Amsal · Proverbs

6:19
Saksi palsu yang bertutur bohong, dan dia yang menabur perbalahan di antara saudara.

Di sini ada dua daripada tujuh perkara dan orang yang Allah benci (Ams 6:16-19). Dia membenci para pembohong yang bersaksi palsu terhadap orang lain, dan Dia membenci si pengacau yang angkuh yang menyebabkan perpecahan di gereja. Dia mungkin dapat berkata bahawa Dia membenci bohong dan perbalahan, tetapi Dia berkata Dia membenci orang yang berbuat dosa-dosa ini.

Allah kudus (Yes 6:3; Wah 4:8). Dia membenci dosa (Ams 8:13; Ibr 1:9). Dia terlalu kudus untuk mengasihi dosa atau para pendosa (Ayb 15:5; Hab 1:13). Dia membenci para pendosa (Maz 5:4-6; 11:4-7; 139:21-22). Meskipun adanya bantahan daripada orang yang keperempuanan, Allah membenci dosa dan pendosa. Sekolah minggu punya bohong bahawa Allah membenci dosa tetapi mengasihi si pendosa adalah palsu. Allah membenci pendosa, dan di sini Dia menyenaraikan dua jenis pendosa.

Dia akan memberitahu orang durjana pada Hari Penghakiman bahawa Dia tidak pernah mengenal mereka – Dia tidak pernah mengasihi mereka (Mat 7:23; 13:47-50). Dia akan menyahkan mereka, dan itu wajar! Dia mengasihi dan menyambut hanya orang yang telah dijadikanNya kudus melalui Yesus Kristus – orang pilihanNya yang dikasihi (Efe 1:3-6; Rom 9:15).

Manusia menyalak menentang doktrin yang kudus ini, tetapi biar Allah benar! Adakah Dia juga mengasihi Syaitan? Mereka tidak gusar akan si iblis, kerana bebelan cabul dan sia-sia itu hanya sikap angkuh yang mementingkan diri sendiri dan sikap mengasihi diri sendiri. Mereka terlalu angkuh untuk menyerah kepada Allah yang kudus dan yang berdaulat.

Doktrin Alkitab menjadikan rahmat Allah sebegitu istimewa ketika dibandingkan kepada keselamatan yang tidak membeza-bezakan orang dan yang direka-rekakan di kebanyakan mimbar. Allah mengasihi gerejaNya, menghukum mereka dengan kasih yang Kebapaan, tidak akan tercicir seorang pun, dan mereka tidak dapat dipisahkan daripada kasihNya (Efe 5:25; Ibr 12:6-8; Yoh 6:37-39; Rom 8:38-39).

TUHAN berfirman, “Kamu tidak akan bersaksi palsu terhadap jiranmu” (Kel 20:16). Allah membenci dosa ini, maka Dia menyertakannya di dalam senarai rumusan hukum yang Sepuluh itu. Dia tahu kebinasaan teruk yang dapat mulut durjana buat terhadap orang lain, dan betapa sikitnya pertahanan yang ada terhadap fitnah itu, maka Dia mengutuknya dengan sekeras-kerasnya (Ams 19:5,9; 25:18; Kel 23:1; Zak 8:17). Alkitab sekuat-kuatnya menyerang perbuatan berbohong, menuduh orang dengan palsu, memfitnah, berbisik, mengumpat, dan membawa mulut.

Ketika orang sedang menghadapi perbicaraan mahkamah yang mempertaruhkan nyawa, kebebasan, atau kekayaan mereka, ia penting bagi saksi-saksi memberitahu seluruh kebenaran dan bukan apa-apa kecuali kebenaran. Mahkamah di Amerika membuat rakyatnya bersumpah dengan takzim bagi tugas ini sebelum memperoleh kesaksian mereka atau memeriksa balas mereka. Allah mewajibkan sekurang-kurangnya dua saksi dalam semua kes untuk melindungi daripada kesaksian palsu (Ula 19:15); jika seseorang bersaksi dengan palsu di Israel, dia dihukum tepat-tepat dengan apa yang dia harap buat terhadap saudaranya, tidak kira betapa teruk keinginannya itu (Ula 19:16-21).

