4:20
Hai anak lelakiku, beri perhatian kepada kata-kataku; cenderungkan telingamu kepada kata-kataku.
Supaya menjadi hebat, kamu harus mendengar dan belajar. Mengambil perhatian kepada arahan adalah salah satu rahsia besar hikmah, sama seperti yang ditulis Salomo dalam pengenalannya (Ams 1:5). Semakin seseorang mendengar dan belajar, semakin hebat dirinya jadi. Daripada memikir apa yang kamu ingin berbicara atau apa yang kamu tidak suka akan orang yang berbicara, kamu harus menumpukan segala kuasamu untuk dengar setiap perkataan dengan rendah hati. Kejayaanmu dalam mana-mana pun usaha bergantung kepada itu.
Bagaimana eloknya dirimu dalam perhatian keapda arahan? Adakah kamu mendengar apa yang sedang diajar kepadamu? Salomo merupakan raja yang hebat, orang yang paling berhikmah, dan seorang ayah yang mengasihi. Dia tahu kejayaan anak lelakinya itu bergantung kepada pembelajaran daripada pengalamannya dan hikmahnya yang luas. Dia telah menyaksikan anak lelakinya sejurus sahaja dilahirkan, telah melihatnya pada waktu umur kanak-kanak, dan telah menyaksikan kebebalannya padawaktu akhil baligh. Anak lelakinya tidak mengenal apa-apa pun dan perlu belajar segalanya!
Amsal ialah kitab hikmah, yang telah dibentuk untuk mengajar pemahaman. Sementara semua orang dilahirkan sebagai bayi yang kebergantungan dan yang jahil, ada keluk pembelajaran yang amat besar untuk membawa mereka dari keadaan susu dan lampin ke keadaan pemimpin yang serius dan yang berjaya. Salomo tahu bahawa kuncinya ialah kerendahan hati dan perhatian kepada arahan ibubapa dan guru, maka dia menekankan isi-isi ini dengan kerap kali (Ams 1:8; 2:1; 3:1; 4:1-5; 5:1,7; 6:20; 7:24; 8:32-33; 19:20; 22:17; 23:12).
Pertimbangkan kemajuanmu sendiri. Kamu tidak tahu namamu sendiri untuk banyak bulan, diberi minum menerusi botol, dan menajiskan pakaianmu dan tilammu. Setahun lamanya dipakai untuk kamu belajar bagaimana nak berjalan dan itupun dengan selalu tersandung. Mengikat kasutmu dan belajar untuk menunggang basikal merupakan tugas yang amat sukar. Mengeja perkataan dengan empat huruf dan menambah angka dengan empat digit merupakan tugasan yang keras. Kamu takut akan peperiksaan tertulis dan ujian memandu untuk mendapat lesen memandu.
Tetapi kamu telah belajar namamu, bagaimana makan, bagaimana memakai tandas, bagaimana berjalan, bagaimana mengikat tali kasut, bagaimana menunggang basikal, bagaimana mengeja dan menambah, dan kamu akhirnya lulus ujian memandu. Bagaimana kemajuan ini berlangsung? Kamu diajar dan dilatih oleh orang lain yang ada lebih pengetahuan dan pemahaman daripadamu. Kamu perlu mendengar dan belajar, sebab kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian di bilik tanpa arahan tidak akan memperoleh kemahiran-kemahiran asas ini.
Kehidupan ada cabaran yang melebihi cabaran menunggang basikal. Apakah asas hikmah? Adakah kerja keras itu penting? Apakah yang dibenci Allah? Adakah keangkuhan memberi kesan kepada penghakiman? Bagaimanakah mungkin seorang perempuan yang cantik berbahaya? Dapatkah penguasa yang terkilan diredakan? Apakah yang menjadikan isteri baik? Bagaimanakah kanak-kanak dididik? Dapatkah aku maju di dalam kerja gajiku? Apakah risiko kewangan yang buruk? Bagaimanakah hal mengumpat itu salah? Adakah aku seorang sahabat yang sejati? Soalan-soalan ini dan banyak lagi sepertinya hanya dapat dijawab dengan arahan yang berhikmah, yang kamu harus dengar, faham, ingat, dan pakai.
Pendidikan awam mengajar kanak-kanak untuk percaya dan memikir seperti yang dianggap terbaik oleh kerajaan. Sementara Allah Sang Pencipta dengan nas-nas kitab tertulis merupakan ancaman kepada humanisme dan eksperimen sosial, kanak-kanak diajar pula bahawa asal-usul mereka ialah daripada monyet. Mereka juga diajar dusta-dusta yang saling bercanggahan di dalam fahaman sosialisme, kasih kepada diri sendiri, ekspresi bebas, hak individu, perlindungan binatang, pengguguran anak belum lahir, kemajuan manusia, kebiasaan sodomi, dan sebagainya. Sementara hidup di dunia yang moden dengan media-media massa, kaum ibubapa haruslah mengajar dan mewaspadakan anak kerap kali terhadap karut yang sebegitu cabul.
Adakah kamu seorang pendengar dan pelajar yang baik? Atau adakah kamu suka melayangkan fikiranmu ke tempat lain? Atau adakah kamu sedang memikirkan kata-kata jawapanmu yang kemudian? Di sinilah perbezaannya di antara kejayaan dan kegagalan. Orang yang berhikmah mendengar dengan baik sekali, kerana dia tahu bahawa itu satu-satunya jalan untuk belajar. Seorang bebal, yang memikir bahawa dia sudah ada jawapan, enggan mendengar dan kekal pengalah yang jahil untuk sepanjang baki kehidupannya yang pedih itu. Orang berhikmah pula selalu mendengar lebih baik daripada orang bebal: mereka menjadi lebih berhikmah, dan orang bebal kekal bebal (Ams 9:7-9). Bukti yang pasti akan hikmah ialah kerendahan hatimu untuk mendengar arahan dan memakainya kepada kehidupanmu sendiri.
