Amsal · Proverbs

8:27
Ketika dia menyiapkan syurga, aku berada di sana: ketika dia menetapkan suatu lingkungan pada permukaan lautan:

Berapa pentingnya hikmah? Allah memilikinya ketika Dia menciptakan syurga dan bumi tanpa memakai apapun bahan (Kej 1:1; Ibr 11:3). Ciptaan itu menunjukkan kuasa, hikmah dan budi bicaraNya (Yer 10:12; 51:15). Puteri Hikmah di sini menggalakkan kamu untuk menghargai hikmah setinggi-tingginya sebab Allah berbuat sebegitu.

Konsep yang moden dan lemah akan Pencipta Pintar tidaklah setara dengan TUHAN Jehovah, sebab Dia jauh lebih berhikmah dengan pemahaman yang sempurna dan kegeniusan menciptaNya jauh melebihi apapun kepintaran atau kemampuan intelek. Dia berhikmah, dan Dia memanggil kamu untuk menjadi berhikmah.

Kepandaian, atau kemampuan menganalisis dan menerap penyelesaian,tidaklah setanding dengan hikmah dengan hikmah. Allah mengatur dan mentahbiskan setiap aspek alam semesta waktu dimana tidak ada apa-apapun untuk dianalisiskan. Dia juga memiliki kuasa berbudi bicara untuk berinteraksi dengan makhluk-makhluk lain yang rasional. Dia memberi ilham kepada Solomo untuk menulis Amsal untuk kamu mendapatkan hikmah.

Siapakah yang ingat bahawa bumi ini rata? Anak-anak Allah Jehovah dari dahulukala sudah tahu bahawa bumi ini bulat. Apabila Allah Pencipta membentuk atmosfera dan apabila dia melingkupinya di dalam bola air dan menggantungkannya di angkasa lepas, hikmah itu berada bersamaNya.Puteri Hikmah menawarkan kamu hikmah pada hari ini melalui amsal ini dan semua kitab-kitab Jehovah yang lain. Akankah kamu menerima tawarannya yang murah hati (Ams 8:1-5, 32-36; 9:1-12)?

Berapa besarnya hikmah? Selepas pengenalan dan undangan oleh Puteri Hikmah (Ams 8:1-5), dia menjelaskan kecemerlangan dan kebenaran hikmah (Ams 8:6-11), manfaat-manfaat yang mengalir kepada mereka yang memilikinya (Ams 8:12-21), dan kehadiran dan pemakaian hikmah oleh Allah di dalam ciptaan syurga dan bumi (Ams 8:22-31). Dia seterusnya berakhir dengan suatu lagi undangan (Ams 8:32-36). Hikmah adalah apa yang paling berharga yang kamu dapat memiliki di dalam kehidupan (Ams 3:13-20; 4:5-13; 8:10-11).

Amsal ini menyanjungi hikmah dengan mempamerkannya sebagai berada bersama Allah di dalam ciptaan syurga dan di dalam pengaturan supaya syurga berpusing mengelilingi glob yang berair itu. Allah menciptakan syurga, bumi, dan terang pada hari yang pertama (Kej 1:1-5; Kel 20:11; 31:17). Dia menciptakan atmosfera bumi pada hari yang kedua, yang adalah cakerawala syurga yang mengasingkan air di atas syurga daripada air yang menutupi bumi (Kej 1:6-8).

Allah menciptakan seluruh alam semesta. Jirim antara bintang dan ruang antara planet dan bumi yang sfera telah dibentuk pada mula-mula (Kej 1:1). Bumi itu adalah suatu bola air yang tidak berbentuk dan tergantung di tengah-tengah kegelapan angkasa lepas (Kej 1:2). Allah selanjutnya menambahkan terang, tanpa sumber-sumber cahaya (seperti matahari), untuk mengakhiri hari pertama (Kej 1:3-5; 14-19). Kalau-kalau ada pun suatu letupan besar (big bang), ia terjadi apabila Allah berfirman, “Jadilah terang:” - dan terang terjadi (Kej 1:3)! Jika Allah telah memberi kamu iman, kamu dapat memahaminya (Ibr 11:3).

