6:20
Hai anakku, peganglah perintah ayahmu, dan jangan meninggalkan hukum ibumu:
Ibubapa yang hebat bekerjasama untuk mengajar anak-anak mereka peraturan untuk kehidupan yang selamat dan yang berjaya. Kanak-kanak yang hebat mengingat apa yang ibubapa mengajar mereka dan melakukannya. Allah memberi ibubapa kelebihan yang cukup besar atas kanak-kanak – pengalaman, hikmah, pandangan jangka masa panjang, kasih sayang yang besar bagi mereka, dan pengetahuan objektif akan kelemahan anak-anak mereka. Langkah yang pertama kepada kejayaan dan kemakmuran adalah untuk mentaati arahan ibubapamu. Mudah arahannya? Ya. Senang untuk dilakukan? Tidak.
Hai pembaca, berapakah banyak kepedihan dan masalah yang sudah dapat kamu elak sekiranya kamu mentaati ibubapamu dengan lebih baik? Tidak kira betapa bebal ibubapamu, mereka jauh lebih berhikmah daripadamu ketika Allah memperkenalkanmu kepada mereka pada waktu persenyawaan dan waktu lahir (Ams 22:15). Walau bagaimanapun, amsal ini berbicara terutamanya akan ibubapa yang berhikmah dan yang ada pemahaman, yang merupakan suatu kelebihan bagi kanak-kanak, jika hanya mendengar arahan ibubapa dan mematuhinya.
Hal mentaati ibubapa diperolok-olokkan di kebanyakan lapisan masyarakat pada zaman kini. Ibubapa diperolok-olok sebagai orang yang jahil, ketinggalan zaman, terlalu mementingkan diri sendiri atau konservatif, tidak memahami bagaimana perangai dan kelakukan telah berubah pada zaman kini, berniat hanya untuk menahan budak peluang dan kenikmatan, dan sebagainya. Oleh sebab itu hanya anak yang istimewa dan yang jarang dapat menolak tekanan pengaruh rakan sebaya dan pandangan dunia yang durjana supaya mengendah dan mentaati peraturan ibubapanya.
Solomo sudah siap untuk memberi amaran kepada anak lelakinya sekali lagi tentang pelacur (Ams 6:23-35). Untuk memaksimakan keseriusan amaran-amaran seksual ini, dia telah menggesakan anak lelakinya untuk mengingati arahan teliti yang telah diterimanya daripada kedua-dua ibubapanya. Mereka telah mengajarnya ketetapan moral Allah yang ditahbiskan bagi umat manusia, dan mereka telah menggesakannya untuk menjaganya selalu, sebab ia akan memberi perlindungan dan kemakmuran yang besar sepanjang hayat kehidupannya (Ams 6:21-23).
Hai anak, adakah kamu berhikmah seperti yang diharapkan Solomo bagi anak lelakinya? Adakah kamu berpegang kepada perintah ayahmu? Adakah kamu mentaati hukum ibumu? Allah menciptakan ibubapa (Kej 3:20; 4:1), dan Dia mengarahkan kamu untuk mentaati mereka (Kel 20;12; Efe 6:1-3). Mereka tahu seribu kali lebih tentang kehidupan, termasuk kasih dan seks, lebih daripadamu. Berbuallah dengan mereka. Akuilah dosa-dosamu kepada mereka. Akuilah ketakutanmu dan godaan-godaanmu. Mintalah untuk nasihat dan bantuan. Taatilah peraturan mereka.
Didikan ibubapa yang paling berkesan memerlukan kedua-dua ayah dan ibu. Ayah ialah guru utama untuk kebenaran rohani dalam keluarga, seperti bapa-bapa leluhur yang digambarkan kepada kita di dalam Alkitab (Kej 18:19; Yos 24:15; Maz 34:11; Yes 38:19), dan seperti yang diajar kedua-dua wasiat Alkitab (Maz 78:1-8; Yoe 1:1-3; Efe 6:4). Walau bagaimanapun, ibu juga ada peranannya, seperti Solomo juga benar-benar tahu (Ams 1:8; 31:1-2), dan seperti ibu-ibu seperti Hana dan Eunike tunjukkan (1Sam 1:28; 2Tim 1:5; 3:15).
Hai ibubapa, sudahkah kamu mengajar anak-anakmu tentang kehidupan dan jalan benar Tuhan? Atau adakah kamu semata-mata menghantar mereka ke sekolah dari Isnin sampai ke Jumaat dan ke sekolah minggu pada hari Ahad? Adakah kamu mengajar mereka ketetapan-ketetapan moral yang tegas yang bertentangan dengan masyarakat pun etika mengikut simpati kemanusiaan [situational ethics]? Sudahkah kamu mengajar merek ahikmah untuk memakai ketetapan moral kepada keadaan-keadaan yang berbeza-beza? Adakah mereka tahu hukum Allah tentang seks? Mendidik anak bukanlah suatu pilihan. Ia perintah Allah (Kej 18:19; Ula 6:4-7; Maz 78:1-8; Efe 6:4). Faham itu pada hari ini juga (Ams 19:18; 29:15)!