Amsal · Proverbs

6:21
Tambatkannya selalu pada hatimu, dan ikatkannya mengelilingi lehermu.

Peraturan yang baik haruslah diingat, kerana kalau tidak ia tiada nilai. Jika kamu ada arahan untuk menyelamatkan dirimu, kamu harus mentaatinya untuk mengelak maut. Peraturan bagi keselamatanmu tidak harus dilupakan dan harus ditimbulkan dalam ingatan kerap kali. Raja Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya supaya jangan sesekali lupa perintah ayahnya dan hukum ibunya tentang perempuan yang lacur (Ams 6:20-35).

Dosa-dosa seksual merupakan bahaya kepada setiap orang muda, terutamanya pada generasi ini. Kesan-kesannya sungguh besar dengan pengguguran kandungan, penyakit, penceraian, kesalahan, kesunyian, pembinasaan perhubungan, nama baik yang telah dirosakkan, dan disfungsi seksual di kalangan mereka. Tetapi dunia memanggilnya seks bersahaja dan menglamorkannya lagi. Apa yang dibenci dan dikutuk Allah, dipertahan dan digalak oleh Hollywood. Ibubapa harus mengajar anak-anak mereka kebenaran seksual dan mengingat mereka tentang itu kerap kali.

Dosa-dosa seksual ialah godaan yang besar kepada setiap orang muda, terutamanya pada generasi ini. Tahap hormon yang tinggi, serangan media akan deria-deria, masa riadah yang keterlampauan, pakaian yang tidak senonoh, menyampah perkahwinan muda, dan banyak pasangan yang rela bersekedudukan bergabung untuk menjadi daya tarikan yang sungguh kuat. Daripada mengutuk dan memberi amaran terhadapnya, institusi-institusi pengajian dan hiburan membenarkan dan menggalakkannya. Ibubapa harus menahan anak-anak mereka.

Kata ganti nama, “nya”, merujuk kepada perintah ayah dan hukum ibu (Ams 6:20). Inilah peraturan keibubapaan untuk menyelamatkan anak lelaki mereka daripada ancaman para pelacur (Ams 6:23-24). Solomo telah menulis banyak tentang amaran ini di dalam kitab Amsal (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:20-35; 7:6-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28). Hai ibubapa, adakah kamu memberi amaran kepada anakmu tentang bahaya ini?

Menambatkannya selalu pada hati bermaksud untuk menyambutnya dengan kasih sayang dan mentaatinya dengan membara dengan niat supaya langsung tidak melupakannya (Ams 3:3; 4:21; 7:3). Mengikatkannya di sekeliling lehermu adalah untuk memastikan ia kelihatan di dalam setiap situasi kehidupan – suatu peringatan yang siap sedia. Jika amaran-amaran Allah tersembunyi di dalam hati dan nyata di dalam kehidupan, maka kejayaan sungguh mungkin (Maz 119:9,11).

Solomo tahu bahawa ia berkesan, sebab dia telah menulis, “Ketika kamu berjalan, ia akan memimpinmu; ketika kamu tidur, ia akan memeliharamu; dan ketika kamu bangun, ia akan berbicara denganmu” (Ams 6:22).

Tetapi dapatkah kamu melihat seorang manusia tanpa mata sedang mengisar di penjara Filistin? Adakah ibubapanya memberi amaran kepadanya? Ya, mereka memang berbuat demikian (Hak 14:1-3). Tetapi dia tidak menambatkan nasihat mereka pada hatinya atau mengikatkannya di sekeliling lehernya. Meskipun lebih kuat daripada mana-mana manusia, dia tidak tertahan akan kecantikan, perkataan, dan ciuman Delila (Ams 7:26). Sekarang dia ada lebih masa untuk merenung dan membenci bagaimana dia telah mengabaikan peraturan-peraturan baik ibubapanya (Ams 5:8-14). Seks bersahaja telah membinasakannya. Itu kesalahannya sendiri.