7:13
Jadi perempuan ini menangkap lelaki muda itu, dan menciumnya, dan dengan muka yang tidak segan-segan berkata kepadanya,
Di sinilah perempuan asing yang sedang melakukan kerjanya. Salomo melanjutkan penjelasan panjangnya tetang perempuan lacur yang sedang menggoda seorang teruna. Di sinilah tiga aspek akhlaknya dan perangainya. Dia agresif secara jasmani; dia memakai ciuman untuk menggoda; dia berani bersikap tidak senonoh dan juga tidak malu. Dia menangkap lelaki itu; menciumnya; dan bercakap secara seksual kepadanya.
Perempuan yang berakhlak mulia adalah agresif secara jasmani, pencium yang hebat, dan tidak mengawal diri – dengan suaminya dalam perkahwinan. Kalau lelaki yang lain, atau sebelum perkahwinan, mereka akan berdiam, senonoh, dan segan-segan. Tetapi perempuan asing – iaitu penzina – mengejar lelaki di luar nikah, mencium lelaki di luar nikah, dan adalah berani dan tidak malu untuk main cinta luar nikah.
Perempuan salih tidak agresif secara jasmani sebelum perkahwinan – dia berbudi pekerti suci, dan menyimpan dirinya sepenuh-penuhnya bagi suaminya (2Kor 11:2). Dia siap untuk menjadi agresif; dia mahu menjadi agresif; tetapi dia faham kuasa godaan seksual, dan dia tidak akan berbuat apa-apa pun untuk memberahikan mana-mana lelaki, malah juga lelaki tunangannya. Ayahnya juga faham, dan dia menjaga supaya anak perempuannya dijauhi daripada bersendirian dengan lelaki untuk mengelak peluang berdosa, terutama tunang dia.
Sesudah perempuan salih berkahwin, dia merupakan kekasih yang agresif, dan mengikuti teladan kudus perempuan Sulam di Kidung Agung (Kid 1:2-4, 12-14; 2:3-7; 3:1-5; 5:2-16; 8:1-4). Apakah yang menjadikan perbezaan itu? Kelulusan Allah untuk asmara cinta yang berahi dalam perkahwinan, di mana kedua-dua pasangan harus puas sepenuh-penuhnya (Ams 5:19; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4)! Dunia mengolok-olok anak dara demikian sebelum perkahwinan, tetapi perempuan Kristian yang sebenar merupakan kekasih yang paling hebat di dunia.
Perempuan lacur adalah agresif sebelum perkahwinan dan di luar nikah. Dalam perumpamaan Salomo, dia secara fizikal menangkap teruna itu. Perempuan itu yang penyerang, dan keberanian seksual demikian diglamorkan hari demi hari bagi semua gadis muda oleh industri hiburan, meskipun hanya dua generasi dahulu kebanyakan perempuan menjaga keperawanannya. Hanya sesetengah lelaki cukup kuat untuk menahan serangan demikian. Yusuf adalah kekecualian, dan adalah sungguh mulia (Kej 39:7-12). Apakah yang dapat dibuat lelaki? Ikutilah nasihat Salomo, dan jauhilah diri daripada mereka (Ams 5:8; 7:8).
Ada beberapa jenis ciuman. Perempuan salih tahu perbezaan-perbezaan ini, dan dia menjaga apa yang intim untuk dipakai dalam perkahwinan sahaja. Kalau ikut budaya, rohani atau apa pun keadaan, dia boleh mencium pelbagai lelaki dan perempuan dengan ciuman jenis salaman sosial. Rahel, dan bapanya Laban, kedua-dua mencium Yakub dengan cara demikian (Kej 29:11,13), yang ada dirujuk oleh Paulus sebagai ciuman kudus, sebab kurang ataupun langsung tidak mempunyai niat seksual (Rom 16:16; 2Kor 13:12).
Ciuman sejati adalah untuk perkahwinan – ia sebahagian persetubuhan. Ia boleh menjadi lebih intim dan peribadi daripada mana-mana pun tindakan seks, kerana ia melibatkan lebih jarak muka, mata, dan mulut yang sangat dekat. Perempuan Sulam bermegah dalam cium-cium persetubuhan dengan suaminya (Kid 1:2, 5:16; 7:9). Tetapi dia langsung tidak akan memberi undangan yang sebegitu intim dan peribadi kepada mana-mana pun orang, dan dia besar kemungkinan tidak memberinya kepada Salomo sebelum malam perkahwinan mereka.
