Amsal · Proverbs

7:14
Persembahan-persembahan pendamaian ada bersamaku; pada hari ini aku telah membayar nazarku.

Para pelacur boleh nampak beragama. Mereka juga boleh ditemui di gereja. Di sini Salomo menjelaskan seorang perempuan asing – seorang pelacur, perempuan sundal atau penzina. Dia menggoda mangsa mudanya dengan memberitahunya tentang aktiviti keagamaannya: dia seorang perempuan yang baik dan yang bertaraf tinggi, termasuk kedatangan setia untuk hal-hal agama; dan dia ada korban-korban persembahan yang paling baik untuk dikongsikan dengan mangsanya.

Persembahan-persembahan pendamaian dibahagikan di antara sang penyembah dan imam. Sementara apa yang dipersembahkan adalah sempurna, makanan yang dihasilkan daripadanya ialah apa yang berkualiti paling tinggi (Ams 17:1; Ima 3:6; 22:21). Ia setanding dengan daging USDA Prime+. Bahagian yang tertinggal dengan sang penyembah itu kerap kali dikongsikan dengan kawan-kawan atau dipakai untuk beraya (Ima 7:15-16; 19:5-6; Ula 12:6-7).

Persembahan-persembahan pendamaian adalah persembahan sukarela untuk memberi syukur atau membayar nazar (Ima 19:5). Seorang pelacur pun boleh ada bentuk agama, untuk menyokong matlamat-matlamatnya yang mementingkan diri sendiri. Ia mungkin menghiburkan sisa yang tertinggal daripada hati nuraninya yang sedang digemaskan; ia mungkin dapat menyamar kehidupannya yang tidak bermoral dengan memakai pertunjukkan agama; dan ia mungkin mendukung usaha godaannya terhadap seorang lelaki muda (Ams 6:26). Atau ia mungkin ketiga-tiganya!

Perempuan asing dalam perumpamaan Salomo yang panjang ini bukan sembarangan perempuan lacur di pinggir jalan. Dia seorang perempuan yang berbudi halus dengan daya kewangan, dengan reputasi mulia, dan dengan citarasa yang mewah. Dia menawar untuk mengongsikan suatu raya agama dengan lelaki muda itu. Sang Pengkhutbah telah mengerahkan usaha yang terbaik untuk memberi amaran kepada anak lelakinya bahawa seorang perempuan lacur mungkin akan mengubah perangainya untuk menggoda lelaki muda yang berhati-hati (Ams 5:6; Pkh 7:26).

Di sinilah seorang penggoda perempuan yang sangat berkuasa – seorang perempuan yang anggun dan yang halus akhlaknya dan kerohaniannya untuk mempertingkatkan lagi daya tarikan undangannya untuk berzina. Lelaki mungkin takut akan para pelacur kerana hati mereka yang dingin, dorongan kewangan yang jelas nyata, besar kemungkinan berpenyakit berjangkit, kurang bersih, sudah kerap dipakai, risiko di sisi perundangan, dan perlakuan seks yang kurang peribadi. Sang Pengkhutbah, iaitu Salomo, tahu bagaimana untuk langsung memasuki hal yang sebenarnya.

Betapa eloknya undangan itu! Dia tiada udang di sebalik batu untuk kewangan, sebab perempuan itu sendiri menyediakan hidangan makanan mewah. Dia seorang perempuan yang sensitif dan yang ikhlas dan disambut baik orang-orang kenamaan di kotanya. Dia ada banyak makanan yang mewah, dan satu-satu kemahuannya nampak seakan-akan keperluan seorang teman semata-mata. “Marilah”, dia berkata, “Aku memerlukanmu untuk melengkapkan hari yang ajaib ini dan menikmati apa yang mewah dalam kehidupan bersamaku”.

Hai lelaki muda! Bangun! Bukalah matamu! Di sebalik undangannya ialah jerat untuk membawamu ke maut dan neraka (Ams 7:27). Sebaik sahaja terperangkap dalam pelukan gasang dan terpukau dengan pengampuan bibir perempuan itu, kamu sesat tanpa harapan untuk memulihkan diri (Ams 5:22; 22:14; 23:27). Jauhilah dia! Ada sesetengah godaan yang kamu boleh lawan, tetapi jenis godaan ini, kamu harus melarikan diri!

Suatu bentuk agama yang dipakai sebagai samaran untuk menutupi niat dosa akan lagi menggandakan jenayah itu (Ams 21:27). Gereja Rom menawarkan banyak sandiwara agama yang mengampu, tetapi dia merupakan pelacur besar dan ibu para pelacur dan kekejian-kekejian bumi (Wah 17:1-6), yang telah memakai nazar kebujangan dan nazar kemiskinan, dua perkara yang bercanggah dengan Alkitab, untuk menipu dan untuk membinasakan banyak orang. Berhati-hati!