun yang rohani (Yoh 3:3; 8:43,47; 1Kor 2:14). Serahkanlah dirimu dengan rendah hati kepada belas kasihan Allah dalam Yesus Kristus, dan Dia akan memberimu cahaya (Yoh 8:12; Efe 5:14). Terima kasih, ya Allah Yang Berbahagia!