8:2
Dia berdiri di atas tempat-tempat yang tinggi, dan di lalu lintas tempat-tempat perjalanan.
Hikmah tidak tersembunyi atau terpencil. Ia nyata seperti mentari waktu tengah hari. Hikmah tidak berbisik di tempat-tempat yang gelap dan yang rahsia. Ia berseru untuk didengar di tengah-tengah kegiatan manusia. Ia tidak sukar untuk ditemui. Sesiapa pun yang ada hati dan akal untuk itu dapat dengan mudah menemuinya. Ia tidak dihadkan kepada keistimewaan orang atasan. Ia ditawarkan dengan percuma dan dengan luas kepada semua orang (Ams 8:4).
Amsal ini ialah sebahagian pengenalan Solomo untuk mempersonifikasikan hikmah sebagai perempuan (Ams 8:1-3). Di dalam salah satu karya kesusasteraan yang paling indah di dunia, Puteri Hikmah diperkenalkan sebelum memakai kata ganti nama diri pertama untuk menjelaskan akhlaknya dan faedahnya kepada manusia (Ams 8:4-36). Solomo akan meneruskan personifikasi ini kepada bab yang kemudian (Ams 9:1-12).
Selepas tiga bab meneliti kaedah-kaedah dan bahaya perempuan asing dan godaan seksual (Ams 5-7), Solomo mempersembahkan satu lagi perempuan, Puteri Hikmah. Sementara para pelacur ingin kegelapan untuk menutupi dosa-dosa mereka dan berbaring menanti di sudut-sudut jalan (Ams 7:8-12), Puteri Hikmah berdiri di kawasan terbuka, yang pelatarannya menyambut semua orang. Sementara undangan para pelacur harus ditolak (Ams 9:13-18), tawaran Puteri Hikmah harus disambut (Ams 9:1-5).
Allah menawarkan hikmah kepada semua orang di bumi. Ia bermula dengan takut akan TUHAN dan mengenal Allah Yang Maha Kudus (Ams 1:7; 9:10). “Syurga mengisytiharkan kemuliaan Allah; dan cakerawala menunjukkan karya tangannya. Hari demi hari menuturkan ucapan, dan malam demi malam menunjukkan pengetahuan. Tiada ucapan atau bahasa yang suara mereka tidak kedengaran” (Maz 19:1-3).
“Kerana apa yang dapat diketahui tentang Allah telah ternyata di dalam mereka: sebab Allah telah menunjukkannya kepada mereka. Sebab apa yang tidak kelihatan berkenaan dirinya sejak ciptaan dunia adalah jelas kelihatan, dengan difahami melalui apa yang telah dijadikan, bahkan kuasa kekekalannya dan Keilahiannya; dengan itu mereka tidak dapat berdalih” (Rom 1:19-20). Namun manusia tidak takut akan Tuhan!
Suatu lagi kesusasteraan yang tidak terperi dan yang benar-benar bernilai ialah Ayub 28. Dalam bab itu, Ayub memakai perumpamaan untuk menjelaskan usaha-usaha luar biasa yang manusia kerahkan untuk menggali logam-logam berharga dari bumi. Lombong-lombong yang sungguh dalam di bawah tanah untuk emas, perak, dan berlian ialah usaha yang sungguh-sungguh besar, tetapi hikmah tidak berada di sana, dan kos untuk hikmah bukan sebesar modal yang diperlukan bagi lombong-lombong dan kilang-kilang peleburan. Hikmah adalah melalui takut akan Tuhan.
Bahasa sedunia ciptaan memanggil supaya semua manusia bertaubat dan merendahkan diri kepada Pencipta mereka, yang adalah permulaan hikmah (Maz 19:1-6). Tetapi itu bukanlah satu-satunya cara hikmah memanggil. Firman Allah yang tertulis juga menawarkan hikmah kepada yang pandir, yang menajdikannya lebih bernilai daripada emas dan lebih manis daripada madu (Maz 19:7-11).
Hai pembaca, tidakkah kamu mendengar ibubapa dan pastor memanggilmu kepada hikmah juga? Ia tidak jauh di tempat yang sukar dicapai. Ia tidak berbisik-bisik di dalam kegelapan. Ia ada di tempat terbuka dan sedang memanggilmu dengan lantang sekali. Apakah yang menghindarimu? Rebutlah ia sekarang. Terimalah undangannya. Kejar untuk persahabatannya. Tinggalkanlah orang bebal. Pisahkan dirimu daripada peralihan-peralihan kehidupan (Ams 18:1). Jika kamu tidak berbuat itu dengan lekas, dia akan ketawakanmu sampai dijadikan bahan cemuh (Ams 1:20-33). Atau adakah kamu mengasihi maut (Ams 8:36)?