7:15
Oleh sebab itu, aku telah keluar supaya dapat bertemu denganmu, dan bertekun mencari mukamu dan aku telah menemuimu.
Berbicaralah si pelacur. Kata-katanya berharga. Dia menjelaskan kemahuannya, usahanya, dan kejayaannya untuk mencari kekasihnya. Dia dengan romantis menggodanya dari dalam hati nuraninya dan pendidikannya. Dia mengampunya dengan kerinduan, dan terjatuhlah lelaki itu ke dalam muslihat itu bagaikan burung yang dengan senang memasuki perangkap. Dia tahu bagaimana untuk mencium dan mengampu mangsanya ke dalam mimpi ngeri cinta yang palsu.
Sesiapa pun perempuan yang lain daripada isterimu boleh menjadi perempuan yang asing. Dan dia merupakan perempuan asing – dan seorang musuh – jika dia berbuat apa pun untuk menguja atau mengundang nafsu-nafsumu untuk berintim dengannya. Ciumannya atau kata-katanya ialah bohong, sebab ia menyebut tentang sayang dan kenikmatan meskipun hanya ada kebencian dan kepedihan. Jangan mendekati ciumannya, dan jangan mendengar kata-katanya.
Solomo memakai bab ini untuk memberi amaran terhadap perempuan asing. Dengan teliti dia menjelaskan godaannya: perangainya yang licik, tindakannya yang romantis, kata-katanya yang mengampu, dan tindakannya yang cermat (Ams 7:10-21). Seperti teladan ayah yang berhikmah, Solomo berusaha untuk memberi amaran kepada anak lelakinya tentang salah satu daripada godaan yang paling bahaya dalam kehidupan – perempuan yang lacur/sundal/jalang.
Pengalaman luas Solomo dengan perempuan – 700 isteri dan 300 gundik – telah memberinya suatu kelebihan yang istimewa (1Raj 11:3). Dia kerap kali memberi amaran tentang daya tarikan dan kuasa ucapan seorang perempuan yang mengampu (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5,21). Tetapi di sini ada contoh sesetengah kata-katanya – luahan perasaan kerinduan kuat yang mengampu dan kasih membara bagi mangsanya.
Biar setiap lelaki gementar dalam ketakutan terhadap musuh ini. Yusuf melarikan diri daripada pelacur yang menggoda, meskipun itu membawanya ke dalam penjara (Kej 39:7-20). Simson layan bohong-bohongnya yang menggoda, dan itu telah merampas rambutnya – dan nyawanya (Hak 16:4-21). Seseorang perempuan punya pengampuan kuat terlalu hebat untuk ditahan oleh kebanyakan lelaki. Kata-kata kekaguman dan usaha-usaha yang rindu mengatasi kebanyakan daya pertahanan godaan.
Keselamatan adalah mudah. Elaklah perempuan menarik yang kamu tidak kahwin. Tolaklah apa pun perkataan atau persuratan/perbualan/perhubungan yang mungkin mengandungi sedikit pun tanda sayang, dan tamatlah perhubungan itu sama sekali. Ingat bahawa ciuman dan pengampuan daripada perempuan yang selain isterimu hanya suatu samaran untuk kebinasaanmu, tidak kira sama ada ia diberi dengan niat jahat ataupun niat yang jahil.
Hai isteri Kristian, jika kamu melaparkan suamimu daripada kasih sayang dan pujian, kamu akan menjadi penyubahat dalam dosa-dosa seksualnya, sebab kamu menjadikannya mudah terpengaruh kepada apa yang perempuan lain tahu untuk memberi dan rela memberi. Bilakah waktunya kamu memuji ciri-cirinya yang baik akan penampilan dan akhlak (Kid 5:9-16)? Paulus sendiri pun menggalakkan itu (1Kor 7:3).
Amaran di sini juga menjangkaui para penyembah perut dan para pengkompromi agama – orang Kristian dengan bentuk kesalihan, tetapi tidak menghidupi kehidupan yang salih. Kata-kata mereka yang baik dan ucapan mereka yang muluk-muluk memperdayakan yang pandir, sama seperti si pelacur memperdayakan teruna di sini. Maka Paulus memberi amaran untuk menandakan dan mengelakkan segala orang demikian (Rom 16:17-18; Flp 3:17-20; 1Tim 6:3-5).
