Amsal · Proverbs

8:3
Dia berseru di pintu-pintu gerbang, di tempat masuk kota, di kawasan lalu lintas pintu.

Seorang perempuan menginginimu. Seorang perempuan yang hebat sekali! Dia ingin membantumu. Dia berseru untuk pada hari ini. Dia mudah untuk dicari; dia di hadapanmu. Kamu tidak boleh terlepas untuk menemuinya. Dia menawarkan kepadamu hikmah dan hati yang ada pemahaman; dia akan memberitahumu apa yang cemerlang dan apa yang betul (Ams 8:1-6).

Kamu sungguh diberkati pada hari ini. Salam! Puteri Hikmah memperkenalkan diri sementara kamu membaca amsal ini. Dia menawar kepadamu kebenaran yang sejati, arahan, pengetahuan, dan hikmah, yang adalah lebih baik daripada perak, emas, batu delima, dan segalanya yang kamu mungkin ingini (Ams 8:7-11).

Dia berseru untuk perhatianmu. Jika kamu berdua tidak menjadi sahabat yang rapat, dia tidak rugi – kamu yang rugi. Kamu dilahirkan bebal dan jahil, dan kamu akan kekal begitu; dia ingin untuk menyelamatkanmu daripada suatu kehidupan yang disfungsi dan yang pedih.

Jangan membenci amsal ini. Adakah kata-katanya nampak boring dan seakan-akan tidak bererti? Allah mengilhamkan setiap satu perkataan itu, dan ia dibentuk untuk tidak menggalakkan orang bebal, tetapi orang berhikmah akan bersukacita bahawa Dia telah mengutus Puteri Hikmah kepada mereka pada hari ini, dan mereka akan terus membaca.

Solomo memakai beberapa cara dalam Amsal untuk mendapatkan perhatianmu dan untuk mengajarmu hikmah. Dia memakai ugutan, janji, kepedihan, ganjaran, amsal singkat, perumpamaan panjang, pemerhatian, peraturan, gambaran, analogi, perbandingan, fenomena sosial, pelajaran daripada binatang, nasihat ayahnya, ajaran-ajaran Agur, dan juga surat daripada seorang ibu rajani kepada anak lelakinya.

Di sini dia memakai personifikasi – alat kesusasteraan untuk mewakili suatu hal yang abstrak dengan memakai seorang peribadi – untuk mewakili hikmah kepadamu sebagai seorang perempuan yang mulia dan yang ajaib, Puteri Hikmah. Dia memperkenalkan dirinya dan merayu kepadamu untuk mendengar dia (Ams 8:1-10); dia menjelaskan faedah-faedahnya kepadamu (Ams 8:11-21); dia menjelaskan bagaimana Allah memakai dia dalam ciptaan alam semesta (Ams 8:22-31); dan dia menutup dengan merayu kepadamu untuk menerimanya atau mati dengan sia-sia (Ams 8:32-36).

Kamu diberkati pada hari ini. Allah Pencipta telah menulis suatu surat tawaran kepadamu untuk berkongsi dalam pengetahuanNya, kebenaranNya, pemahamanNya, dan hikmahNya. AgamaNya bukanlah dalam upacara yang sia-sia, mantera, doa-doa keupacaraan, kepercayaan karut, tradisi buatan manusia, misteri gelap, mempersembahkan usus kerbau kepada Roh Besar, mandi di sungai Ganges yang kotor, mencium batu meteorit di Mekah, atau mendoakan rosario/tasbih kepada seorang allah punya ibu. Di sinilah adanya kebenaran dan hikmah yang kekal!

Puteri Hikmah ada di depanmu. Dia ingin kamu melihat dia. Dia berseru untuk perhatianmu di tempat masuk kota, iaitu jalan yang kamu pakai setiap hari. Dia merayu supaya dapat membantumu (Ams 8:1-5). Dia menawarkan apa yang cemerlang dan yang betul – satu-satunya apa yang kamu akan temui di dalam dunia yang bebal dan yang buta ini (Ams 8:6). Setiap perkataannya ialah kebenaran dan kewajaran (Ams 8:7-8). Arahannya adalah mudah untuk dipelajari (Ams 8:9), dan ia lebih baik daripada kekayaan dan apa pun yang diingini (Ams 8:10-11).

Alam semula jadi mengajar kebenaran dalam setiap bahasa kepada setiap bangsa (Maz 19:1-6). Tetapi manusia telah menolak Sang Pencipta untuk khayalannya sendiri – yakni kamu dan apa pun yang lain datangnya daripada suatu letupan gas di angkasa lepas di suatu alam semesta yang tidak bertujuan; lumut di lautan menjadi katak; babun menjadi moyangmu. Dari gelap kejahilan penuh pada masa lahir, manusia bergegas merosot ke ambang kegilaan evolusi yang telah diinstitusikan. Oleh itu, Allah menghakmi mereka dengan keras sekali (Rom 1:18-32)!

