Amsal · Proverbs

8:25
Sebelum gunung-gunung ditetapkan, sebelum adanya bukit-bukit aku dilahirkan:

Berapa tuanya hikmah? Lebih tua daripada gunung-gunung! Sebelum Allah menciptakan gunung-gunung dan membentuk bukit-bukit, Dia mempunyai hikmah yang tidak terhingga, yang dipakaiNya untuk membentuk bumi (Ams 8:22-23). Dia menawar hikmah yang berkaitan kepada manusia untuk kejayaannya di dalam kehidupan (Ams 8:10-21). Tidak kira berapa tuanya kamu menganggap gunung-gunung atau bukit-bukit, Allah sudah mempunyai hikmah sempurna jauh lebih lama daripada waktu ia diciptakan.

Amsal 8 ialah personifikasi hikmah sebagai seorang perempuan, Puteri Hikmah. Dia dirujuk di dalam ayat pertama dengan kata ganti nama yang perempuan dalam bahasa Inggeris, iaitu “her”; dan di dalam ayat yang terakhir adanya dua kali pemakaian kata ganti nama diri “aku” (Ams 8:1,36). Bab ini ada pengenalan (Ams 8:1-9), suatu penjelasan tentang faedah-faedah hikmah (Ams 8:10-21), hak milik TUHAN Jehovah akan hikmah dari kekekalan (Ams 8:22-31), dan suatu kesimpulan yang menjadi rayuan kepada lelaki (Ams 8:32-36).

Bahasa Inggeris ada simpulan bahasa yang berbunyi, “Older than the hills” [Lebih tua daripada bukit-bukit]. Ia merupakan simpulan bahasa untuk memberi maksud sungguh tua. Saiz, kestabilan, dan kekuatan gunung-gunung dan bukit-bukit membawa maksud bahawa asal usulnya yang purba dan ketetapan yang teguh benar, maka manusia telah menyamai benda kepada umur bukit-bukit untuk menekankan ciri tuanya. Allah telah melakukan apa yang sama di dalam nas-nas kitabNya yang berilham (Ayb 15:7-8; 38:4-11; Maz 90:2; 102:25-28; Ibr 1:10). Dan Dia bermegah akan hikmah kepadamu di dalam amsal ini dengan mengisytiharkan bahawa Dia memilikinya sebelum Dia membentuk gunung-gunung dan bukit-bukit, ketika Dia menciptakan bumi.

Kata-kata, “sebelum adanya bukit-bukit aku dilahirkan”, tidak memberi maksud penjanaan Anak Allah dari kekekalan silam. Oleh dua perkara, ayat ini langsung tidak mengajar akan hal Yesus Kristus merupakan Anak Allah sejak kekekalan silam. Pertama, anak kekekalan silam ialah bidaah yang dibuat-buat manusia, direkaciptakan oleh ahli teologi yang meneka-neka, iaitu yang bernama Origen (185-254 Masihi), untuk menjadikan Alkitab lebih sepadan dengan filsafat Yunani. Dia pertama-tama mencemari Yohanes 1:1 untuk mengajar bahawa Firman Allah ialah salah satu “allah” semata-mata.

Yesus ialah Jehovah! Dia Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang dijadikan daging, Imanuel – Allah bersama kita (Yes 7:14; 9:6; Mat 1:23; Yoh 1:1,14; 8:58). Dia bukan salah seorang allah yang diperanakkan melalui teori pagan penjanaan kekekalan silam, tidak kira apa pun yang diajar Watchtower Society, pengisytiharaan Alkitab N.A.S.B dalam Yohanes 1:18; atau pengakuan iman orang Katolik-Protestan. Yesus tidak dijanakan dari kekekalan silam: Sifat ilahiNya ialah Jehovah – AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH! Yesus tidak dijanakan dari kekekalan silam: Sifat manusiaNya telah dijanakan pada detik masa di dalam Maria (Luk 1:31-35; Gal 4:4).

Sebab yang kedua amsal ini tidak mengajar karut sebegitu ialah kerana ia personifikasi yang cukup jelas akan hikmah sebagai seorang perempuan. Adakah Anak Allah seorang perempuan? Salomo telah menyatakan pemakaian hikmah oleh Allah dalam kejadian alam semesta dengan memakai gambaran seorang perempuan. Mengapa? Untuk memperkasakan daya tarikan hikmah kepadamu melalui penggunaan yang berilham ini sebagai alat kesusasteraan yang cukup berkuasa. Jika hikmah cukup perlu kepada Allah dalam hal ciptaan dunia, maka kamu pasti memerlukan hikmah. Puteri Hikmah menawarkan hikmah kepadamu di dalam Amsal.

Jika Allah ada hikmah sebagai harta milikNya dari kekekalan silam sebelum Dia menjadikan alam semesta, maka hikmah sangat penting. Jika Allah memakai hikmah untuk membentuk syurga dan bumi dengan ciri-cirinya, maka hikmah sungguh bernilai. Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk memperoleh lebih hikmah? Puteri Hikmah menawarkannya kepadamu. Alkitab dan Amsal mempunyai hikmah dengan kelimpahan bagi penyempurnaanmu. Adakah kamu memiliki seorang pastor/guru yang mengkhutbah dan mengajar hikmah?