Ingatlah, ciuman dan kata-kata seseorang musuh memperdayakan (Ams 27:6; 26:24-28). Kehidupan mereka palsu, maka ia tidak hairanlah kata-kata dan kasih sayang mereka adalah palsu (Maz 38:3; 55:21). Seperti perempuan lacur, hati mereka licik (Ams 7:10); mereka telah mengkompromikan kebenaran dan integriti dalam jiwa-jiwa mereka, maka kata-kata mereka juga memperdayakan. Kata-kata kesia-siaan yang hebat menyombong itu sebegitu banyak menyampah (2Pet 2:18; Yud 1:16). Buat penghakiman berdasarkan kehidupan mereka.
Apabila mereka berkata, “Ia baik untuk melihatmu”, apakah yang dimaksudkan mereka? Apakah yang baik? Apakah yang telah mereka buat bagimu, atau apakah kebaikan yang telah mereka menerima daripadamu? Apakah kebaikan yang mereka mahu beri kepadamu, atau apakah kebaikan yang mereka harap daripadamu? Daripada berborak-borak tentang kebaikan, mereka patut melakukan kebaikan, sama ada dengan menyertai sembahyangmu yang baik kepada Allah atau memperbetulkan sembahyangmu supaya ia menjadi baik.
Kasih sejati hanya ditemui di dalam Yesus Kristus dan wujud hanya dalam kebenaran (1Kor 13:4-7; Flp 1:9-11; 1Yoh 4:7-13). Ia mengagumkan betapa kerap kali senyuman yang besar, salam mesra, dan pelukan yang sayang, dan mata yang menitis air mata sama sekali ketiadaan apa pun tentang Yesus Kristus atau injilNya. Apakah kemesraan yang tidak kudus ini? Ia merupakan perdayaan bohong akan orang yang sudah terperdaya, yang telah memilih kasih kepada kenikmatan mengatasi kasih kepada Allah (2Tim 3:4,13). Pandang hinalah ciuman dan kata-kata mereka (Ams 27:6).
Adakah ia menghairankan pun bahawa Daud berdoa dua kali dalam satu mazmur untuk dilepaskan daripada anak-anak yang asing – saudara palsu – yang mulut mereka mengucapkan kesia-siaan dan tangan kanan mereka ialah tangan kanan kepalsuan (Maz 144:7-8,11)? Hai pembaca yang serius, Daud telah beroda untuk pelepasan daripada orang yang mengampu sedemikian supaya dia dapat menikmati berkat-berkat Allah ke atas keluarganya (Maz 144:12-15).
Gereja Rom dan semua gereja-gereja palsunya mengikuti jalan yang sama. Mereka memakai perdayaan yang dipelajari daripada ayah mereka (Yoh 8:44). Mereka berpura-pura untuk hanya menjadi manusia – para rasul Kristus dan para pelayan kewajaran – tetapi mereka sebenarnya serigala yang rakus (Mat 7:15; Luk 20:20-22; Kis 20:29-30; 2Kor 11:13-15). Seperti seorang pelacur yang akan menggoda seorang lelaki untuk wangnya, demikian juga guru-guru yang palsu memperdagangkan Kristian yang pandir melalui kata-kata yang pura-pura (2Pet 2:3).
Penawar bagi perempuan asing adalah untuk mencari dan berkahwin dengan perempuan yang berakhlak mulia yang dengannya kamu boleh memiliki penemanan dan persetubuhan yang memuliakan Allah setiap hari, yang menghasilkan keluarga bagi kenikmatan besarmu bersama-sama (Ams 5:15-19). Penawar untuk gereja-gereja yang palsu bagi agama palsu adalah untuk mencari dan menyertai gereja rasuli yang mengkhutbahkan Alkitab, mengikuti jalan-jalan purbakala dan yang tekun memperjuangkan iman yang dahulu telah disampaikan kepada orang-orang kudus (Yer 6:16; Yud 1:3).