8:26
Sementara dia belum menjadikan bumi, atau padang-padang, atau bahagian debu tanah yang paling tinggi di dunia.
Jehovah, satu-satunya Allah yang benar, selalunya mempunyai hikmah. Dia selalu memikir dan bertindak dengan pengetahuan penuh dan dengan pemahaman menyeluruh. Dia tidak pernah belajar apa pun. Tidak seorang pun yang mendidikNya. Dia tidak pernah ada kekeliruan, keraguan, atau soalan. Dia selalu mempunyai pemahaman sempurna. Dia memiliki hikmah tidak terhingga sebelum dunia ini ada apa pun kewujudan.
Kamu makhluk yang berasal dari bumi ini: kamu menuntut kewujudan dan realiti melalui debu. Kamu diperbuat daripada debu; kamu mengusahakan sara diri daripada debu; kamu kembali kepada debu. Sesetengah orang dengan bebal memanggil bumi Ibu (Mother Earth). Benda yang paling pasti kamu tahu ialah bumi punya tanah. Tetapi TUHAN ada segala hikmah sebelum menjadikan tanah kering, ladang, atau gunung Everest daripada debu.
Salomo telah mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan dalam bab ini, yang telah menjelas dan menawarkan faedah-faedahnya kepada lelaki (Ams 8:1 - 9:12). Konteks langsung amsal ini ialah pemilikan Allah akan Hikmah sebelum karya-karya besarNya dalam ciptaan (Ams 8:22-31). Dan tindakan kreatif yang tertentu dalam amsal ini ialah tindakan membentuk tanah kering, kedua-dua padang dan gunung.
Bumi asalnya suatu bola air (Ams 8:24; Kej 1:2). Tidak satu sel binatang pun dari apa jenis pun telah berevolusi pada kadar apa pun. Ia gelap, kerana tiada matahari, yang telah Dia ciptakan pada hari keempat. Pada hari pertama, Dia menciptakan cahaya; Dia menciptakan langit dan udara pada hari kedua, dan tanah kering pada hari ketiga. Dan Dia memanggil tanah kering Bumi (Kej 1:3-13).
Sebelum hari ketiga, Allah sudah memiliki hikmah yang tidak terhingga, seperti yang diisytiharkan amsal ini. Dan Dia memakainya untuk menciptakan bumi yang agung sekali! Yesaya membentangkan lagi bukti akan hikmah dan pemahaman besarNya daripada ciptaan tanah kering dan gunung Allah. Dia telah menulis,
“Siapakah yang telah menakar air di lekuk tangannya, dan mengukur syurga dengan jengkal, dan menyukat debu bumi dengan sukatan, dan menimbang berat gunung-gunung di dacing, dan bukit-bukit di dalam neraca? Siapakah yang pernah mengarahkan Roh TUHAN, atau sementara menjadi penasihatnya telah mengajarnya? Dengan siapakah dia mencari nasihat, dan siapakah yang mengarahkan dia, dan mengajar dia jalan penghakiman, dan mengajarnya pengetahuan, dan menunjukkannya jalan pemahaman? Lihatlah, bangsa-bangsa adalah seperti setitik air dalam baldi, dan dikira sebagai butir kecil debu di neraca: lihatlah, dia mengangkat kepulauan sebagai benda yang sangat kecil” (Yesaya 40:12-15).
Allah telah menjadikan Gunung Everest daripada debu bumi! Ia menegak setinggi 29,035 kaki, atau 8.85 kilometer, dari aras laut! Itu 4.8 kilometer lebih tinggi daripada paras di mana kamu memerlukan oksigen sampingan! Banyak penerbangan kapal terbang tidak naik sebegitu tinggi! Sekitar 4000 orang telah cuba mendakinya; hampir 700 orang pernah mencapai puncaknya; dan 142 orang telah mati dalam usaha mencapainya. Ketika TUHAN main dengan debu, benda besar muncul daripadanya!
Khayalan letusan gas-gas di angkasa lepas telah membentuk bumi adalah tidak masuk akal, sebab segala nyawa yang membiak di bumi dan keseimbangan ekologi untuk menyokongnya menyangkal sepenuh-penuhnya angan-angan ahli evolusi. Sementara mereka menyangkal ciptaan untuk menyingkirkan Sang Pencipta, kamu patut mendekapi ciptaan dengan Salomo kerana hasil hikmah dan kuasa berdaulat yang Allah ada ke atas ciptaanNya (Ams 16:4; Wah 4:11).
Apakah yang akan kamu buat dengan Allah Yang Maha Besar dan dengan hikmahNya? Apakah itu hikmah? Ia daya penghakiman yang betul – pengetahuan dan pemahaman untuk menanggap apa pun situasi dan tahu apa untuk dibuat. Hikmah bermula dengan ketakutan Tuhan (Ams 1:7; 9:10), dan butir-butir disediakan di dalam firman Allah yang tertulis (Maz 19:7; 119:98-100). Jika kamu mengabaikan tawaranNya, maka kamu pasti mengasihi maut, kerana Dia akan mengolok-olokmu ketika malapetakamu sampai (Ams 8:36; 1:24-32).