Mulut yang berbohong dan yang menuduh dengan palsu boleh menyebabkan kerosakan yang besar, sebab merogol reputasi dan akhlak seseorang adalah lebih teruk daripada merogol tubuh kalau dilihat dari beberapa aspek (Maz 35:11-12). Keganasan fizikal adalah teruk, tetapi membenarkan sesetengah orang pertahanan dan pemulihan; fitnah dan tuduhan palsu adalah lebih teruk, dan ada sangat sedikit pertahanan terhadap kerosakan jangka masa panjangnya.

Hai para pembaca yang dikasihi Allah, ia tugasmu untuk menjadi lelaki dan perempuan kebenaran dan yang berprinsip (Kel 18:21. Pertimbangkan fikiranmu, kata-katamu dan niatmu dengan teliti sebelum mengucapkan apa pun tentang orang lain. Biar bibirmu memuji orang lain daripada menurunkan nilai mereka, dan jika kamu harus bersaksi tentang orang lain, jadilah setia dengan teliti dan jujur dengan setiap perkataan (Ams 14:5).

Allah juga mengasihi kesatuan, terutamanya di kalangan umatNya (Maz 133:1-3; 1Kor 1:10; Efe 4:3-4). Dia membenci orang yang dengan terbuka atau dengan rahsia mengacau persekutuan dan damai sejahtera (Ams 6:12-15; 16:28; 26:20; Rom 16:17-18). Dia mengutuk perselihan, perbahasan, iri hati, sikap tidak mudah dipujuk, persaingan, kecurigaan jahat, persengketaan, hasutan, rusuhan, dan hal membisik. Sebaliknya, Dia memerintah dan memuji damai sejahtera (Mat 5:9; 2Kor 13:11; Flp 3:16; Kol 3:15; Yak 3:17-18).

“Chord”, ialah sesuatu gabungan not-not yang seharmoni; “accord” ialah persetujuan dan harmoni; dan “concord” ialah keadaan damai sejahtera dan persetujuan di antara pihak-pihak yang berkaitan. Ketiga-tiga perkataan saling berhubung-kait dan bermaksud persetujuan, harmoni, dan damai sejahtera. Tetapi perbalahan yang disebut “discord” dalam Alkitab versi King James ialah antonim, yang bermaksud ketiadaan “concord” atau ketiadaan harmoni. Ia bererti percanggahan, perselisihan, pertelingkahan dan persengketaan. Adakah gerejamu seharmonis seperti yang sepatutnya? Adakah kamu bekerja keras untuk menjadikan semua not bergabung dengan harmonis?

Orang durjana menabur perbalahan ketika mereka merosakkan harmonis, persetujuan, perpaduan, atau damai sejahtera gereja atau masyarakat dengan menyebarkan racun perpecahan dan permusuhan. Mereka mengasingkan kasih sayang manusia dan menimbulkan kemarahan terhadap satu sama lain. Mereka menimbulkan persengketaan, perbalahan, kecemburuan, dan kekeliruan dengan membawa mulut, sindiran, soalan-soalan bebal, kecurigaan yang menghasut, pembentukan puak-puak, dan jalan-jalan cabul yang lain. Para pemisah ini yang bernafsu merupakan musuh orang kudus yang sejati, dan mereka tidak memiliki Roh Kudus (Yud 1:19).

Hai pembaca yang dikasihi, pilihlah untuk menjadi pendamai yang Tuhan Yesus memberkati (Mat 5:9). Pakai setiap peluang untuk menyanjungi kesatuan dan persetujuan; kerja keras untuk menjaga dirimu dan orang lain dengan harmonis di jemaah. Carilah damai sejahtera dan kejar itu (1Pet 3:11). Jadikan usaha damai sejahtera dan pendamaian suatu keutamaan dalam kehidupanmu (Efe 4:3; Mat 5:23-24).

Pertimbangkan dengan baik-baik Tuhan Yang Berbahagia dan perangaiNya yang sempurna terhadap dua dosa ini. Orang Yahudi memakai saksi-saksi palsu untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Yesus (Mat 26:59), tetapi Dia Yang Setia dan Saksi Yang Benar (Wah 3:14; 19:11). Orang-orang Yahudi yang durjana menimbulkan perpecahan terhadap Yesus dan menimbulkan rusuhan orang bukan Yahudi terhadap para rasul (Yoh 9:16; Kis 14:2), tetapi Raja Damai membinasakan perseteruan Yahudi/bukan Yahudi dan menjadikan dua-dua pihak itu berpadu menjadi satu oleh salibNya (Yes 9:6; Yoh 11:52; Efe 2:11-22).