Amsal · Proverbs

7:8
Sementara berlalu di jalan yang berdekatan dengan sudut perempuan itu; dan dia mengikuti jalan ke arah rumah perempuan itu,

Berapa dekat ingin kamu ke maut dan neraka? Mengapakah kamu ingin memikir pun untuk mendekatinya? Jika kamu tahu sesuatu akan membunuhmu dan membawamu ke neraka, maka haruskah kamu berfoya-foya dengannya? Haruskah kamu fikir tentang itu? Haruskah kamu berdusta kepada dirimu sendiri bahawa kamu mampu hidup dalamnya?

Kamu tidak boleh hidup dalam maut dan neraka. Kedua-duanya kepedihan dan kebinasaan manusia sekarang dan kemudian. Perzinaan ialah jalan yang pasti ke maut dan neraka, tetapi pemuda yang bebal dalam amsal ini telah memilih untuk mendekatkan diri kepada penzina perempuan dan kemudian masuk rumahnya. Dia telah membuat suatu pilihan dengan padah yang mematikan (Ams 7:21-23).

Godaan seksual dengan sungguh berkuasa menarik lelaki muda. Solomo telah mengkhususkan beberapa bab awal Amsal bagi subjek ini, kerana dia harap untuk mewaspadakan anak lelakinya tentang bahaya perempuan asing – perempuan sundal dan para penzina. Sesetengah fikir bahawa penekanan ini terlalu banyak bagi dosa-dosa seksual, tetapi mereka sedang menyalak terhadap hikmah Allah yang tidak terhingga dan pengalaman pilu kebanyakan lelaki dalam sejarah manusia. Bahayanya di serata tempat, terutamanya pada zaman kini.

Solomo memberitahu anak lelakinya empat kali bahawa perzinaan ialah jalan ke maut dan neraka dalam bab-bab pangkal Amsal ini (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27; 9:18). Dan apabila dia merumuskan pemerhatian-pemerhatiannya tentang kehidupan pada umur tua, dia mendapat pemerhatian yang sama (Pkh 7:26). Perzinaan merosakkan nama baik, membinasakan jiwa, mengikat seorang lelaki dalam ikatan ketagihan seksual, mencemarkan salasilah keluarga, memperkenalkan penyakit kepada yang sihat, menimbulkan radang kecemburuan, mengutuk hati nurani, dan membawamu ke neraka.

Amsal secara am ialah kitab pemerhatian-pemerhatian yang singkat, berilham, dan berkuasa tentang kehidupan dari minda Allah melalui pena Solomo. Namun, dalam bab ini Solomo telah menulis suatu amsal yang panjang – suatu perumpamaan (Ams 7:6-23). Perumpamaannya menjelaskan tentang godaan dan pembinasaan seorang lelaki muda oleh seorang penzina perempuan yang cukup mahir. Lelaki bebal itu langsung akan tidak dapat bertahan. Perempuan itu sepuluh kali lebih unggul dalam perdayaan dan godaan. Lelaki itu tewas seperti lembu masuk ke pembantaian.

Tetapi ia tidak mungkin akan terjadi – ia tidak boleh terjadi – jika dia tidak melalui jalan yang berdekatan dengan sudut perempuan itu dan mengikuti jalan ke arah rumahnya. Dosa-dosa seksual tidak dapat berlangsung, jika kamu kekal menjauhi punca godaan. Godaan seksual terlalu kuat untuk berfoya-foya dengannya. Kamu harus melarikan diri daripadanya, seperti yang Paulus waspadakan (1Kor 6:18; 2Tim 2:22). Kamu harus mengelak godaan seksual dengan apa pun cara dan jangan mendekatinya (Ams 5:8; 7:25).

Tuhan Yesus Kristus menyatakan bahawa ia lebih baik untuk mencungkil keluar mata kananmu ataupotong putus tangan kananmu daripada membenarkan godaan seksual untuk menarikmu ke neraka (Mat 5:27-30). Tidak kira betapa berharga sesuatu bagi dirimu, seperti mata kananmu, kamu harus membuang itu, jika ia menggoda kamu untuk berdosa secara seksual. Tidak kira berapa perlu dan praktikal sesuatu benda, seperti tangan kananmu, kamu harus menyingkirkannya, jika ia menggodamu kepada dosa seksual. Ini bukan suatu hal yang remeh. Kesan-kesannya membawa maut dan adalah kekal. Yesus Kristus telah mengajar kamu hikmah yang ilahi.

Lelaki berhikmah akan menolak bagi diri sendiri, dan kaum ayah akan mengutuk bagi anak-anak lelakinya: pusat senaman uniseks yang memakai baju senaman ketat spandex, blog atau media sosial perempuan, kolam renang unisex, kebanyakan program televisyen, jangka masa bersama perempuan tanpa bercaperon, parti-parti yang duniawi, apa pun jenis pornografi, kebanyakan persatuan mahasiswa, kebanyakan kapal layar makan angin atau tempat peranginan, apa pun jenis pusat istirahat atau kelab malam, percutian dengan jantina lain, perhubungan bersahaja melalui telefon, emel, atau mesej dengan perempuan lain, pekerjaan-pekerjaan yang adanya perempuan penggoda, makan malam bersama perempuan yang lain, pengembaraan urusan perniagaan tanpa kekangan yang tegas, perhubungan-perhubungan yang bersahaja dengan perempuan yang sudah berkahwin, muzik duniawi, buku novel yang gasang, dan apa pun kemungkinan godaan, kebanyakannya pada zaman kini adalah melalui alat elektronik. Orang lain akan fikir bahawa peraturanmu itu sungguh keterlaluan, tetapi Allah dan Solomo tidak fikir itu langsung.

Dosa seksual tidak dapat terjadi, jika kamu menjauhi godaan-godaan kepadanya. Paulus telah mengajar secara am bahawa Kristian tidak harus membenarkan apa pun peruntukkan atau peluang bagi daging untuk berdosa (Rom 13:14). Jika dia, telah mengajar peraturan yang berilham ini bagi semua dosa secara am, betapa banyak lagi patut kamu memakai itu bagi hal godaan seksual, yang adalah yang paling menggoda dan paling membinasakan dalam kehidupan? Jika sesuatu bersandar sedikit pun kepada arah godaan, jauhinya!

Pelajaran ini mudah sahaja. Jauhi diri daripada apa pun yang menggodamu untuk berdosa seksual. Jangan sesekali menjadi orang bebal seperti Lot dan mendirikan khemahmu ke arah Sodom (Kej 13:12). Jika kamu sudah hidup terlalu dekat, berpindahlah secepat semungkin! Ia tidak berbaloi membinasakan jiwamu dan keluargamu. Dosa-dosa seksual boleh dielakkan, jika kamu memotong keluar punca-punca godaan itu. Gantikan apa pun kekosongan kehidupanmu dengan senaman rohani dan memperkasakan perkahwinanmu (Ams 5:19-20; Maz 119:11; 1Kor 7:1-5).