Allah menciptakan atmosfera bumi. Dia mengasingkan air di atas permukaan bumi dengan suatu kawasan luas yang dipanggil sebagai syurga, yang kita panggil sebagai atmosfera, dimana burung dan kapal terbang terbang (Kej 1:6-8,20). Dia mengumpulkan air yang di atas bumi dan yang di bawah atmosfera ini kepada lautan-lautan pada hari yang ketiga (Kej 1:9). Air yang di atas atmosfera telah menetap di atas untuk 1,656 tahun sebelum hujan (Kej 2:5-6; 7:4; Ibr 11:7). Hujan tidak muncul sehingga peristiwa Banjir itu; pelangi tidak muncul sehingga selepas Banjir itu (Kej 7:11-12; 9:12-15).

Tuhan mengelilingi bumi dengan atmosfera syurga sebagai sebahagian daripada kerja kreatifNya pada hari yang kedua. Yang termasuk di dalam dua hari pertama ini ialah pentahbisan graviti untuk memegang air dan atmosfera yang mengelilingi bumi. Walaupun bumi berpusing pada kadar 1600km sejam, atmosfera yang mengelilingi bumi bergerak selari dengan bumi supaya kamu tidak ditiup bersama angin! Jika memandang dari dalam kapal angkasa lepas, kamu dapat nampak bola biru tergantung tanpa apa-apapun di cakerawala syurga. Berilah Allah kemuliaan!

Perkataan “lingkungan” di dalam amsal ini menjelaskan bulatan, lilitan, lengkung, lengkok, lingkaran atau bentuk bulat atmosfera syurga yang telah Allah pakai untuk membalutkan bola yang kita panggil sebagai bumi. Dia menetapkan lingkungan, atau bulatan, atas bumi yang berair sebelum adanya darat (Ams 8:29; Kej 1:3-5). Walaupun Solomo menulis kata-kata ini 1000 tahun sebelum Kristus, dia tahu bahawa bumi itu bulat oleh wahyu yang diilhamkan Allah kepadanya. Yesaya, yang menulis melalui ilham lebih kurang 700 tahun sebelum Kristus, juga merujuk kepada bentuk bulat bumi ini (Yes 40:22).

Eratosthenes (276-195 S.M.), seorang ahli matematik Yunani yang tahu bahawa bumi ini bulat, telah menghitung panjang lilitannya dan paksi condongnya. Nicolas Copernicus (1473-1573), yang tahu bahawa bumi ini bulat, membina hujahan dan bukti-bukti bagi teori heliosentrik – bumi bergerak mengelilingi matahari. Paus Urban VIII memukul Galileo (1564-1642) kerana menyokong karut sebegitu. Tetapi Newton (1643-1727) mengesahkan bagaimana satu bola dapat membuat kamu rasa sedang berdiri tegak dengan graviti. Tetapi mereka semua hanya memperhaluskan apa yang sudah lama diketahui!

Apakah pelajaran amsal ini? Jika hikmah ada bersama Allah apabila Dia menciptakan syurga dan langsir atmosfera disekeliling bumi, maka ini cukup penting bagi kamu! Jika Allah memakai hikmah untuk menciptakan syurga dan bumi, maka pemilikan hikmah itu sungguh menguntungkan bagi segala keputusanmu! Adakah kamu bersungguh-sunguh untuk mengejar hikmah? Adakah ia lebih penting bagi kamu daripada segala-galanya? Bilakah kali terakhir kamu membaca Alkitab? Bilakah kali terakhir kamu mendengar khutbah yang benar?

Semua harta terpendam hikmah dan pengetahuan ada pada Tuhan Yesus Kristus, sebab Dialah Allah Jehovah di dalam daging – kepenuhan Allah di dalam tubuh manusia (Kol 2:3,9). Dia menciptakan segala-galanya, dan tanpa Dia tidak sesuatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Dia mempunyai semua hikmah dan pengetahuan yang sempurna sebagai seorang Raja, Imam, Juruselamat, dan Hakim yang akan datang. Rendahkanlah dirimu kepadaNya pada hari ini. Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan dan hikmah.