Amsal · Proverbs

6:29
Demikian juga orang yang masuk kepada isteri jirannya; sesiapa pun yang menjamah perempuan itu tidak akan dianggap tidak bersalah.

Perzinaan ialah dosa yang keji. Ia membawa kesan-kesan yang sungguh teruk. Kamu tidak dapat melepaskan diri daripada kesan-kesannya ibarat orang yang berjalan atas batu arang panas tidak mungkin tidak dibakar (Ams 6:27-28). Jangan cuba memutihkan hal itu. Kamu fikir kamu boleh memperbenarkan perkara ini? Kamu fikir kamu boleh menjelaskannya? Kamu fikir ia tidak sebegitu teruk? Bagaimanakah sesuatu yang sebegitu saling menyenangkan menjadi sebegitu salah? Lanjutkanlah pembacaan ulasan ini!

Oleh sebab perzinaan merupakan ancaman yang sebegitu besar kepada kejayaan lelaki dalam kehidupan, Raja Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya kerap kali terhadapnya (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:20-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; Pkh 7:23-29). Kesan-kesan perzinaan termasuk reputasi yang rosak (Ams 5:9; 6:33), kemiskinan (Ams 5:10), perasaan salah yang teruk (Ams 5:11-14), anak gampang (Ams 5:16-18), ketagihan seks (Ams 5:22; 22:14), suami yang marah dan yang cemburu (Ams 6:34-35), dan sebagainya.

Patutkah kamu memakai eufemisme [perkataan manis] popular seperti “asmara cinta”, “seks bersahaja”, atau “berfoya-foya”? Tidak! Ini perzinaan – suatu dosa keji dan jenayah yang layak untuk hukuman mati (Ayb 31:9-11; Ima 20:10). Allah membencinya dan akan menghakiminya, tidak kira apa yang Hollywood dan SUHAKAM fikir tentangnya (Ibr 13:4; Gal 5:19-21; Wah 21:8). Manusia mungkin dapat memahami seorang pencuri, tetapi bukan seorang penzina (Ams 6:30-33). Allah mewajibkan hukuman mati direjam batu bagi para penzina lelaki dan penzina perempuan (Ima 20:10; Yoh 8:4-5). Kedua-duanya akan melanjutkan kekalan mereka di lautan api (1Kor 6:9-10; Gal 5:19-21; Wah 21:8).

Dunia mempertahankan dan menglamorkan perzinaan, dan itu menjadikannya lebih mudah untuk berzina daripada dahulu. Hatimu penuh zina dalam sifat semula jadinya (Yer 17:9; Mat 15:17-20; Rom 7:8; Efe 4:17-19; 1Yoh 2:16), dan itu menjadikanmu mudah tergoda kepada godaan-godaan seksual. Fikiran awal-awal akan zina menyenangkan dagingmu. Dan si iblis suka menggodamu kepada dosa yang membinasa ini (1Pet 5:8-9). Bagaimanakah akan kamu menahan komplot dari tiga arah dan godaan yang bertubi-tubi ini?

Solomo telah memberi rawatannya (Ams 6:20-25). Lelaki muda harus mentaati ibubapanya (Ams 6:20-23; 7:1-5). Mereka harus mengelak apa pun perempuan sundal, terutama pengampuannya (Ams 6:24; 5:3). Mereka tidak harus fikir tentang kecantikannya atau melihat selisih matanya yang gasang (Ams 6:25; Yes 3:16). Ibubapa harus menahan anak lelaki mereka daripada perempuan yang duniawi, dan anak lelaki harus melarikan diri (Ams 5:8; Kej 39:11-12; 2Tim 2:22). Rawatannya adalah untuk kekal jauh-jauh. Jauhilah mana-mana perempuan yang sundal.

Allah mewajibkan hukuman mati bagi perzinaan, kerana ia mendedahkan hati yang durjana, dan ia membinasakan perkahwinan dan keluarga (Ula 22:22; Ayb 31:1,12). Ia melanggari kepercayaan yang suci. Orang yang mencuri harta milik orang lain yang paling berharga kekurangan pemahaman (Ams 6:32). Lelaki dan perempuan tidak boleh mudah mengampuninya. Tuhan membenarkan suami cemburu untuk menguji isteri (Bil 5:11-31). Adakah kamu gembira ujian-ujian demikian tidak lagi wujud? Cuba fikir semula (Bil 32:23).

Sudahkah kamu berzina? Khayalan dan penceraian yang tidak wajar juga berzina dan semuanya salah (Mat 5:27-32). Apakah yang dapat dilakukanmu? Bertaubat, akuilah itu kepada Allah, dan tolaklah apa pun dalam kehidupanmu terhadapnya. Allah dapat dan akan mengampunimu, seperti yang dilakukanNya kepada Daud, jika kamu mengakui dan bertaubat seperti Daud (Ams 28:13; Ayb 33:27-28; Mar 16:9; 1Yoh 1:9; 2Sam 12:13; Maz 51:17). Kemudian kamu harus berbuat segalanya yang patut kamu buat dengan pasanganmu sendiri untuk memaksimakan kasih di sana.