Allah Pencipta juga memberi kesaksian kewujudanNya dan kebaikanNya dengan berkat-berkat penentuanNya yang Dia sampaikan – terutamanya sinaran matahari, hujan, musim buah, makanan, dan kegembiraan (Mat 5:45; Kis 14:17). Setiap kenikmatan yang kamu telah nikmati yang dapat dikesan balik kepada sumber matahari dan hujan adalah menerusi penentuan penyediaanNya yang berbelas kasihan. Ketika kamu makan suatu sarapan yang sedap atau menikmati kenikmatan-kenikmatan lain yang telah Dia ciptakan, ketahuilah bahawa Dia dengan wajar mengharapkan kesyukuranmu dan ketaatanmu.

Dia juga telah menempelkan hukum ilahiNya di dalam hati nurani manusia, jadi meskipun mereka tidak pernah membaca Alkitab untuk mengenal kehendak Allah yang ternyata, mereka masih tahu hukum moralNya dalam isu-isu besar moral (Rom 2:12-16). Inilah sebabnya kebanyakan budaya dan negara ada hukum-hukum dari dahulukala yang sungguh mirip tentang hal berbohong, mencuri, membunuh, perkahwinan, didikan anak, dan sebagainya.

Allah telah menyampaikan lebih banyak kebenaran melalui Alkitab tentang diriNya sendiri, asal usul dan masa depan manusia, dan bagaimana untuk makmur dalam kehidupan dan kekekalan (Maz 19:7-11; 2Tim 3:16-17). Tetapi manusia yang memberontak telah membakarnya, membakar penerbit-penerbitnya, membelenggukannya di gereja, membacanya dalam bahasa Latin, mengharamkannya di sekolah, mengolok-olokkannya bagi jawatan-jawatan kerajaan, mengeluarkannya daripada mahkamah, mengelirukannya dengan versi-versi yang baru, dan meninggalkannya di almari buku. Jadi, Allah menghakimi mereka (Yoh 12:47-48; 2Tes 2:9-12)!

Allah telah mengutus pastor-pastorNya untuk mengajarmu firmanNya dan maksud firmanNya yang betul (Yer 3:15; 23:28-32; Kis 8:30-35; Efe 4:11-14). Tetapi dunia telah menyerahkan mereka kepada singa, menarik mereka sampai terbelah dua memakai alat seksaan “rack”, membakar mereka di tiang kayu dalam Penyiasatan Katolik (Catholic Inquisition), membuang mereka dari negeri, dan masih mencemuh mereka pada hari ini. Kebanyakan orang Kristian zaman kini telah menolak mereka untuk operator-operator yang muluk dan yang popular yang memberi mereka hiburan dan dongeng dan bukan doktrin yang sihat (2Tim 3:1-7; 4:1-4).

Kebanyakan orang menolak Puteri Hikmah, yang ditemui mereka dalam ciptaan, penentuan Allah, hati nurani, Alkitab, dan para pengkhutbahNya. Adakah kamu gementar dan bersukacita melihat ciptaan, sementara tahu bahawa ia merupakan karya seorang Pencipta dengan kuasa kekekalan dan Keilahian? Adakah kamu suka dan mengkaji firman Allah yang berharga dan yang benar dalam Alkitab? Adakah kamu menghadiri dan menyokong suatu gereja dengan setia yang ada pengkhutbah yang dengan serius mengajar firman Allah tanpa kompromi? Kamu harus berbuat demikian.

Kamu diberkati pada hari ini. Puteri Hikmah telah menemuimu di pintu gerbang, di tempat masuk kota, di lalu lintas pintu. Cintailah dia; dia akan memberkatimu pada waktu semasa ini dan di kekekalan dengan berkat-berkat dan kelebihan yang sungguh besar (Ams 8:17-21). Cuba tolak dia dan dia akan mengolok-olokkanmu sementara kehidupanmu mereput dari dalam ke luar. Pilihan itu terpulang kepadamu; kesan-kesannya adalah Allah punya. Dia telah berjanji. Jika kamu mengabaikan tawarannya untuk kebenaran, dia akan mengetawakan tangisanmu ketika datangnya celakamu (Ams 1:20-33).

Adakah amsal ini terlalu boring? Adakah ulasannya terlalu mudah? Kamu tidak digerakkan untuk bertaubat bagi kebebalanmu dan dosa-dosamu, bersyukur untuk Puteri Hikmah, dan mohon Tuhan menunjukkanmu kebenaranNya? Lebih baik untuk dipecahkan oleh pertaubatan daripada dikisar kepada serbuk oleh sebab pemberontakan. Yesus Kristus telah berkata tentang diriNya sendiri, “Dan sesiapa yang jatuh ke atas batu ini akan dipecahkan: tetapi bagi sesiapa yang ditimpa batu ini, akan dikisarkannya sampai jadi serbuk” (Mat 21:44).

Kamu tidak dapat tahan doktrin sihat ulasan ini? Gerejamu telah menggantikan mimbar dengan kumpulan ahli muzik (2Tim 4:3-4)? Apakah yang akan terjadi jika kamu menolak tawaran Allah untuk kebenaran? Apakah yang akan terjadi jika kamu berpaling daripada Puteri Hikmah? “Dan oleh sebab itu Allah akan menyampaikan pendayaan kuat kepada mereka, sehingga mereka percaya akan bohong: Supaya mereka semua akan dilaknat, iaitu mereka yang tidak percaya akan kebenaran, tetapi telah bersenang dalam ketidakwajaran.” (2Tes 2:11-12).