Amsal · Proverbs

7:12
Sebentar dia di luar, sebentar dia di jalan, dan dia mendekam menanti di setiap sudut.)

Dapatkah kamu cam perempuan sundal? Salomo tengah-tengah mengisahkan perumpamaan tentang pemuda bebal yang tergoda (Ams 7:6-23), tetapi dia memakai kebanyakan perumpamaan itu untuk menerangkan semangat dan perangai seorang pelacur yang anggun (Ams 7:10-20). Ada dua ayat yang diasingkan daripada yang ayat yang lain dengan kurungan untuk menandakan bahawa ini merupakan ciri-ciri untuk dipertimbangkan (Ams 7:11-12).

Perempuan di sini bukanlah pelacur di tepi jalan. Dia merupakan perempuan berzina kepunyaan lelaki yang kaya (Ams 7:19-20). Dia berdiam dengan suaminya di sebuah rumah (Ams 7:8,11). Suaminya telah membekalkan barangan yang mewah baginya, yang telah perempuan ini pakai untuk penggodaannya (Ams 7:16-17). Dia seorang perempuan yang halus dengan aktiviti-aktiviti agama untuk menyamar hatinya dan perangainya yang khianat itu (Ams 7:14). Dia tidak mencari wang pemuda itu: dia ingin berahi asmara cinta (Ams 7:15,18).

Apakah yang dapat kita belajar tentang dia, supaya lelaki mengelak dan supaya perempuan menolak? Dia tidak suka berdiam di rumah! Salomo memaklumkan, “Sebentar dia di luar”. Seorang perempuan lacur tidak puas hati untuk berdiam di rumah. Tugas-tugas perkahwinan dan kerja rumah membosankannya. Dia mencari alasan-alasan untuk keluar dari rumah. Dia suka keterujaan dan kebebasan untuk keluar masuk mengikut suka hatinya, terutamanya dalam keadaan tersolek. Dia jemu dan geram untuk berdiam di rumah.

Allah telah menciptakan perempuan untuk membantu suaminya (Kej 2:18). Seorang perempuan yang berakhlak mulia, walaupun pandai dan sungguh berkemampuan, menikmati tugas-tugas perkahwinan dan kerja rumah (Ams 31:10-31). Dia seorang penjagayang setia di rumah (Tit 2:5). Dia mengenal risiko-risiko di luar rumah (1Tim 5:11-15). Ketika di luar rumah, dia bekerja untuk suaminya atau berbuat kebajikan (Ams 31:14,16,20,24). Dia menolak aktiviti-aktiviti berdosa perempuan yang penyibuk dan yang mencari keseronokan. Dia tahu tiada apa yang lebih baik daripada memenuhi peranannya sebagai isteri dan ibu dengan baik.

Apakah yang dapat kita belajar tentang dia, supaya lelaki mengelak dan supaya perempuan menolak? Dia suka tempat-tempat dataran awam yang popular! Salomo memaklumkan, “sebentar dia di jalan”. Seorang perempuan lacur suka hal-hal yang popular di dalam kehidupan. Dia mudah dipengaruhi oleh kegilaan, trend baru, dan gaya hidup yang glamor. Dia suka keluar di mana jua dia dapat melihat aktiviti-aktiviti badaniah orang ramai. Dia lebih suka makan di luar daripada makan di rumah, dan berbuat demikian bersendirian atau dengan rakan-rakan perempuannya lagi enak baginya!

Seorang perempuan yang berakhlak mulia suka keselesaan, keselamatan, dan ketenteraman rumah. Dia suka menyiapkan suatu tempat yang selesa yang terlindung daripada dunia, di mana dia dapat menyenangkan suaminya dan anak-anaknya dengan kasih sayang, hidang makanan yang kreatif, dan keselesaan di rumah. Dia tidak suka daya tarikan kota, di mana dosa dan godaan melimpah. Dia lebih suka berdiam dengan tenang dalam pengabdian dirinya kepada keluarganya. Dia lebih mudah berpuas hati di rumah dan memakai personalitinya dan kemahirannya untuk menjadikan rumah sungguh menarik.

Apakah yang dapat kita belajar tentang dia, supaya lelaki mengelak dan supaya perempuan menolak? Dia mengatur supaya berada di tempat yang lelaki akan bertembung dengannya! Salomo memaklumkan, “Dan dia mendekam menanti di setiap sudut”. Seorang perempuan lacur mendambakan perhatian dan pengampuan lelaki, jadi dia mencari kegiatan dan tempat yang banyak lelaki dapat melihatnya. Dia suka menjadi perempuan yang berada di antara lelaki.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia setia sepenuhnya kepada suaminya. Suaminya dengan selamat percaya kepadanya, sebab dia tidak mengingini atau mencari perhatian daripada orang yang lain (Ams 31:10-12). Dia senonoh dan segan-segan di tempat awam (1Tim 2:9-10). Berada dengan suaminya, tidak kira apa pun yang suami sedang buat, adalah lebih menarik kepadanya daripada berada dengan lelaki-lelaki yang lain. Dia memperlakukan dirinya dengan cara untuk mengurangkan atau meniadakan pujian-pujian lelaki lain. Setiap orang tahu dia dengan setia mengasihi suaminya sahaja.

Hai lelaki Kristian, ia hikmah bagimu untuk mengelak perempuan, meskipun perempuan itu merupakan ahli gereja yang tidak puas hati untuk berdiam di rumah dan yang lebih suka berada di luar di tempat awam. Jangan menghormati perempuan yang suka keluar dan berada di merata-rata, sebab dia besar kemungkinan ada hati yang khianat.

Hai perempuan Kristian, ia tugasmu untuk suka kongkongan rumahmu dan pelayanan kepada suamimu dan anak-anakmu. Dengan berdiam di rumah dan mengelak dunia sebanyak semungkin, kamu akan menyelamatkan jiwamu daripada banyak ketidakpuasan perkahwinan dan godaan seksual.

Nas-nas kitab suci kerap kali menyamakan agama palsu dengan pelacuran, terutamanya Rom dengan perzinaannya untuk mencemarkan agama Kristian (Wah 17:1-6). Daripada menjadi puas hati untuk menggalakkan kesalihan di dalam ahli-ahlinya, dia telah menjejaki darat dan lautan untuk menggoda satu lagi penganut baru (Mat 23:15). Sebentar dia di luar, sebentar dia di jalan, dan dia mendekam menanti di setiap sudut. Berjaga-jagalah, hai setiap murid setia Yesus Kristus.

Tambahan pula, hai orang Kristian yang kudus, ia tugasmu untuk berdiam di rumah di jalan-jalan purba dan tidak mencari trend agama yang baru dan yang mengujakan (Yer 6:16; 18:15). Kamu telah dipertunangkan kepada satu suami, yakni Tuhan Yesus Kristus (2Kor 11:1-4). Para pelanggan pelacur yang beragama Kristian yang badaniah sedang menanti untuk mengampu dan mencemarkanmu. Berdiam di rumah, dan jadilah setia sampai mati, dan kamu akan menerima mahkota kehidupan (Yak 1:12; Wah 2:10).