Tuhan Yesus Kristus telah memberitahu Pontius Pilatus bahawa Dia telah datang ke dalam dunia untuk memberi saksi akan kebenaran (Yoh 18:37). Pilatus, seperti kebanyakan pendidik dan ahli politik, dengan cemuh menolak gagasan kebenaran (Yoh 18:38). Yesus memberitahu para pendengarNya untuk berhati-hati bagaimana mereka mendengar kebenaran. Jika mereka tekun dan lapar, Dia akan memberkati mereka dengan lebih kebenaran; jika mereka acuh tak acuh, maka Dia akan merampas daripada mereka kebenaran sedikit yang mereka fikir dipunyai mereka (Luk 8:18).
Hal mendengar bukanlah tawaran yang ikut suka hatimu, apabila ia berkenaan dengan Tuhan Yesus Kristus. Dia Sang Pencipta syurga dan bumi, dan Dia menuntut kata-kataNya yang dikhutbahkan dan yang dicetak itu untuk memperoleh perhatianmu dan ketaatanmu. Dia berjanji untuk menghukum umatNya sendiri, Israel, kerana tidak mendengar (Yes 30:8-14; Yer 13:16-17; 22:5-9,20-26; Mal 2:1-3; Kis 3:22-23). Dan keadaannya pada zaman kini pula hanya bertambah buruk, ketika orang yang kononnya Kristian tidak tahan akan doktrin sihat tetapi mencari para pengkhutbah yang menarik yang akan memuaskan nafsu mereka dengan dongeng (2Tim 4:3-4).
Ia biasa pada zaman kini untuk kanak-kanak menguap, tidur, mencemuh, atau beralih keluar ketika ibubapa cuba memperbetul, mengarah, atau mewaspadakan mereka. Ia biasa untuk ahli gereja tidur, melayangkan fikiran, memandang-mandang ke sekeliling, membaca Alkitab, atau bahan cetakan di Kidung Jemaah ketika pastor sedang mengkhutbahkan kebenaran firman Allah. Peraturan yang pasti ialah anak-anak yang sebegitu dan ahli-ahli gereja yang sebegitu selalunya pengalah. Satu-satunya harapanmu untuk kejayaan adalah untuk merendahkan dirimu dan belajar arahan dan hikmah pertama-tama daripada ibubapa, kemudian pastor, dan selalu dan hanya seperti yang ditakrifkan firman Allah yang tidak dapat salah.
Daripada menganggap hal mendengar dan belajar adalah beban, fikir sebaliknya bahawa ia keistimewaan. Kurang orang pada zaman kini menganggap khutbah panjang sebagai berkat (2Tim 4:3-4). Tetapi dengarlah Israel di bawah kepimpinan Nehemia dan Ezra sesudah kembali daripada tawanan 70 tahun di Babel, “Dan semua orang berpisah ke jalannya masing-masing untuk makan, dan untuk minum, dan untuk memberi agihan, dan untuk mengadakan kemeriahan yang besar, sebab mereka telah memahami kata-kata yang telah diisytiharkan kepada mereka” (Neh 8:12).
Allah Yang Maha Kuasa, Sang Pencipta syurga dan bumi, sedang memanggil anak-anak lelaki dan perempuanNya pada hari ini. Dia memakai ciptaan, penyediaan nasib, hati nurani, ibubapa, nas-nas kitab, dan guru-guru. Adakah kamu mendengar? Adakah kamu mengambil perhatian? Adakah kamu mohon untuk lebih lagi? Dengarlah Dia! “Berapa lama lagi akan kalian tempang dengan dua pendirian? jika TUHAN itu Allah, ikutilah dia: tetapi jika Baal, maka ikutilah dia” (1Raj 18:21). Pilihannya mudah sahaja, tetapi hanya sedikit sahaja yang akan membuat pilihan yang betul, dan semua yang lain akan dihanguskan di dalam pembalasan yang menyala-nyala yang dengan lekas menjelang (2Tes 1:7-10).
Hai pembaca dewasa, sesudah kamu bertaubat akan keangkuhan dan kedegilan dan sudah siap untuk mendengar dan belajar untuk adanya kemajuan yang lekas dan yang besar, kamu harus mencari di manakah tempatnya kebenaran dan hikmah diajar. Di manakah kamu dapat mengambil perhatian kepada kebenaran dan hikmah lalu mencondongkan telingamu kepadanya? Allah telah mentahbis supaya Dia akan mengkomunikasikan hikmahNya melalui khutbah di gereja-gereja tempatan kepunyaan AnakNya, Yesus Kristus (1Kor 1:19-21; 1Tim 6:3-5,20-21; 2Tim 3:16-17; Tit 1:1-4).
Adanya kebuluran khutbah yang benar akan firman Allah pada zaman kini (Amo 8:11-12), tetapi ciptaan-ciptaan pintar Internet mengizinkan carian yang lebih baik berbanding dahulu. Kamu perlu mencari seorang lelaki yang telah dipanggil Allah yang dengan berani dan terus-terang mengisytiharkan kebenaran Allah tanpa pertimbangan pendapat-pendapat manusia. Allah mampu dan rela untuk membantumu, maka doakanlah untuknya (Kis 8:26-40; 16:6-15). Semoga Allah memberkati hati yang ikhlas dan jujur untuk mencari kata-kata kebenaran yang pasti lalu dimakmurkannya.