8:34
Berbahagialah orang yang mendengarku, yang berjaga setiap hari di pintu gerbangku, dan yang menunggu di tiang-tiang pintuku.
Adakah kamu mendambakan hikmah? Kehidupan yang hebat dan keredaan Allah bergantung kepadanya. Adakah kamu sungguh berminat untuk mendengar hikmah diajar? Adakah kamu mencarinya setiap hari? Adakah kamu menanti dengan teruja untuk apa pun peluang untuk belajar? Para pencari yang sungguh berminat diberkati dengan kehidupan dan keredaan Allah (Ams 8:35).
Kebanyakan bab 8 ini dan fasal yang kemudian mengandungi personifikasi hikmah yang panjang ceritanya dan Salomo telah memakai Puteri Hikmah untuk merayu kepada lelaki untuk memperoleh pengetahuan dan pemahaman. Puteri Hikmah ada di dalam ayat ini tiga kali – “mendengarku”, “pintu gerbangku”, dan “tiang-tiang pintuku”. Dia dengan tangan terbuka mengundang lelaki ke rumahnya, jika mereka ingin belajar hikmah (Ams 8:1-7; 9:1-5).
Ada ganjaran yang baik bagi orang yang mencari-cari hikmah – berkat hidup dan keredaan TUHAN (Ams 8:35). “Berbahagialah orang yang menemui hikmah, dan orang yang memperoleh pemahaman” (Ams 3:13-18). Betapa mulianya cadangan ini! Apakah yang menghalangmu pada hari ini untuk mendengar hikmah? Adakah kamu berjaga menantikannya setiap hari? Adakah kamu menunggu di tiang-tiang pintunya? Dia mengasihi orang yang mengasihiNya, dan orang yang mencari-cariNya awal-awal akan menemuinya (Ams 8:17).
Kebanyakan orang terlalu malas dan degil – Yesus memanggil mereka pendengar pinggir jalan (Mar 4:15). Mereka tidak bersiap atau menggiatkan diri lalu Syaitan merampas apa pun hikmah yang ada. Ia mewajibkan persiapan dan pendengaran yang cergas untuk belajar melalui pendengaran (Ams 22:17), dan suatu pendekatan malas kepada khutbah atau arahan tertulis tidak berkesan. Kebanyakan ajaran memasuki telinga yang pekak dan mata yang buta. Kebanyakan orang Kristian pada hari ini tidak tahan akan doktrin yang sihat (2Tim 4:3-4).
Orang lain terlalu selesa – Yesus memanggil mereka pendengar tanah berbatu (Mar 4:16-17). Mereka mungkin teruja mendengar kebenaran, tetapi mereka dengan lekas layu ketika menghadapi apa pun tentangan. Mereka menghargai persahabatan dan damai sejahtera lebih daripada kebenaran dan hikmah. Para pengkompromi yang penakut ini tiada komitmen bagi kebenaran, dan kos untuk pemuridan terlalu tinggi bagi mereka (Mat 10:34-39; Yoh 8:31; 12:42-43; Kis 14:22; 2Tim 3:5,12).
Orang lain mengasihi dunia – Yesus memanggil mereka pendengar tanah semak duri (Mar 4:18-19). Mereka menghargai kebenaran yang didengar, tetapi mereka lebih berminat kepada wang dan kenikmatan. Mereka keasyikan dengan kerjaya, hobi, atau kenikmatan; mereka tidak mahu meluangkan masa atau mengerahkan tenaga untuk mengejar hikmah dengan sungguh-sungguh. Kasih akan wang dan kenikmatan merosakkan mereka (1Tim 4:7-8; 6:6-10; 2Tim 3:4; 4:10; Yak 4:4; 1Yoh 2:15-17). Ingatlah isteri Lot dan Demas.
Tiga jenis pendengar tersebut, yang mewakili kebanyakan orang Kristian, langsung tidak menerima berkat-berkat Tuhan. Mereka rugi akan kehidupan yang ditawarkan Tuhan; mereka rugi akan keredaan ilahiNya; mereka tidak bertumbuh dalam hikmah. Sebenarnya, Allah merampas daripada mereka pengetahuan dan hikmah yang mereka fikir ada pada mereka (Luk 8:18). Di dalam ekonomi Allah, orang kaya menjadi lebih kaya, dan orang miskin menjadi lebih miskin (Mat 25:28). Dia meninggalkan para pendengar yang malas di ambang kemuflisan supaya kekal di jemaah orang mati (Ams 21:16).