Perempuan lacur memakai ciuman sebelum perkahwinan dan di luar nikah untuk memberahikan lelaki dan mengundang mereka untuk bersetubuh, sementara mereka tidak ada hak untuk berbuat demikian. Para pelacur, melalui banyak latihan, dapat memberangsangkan berahi lelaki sampai ke tahap langit dengan ciuman. Gadis-gadis yang berakhlak mulia, sementara jahil dan tidak berpengalaman, akan memberi suatu tanggapan salah dengan membenarkan dirinya dicium sebelum perkahwinan. Perempuan yang asing, seorang pelacur dengan rancangan jahat, memulakan ciuman itu sendiri untuk menggoda mangsanya.
Buat apa nak ciuman intim sebelum perkahwinan? Apakah tujuannya? Mungkinkah itu dapat menilai orang yang dicium itu? Adakah ia membantu untuk memastikan perhubunganmu suci sehingga ia disucikan oleh pernikahan? Atau adakah ia memprovokasi suatu godaan kuat dalam fikiran dan tubuh yang harap untuk bersetubuh dengan sepenuh-penuhnya? Buat apa menimbulkan suatu keadaan susah sebegitu? Mengapa nak menambahkan suatu ketegangan dan kegeraman seksual sebelum perkahwinan? Kamu boleh belajar lebih banyak tentang orang lain dengan caperon-caperon yang matang.
Dan juga, kenangan-kenangan ciuman – yang dinikmati tanpa kesukaran kehidupan berkahwin – akan menghantui jiwamu pada masa depan. Mengapa tidak mengehadkan pengalaman dan kenikmatan ciuman kepada satu orang yang kamu kahwin – iaitu selepas kamu berkahwin? Adakah ini pelik dan ganjil kepadamu? Kekudusan memang aneh pada abad ke-21 ini! Dan ingat hai teruna, gadis yang menciummu dengan agresif awal-awal, akan lebih mudah lain kali mencium orang lain, meskipun sudah berkahwin denganmu.
Ayah bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak perempuan daripada situasi di mana ciuman dan peringkat-peringkat lain dalam hal percumbuan adalah mungkin. Tiada alasan untuk adanya pasangan yang berdating bersendirian. Apakah tujuannya atau nilainya? Tiada apa pun untuk dikenali bersendirian yang tidak dapat dibuat dengan adanya caperon yang membantu. Dan dengan caperon lagi cepat. Gadis-gadis haruslah diajar kemuliaan dan sukacita perkahwinan dan persetubuhan yang adalah sebahagian sukacita itu, tetapi mereka tidak patut perlu menghadapi saat-saat kesukaran bersendirian dengan lelaki yang mendesak, ketika tahap keberahian tinggi, meskipun lelaki itu merupakan tunang dia.
Perempuan yang berakhlak mulia adalah ceria, suci, senonoh, dan pendiam dalam ucapan dengan mana-mana lelaki, meskipun orang itu tunangnya. Ucapan seksual yang berani ialah satu lagi cara lelaki diberahikan, seperti yang dibuktikan oleh kepopularan talian seks, bilik borak internet, Facebook, teks handfon, teks seks,dsb. Perempuan yang harap untuk menyenangkan Bapa syurgawi mereka dan menunjukkan pertimbangan rasa yang murah hati kepada lelaki, terutamanya kepada tunang mereka, akan menyimpan segala perbualan seksual untuk dipakai secara khusus bagi satu lelaki, dan hanya dia selepas perkahwinan.
Para pelacur tiada kesenonohan atau sikap menguasai diri, dan melalui kehilangan pengawalan diri itu yang telah diberi semula jadi oleh Allah, mereka sungguh berani dalam undangan seksual mereka. Mereka tidak malu (Yer 3:3). Perempuan asing yang disebut Salomo ini dengan berani menerangkan kenikmatan seksual yang dia mampu dan rela beri kepada teruna yang bebal itu(Ams 7:14-21). Ucapan pengampuannya itu tidak kurang daya tarikannya kalau dibandingkan dengan ciri-ciri lain yang menarik, dan itu menjadikan perempuan itu sungguh mengatasi daya pertahanan lelaki itu (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5; 22:14). Tanyalah Simson!
Apakah yang harus orang berhikmah buat? Jawapan yang sama seperti dahulu! Jauhilah perempuan itu. Biar ia jauh benar daripada dia! Jika kamu sudah menjauhinya, bagaimanakah mungkin dia dapat menangkapmu, menciummu, atau bercakap denganmu? Jika kamu tidak mendekatinya, daya tarikan perkataannya, atau aktiviti-aktivitinya, maka kamu tidak akan bersemuka dengan godaan-godaan yang sungguh kuat itu yang sudah membinasakan banyak lelaki yang kuat (Ams 7:26; 23:28). Jauhilah dirimu daripada kebanyakan gim campuran jantina, kelab malam, main emel bersendiri dengan perempuan asing, parti-parti pejabat, bilik berborak Internet, tarian/joget, saling memesej, pantai, atau perhubungan dekat atau perbualan kerap dengan mana-mana perempuan kecuali isterimu.