Amsal · Proverbs

8:1
Tidakkah hikmah berseru? dan pemahaman melantangkan suaranya?

Salomo telah menulis Amsal dengan banyak bentuk sastera yang kiasan dan yang berpuisi, yang memberi amsal kekuatan dan daya tarikan sebagai tambahan kepada isinya yang indah bagi hikmah kehidupan. Di sini kamu menemui kiasan yang dipanggil personifikasi, yakni ketika ciri akhlak hikmah diberi sifat suatu peribadi. Kamus Oxford English menjelaskannya sedemikian:

Personifikasi. Pembagian suatu bentuk peribadi, sifat, atau ciri; perwakilan sesuatu atau sesuatu yang abstrak sebagai seorang peribadi, seperti suatu gambaran retorik atau suatu jenis metafora.

Pertimbangkan bagaimana kemerdekaan Amerika disebut sebagai Lady Liberty [Puteri Kebebasan] atau jasad bumi dengan binatang-binatangnya sebagai Mother Nature [Ibu Alam Semula Jadi]. Kebebasan bukan sebenarnya seorang puteri, walaupun ada suatu patung bentuk wanita yang dipanggil Statue of Liberty; dan alam semula jadi bukan sebenarnya seorang ibu, walaupun banyak orang yang memanggilnya sedemikian.

Salomo juga mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan di tempat-tempat yang lain (Ams 1:20-33; 2:4; 3:15-18; 4:5-13; 8:1-36; 9:1-5). Banyak orang merohanikan perempuan dan hikmah itu sehingga ia dianggap sebagai pra-penjelmaan Kristus, atau Hikmah Allah. Tetapi Kristus yang pra-penjelmaan merupakan Jehovah, Firman Allah. Seorang Anak Allah yang dijanakan dari kekekalan ialah spekulasi cabul dan ajaran yang sesat. Kiasan yang sebenar di sini ialah seorang perempuan yang sungguh-sungguh merayu kepada lelaki muda untuk memilih kehidupan yang berhikmah.

Di dalam sembilan bab yang pertama, adanya pertandingan di antara perempuan asing dengan Puteri Hikmah. Salah satu memilih untuk menggoda lelaki muda dengan nafsu dan perzinaan, dan yang satu lagi cuba menyelamatkan mereka dengan hikmah dan budi bicara. Sementara pelacur memakai tempat awam sebagai kawasan mencari mangsa (Ams 7:11-12), demikian juga Puteri Hikmah berbicara di tempat awam untuk didengar semua orang (Ams 8:2-4; 1:20-21).

Setiap orang muda ada dua perempuan yang sedang mengejarnya (secara tidak langsung, lelaki tua, gadis, dan perempuan juga dikejar Puteri Hikmah). Soalnya: mana satu perempuan yang akan dikasihi lelaki dan diikut ke rumahnya. Salah satu perempuan, Puteri Kebebalan, membawa neraka dan maut (Ams 2:18; 7:27; 9:18), dan yang satu lagi, Puteri Hikmah, membawa keredaan dan kehidupan (Ams 9:1-5; 4:13; 3:18).

Hikmah bukan sukar untuk ditemui dan untuk dinikmati. Dia menjadikan dirinya diketahui orang dan sedia ada melalui wahyu Allah dan kerja RohNya. Dia berseru untuk didengar. Harus mengapakah kamu tidak mendekapinya sebagai milikmu sendiri, hai pembaca? Dia akan membawamu kegembiraan yang besar dan keredaan bagi seumur hidupmu.

Hikmah ialah kualiti dan ciri yang dimiliki dan diberi Allah. Dia mempunyai hikmah (Maz 147:5; Rom 11:33-36), dan Dia memakainya untuk menciptakan alam semesta (Ams 3:19-20; 8:22-31). Dia juga memberi hikmah dengan murah hati kepada orang yang mencarinya (1Raj 3:12; 4:29-34; Yak 1:5; Yer 3:15).

Yesus Kristus, Anak Allah yang terjelma, ada segala harta berharga hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Dia dapat menjawab para doktor undang-undang ketika hanya berumur dua belas tahun (Luk 2:46-47). Dia dapat membungkamkan musuh-musuhNya dengan kemahiran retorik yang menyebabkan mereka mengelakkanNya (Mat 22:46). Tiada lelaki yang berbicara sepertiNya, dan penjelasanNya tentang Alkitab menyebabkan hati yang salih untuk berkobar-kobar dengan sukacita (Luk 24:32). Adakah kamu mengenalNya? Adakah kamu mengasihiNya dan melayaniNya?