Tetapi ada pendengar tanah yang baik! Mereka mendengar hikmah dengan gembira, lalu menghasilkan buah dan memperoleh keredaan Allah. Mereka berkomited dan tekun, seperti yang dinyatakan amsal ini. Mereka dipanggil mulia di Berea (Kis 17:11), dan Salomo menyatakan mereka sebagai tunggal hati (Ams 18:1). Mereka mendekati pendengaran seperti mencari harta karun – dengan keghairahan besar (Ams 2:1-5). Hanya ada segelintir orang yang sedemikian (Mat 7:14), tetapi mereka merupakan batu-batu permata TUHAN (Mal 3:16-18).
Apakah pelajarannya? Yesus menyatakan, “Maka ambil pedulilah bagaimana kalian mendengar” (Luk 8:18). Bagaimana kamu mendengar ada kesan-kesannya! Jika kamu merupakan pendengar pinggir jalan, tanah berbatu, atau tanah semak duri, maka Dia akan menanggalkan daripada dirimu pengetahuan dan berkat yang kamu fikir ada padamu. Jika kamu merupakan pendengar tanah yang baik, maka Dia akan memberimu lebih pengetahuan dan berkat. “Maka ambil pedulilah bagaimana kalian mendengar”. Dambakanlah hikmah; carilah dia hari demi hari; giatlah dirimu; sungguh-sungguh berminat akan setiap peluang yang ada.
Daud mendambakan hikmah. “Ia harus dirindui lebih daripada emas, ya, lebih daripada emas tulen yang banyak: ia juga lebih manis daripada madu dan indung madu itu. Lebih-lebih lagi, melaluinya hambamu diwaspadakan: dan dengan memegangnya ada ganjaran yang besar” (Maz 19:10-11). Dan lagi, “Kesaksian-kesaksianmu telah kupakai sebagai suatu warisan selama-lamanya: sebab ia merupakan sukacita hatiku” (Maz 119:111). Dan lagi, “Aku bersukacita pada firmanmu, seperti orang yang menemui jarahan yang besar” (Maz 119:162).
Hikmah dan kebenaran – injil kerajaan Yesus Kristus – ialah hal-hal yang berharga. Banyak nabi dan orang benar ingin melihat dan mendengar injil, tetapi mereka tidak mendengarnya (Mat 13:16-17). Orang yang mulia akan menjual segala yang ada pada diri mereka untuk membelinya (Ams 23:23; Mat 13:44-46). Puteri Hikmah menawarkannya dengan percuma, tetapi jangan sesekali pun kamu menyia-nyiakan undangannya, sebab dia akan meninggalkanmu tanpa bantuan dan tanpa harapan ketika terjadinya malapetaka pada dirimu sebagai balasan yang adil (Ams 1:20-33).
Di manakah kamu dapat menemui Puteri Hikmah? Dia berada di lembaran-lembaran yang terhimpit di antara kulit Alkitab King James Version. Bagaimanakah kamu membaca nas-nas kitab suci? Secara melaksanakan tugas yang harus disiapkan atau secara sungguh-sungguh berminat? Puteri Hikmah dapat didengar dari mimbar gereja-gereja yang mengkhutbahkan Alkitab dengan para pastor yang setia. Bagaimanakah kamu mendengar? Secara menahan kepedihannya atau secara menghargainya dengan sungguh ghairah? Puteri Hikmah ada di dalam beberapa ulasan amsal ini. Adakah kamu membacanya dengan lekas atau merenunginya dengan teliti? “Maka ambil pedulilah bagaimana kalian mendengar”.
“Berbahagialah orang yang mendengarku”. Adakah kamu seorang pendengar yang bersiap dan bersedia, seperti orang Berea yang mulia, ketika hikmah dikhutbahkan (Kis 17:11)? Berbahagialah orang yang berjaga “setiap hari di pintu gerbangku”. Adakah kamu dengan sungguh berminat menantikan setiap peluang ketika Puteri Hikmah mungkin muncul untuk menawar pemahaman yang lebih lanjut (Kis 10:33)?
Allah Yang Maha Besar akan ditemui mana-mana orang yang mahu mencariNya dengan segenap hati (Yer 29:13). Adakah kamu mencariNya dengan segenap hatimu? Orang yang bersuka dalam TUHAN itulah yang menerima keinginan hatinya (Maz 37:4). Adakah kamu dengan membara bersuka di dalam TUHAN? Dan bagaimana pula dengan hikmahNya? Adakah kamu mendambakan hikmah? Sebelum meninggalkan amsal ini, pertimbangkanlah soalan yang penting. Adakah kamu mendambakan hikmah? Berkat-berkat masa depanmu bergantung kepadanya.