8:9
Kesemuanya jelas bagi dia yang faham, dan betul bagi mereka yang mencari pengetahuan.
Sesetengah orang berkata, “Alkitab terlalu sukar!” Yang lain berkata, “Alkitab sendiri bercanggahan!” Banyak yang menyimpulkan, “Apa pun dapat diajar daripada Alkitab. Susah untuk mengenal kebenaran dengan pasti.” Iblis ketawa dengan kepuasan pada bunyi kata-kata yang sebegitu mengarut. Tetapi Puteri Hikmah mengajar bahawa kata-kata hikmah adalah jelas dan betul – kepada mereka yang ada pemahaman dan pengetahuan! Jika kamu ada masalah dengan Alkitab, kamu yang ada masalah, bukan Alkitab!
Solomo memakai personifikasi dalam Amsal, bab yang ke-lapan. Kata ganti nama yang feminin (bahasa Inggeris) yang dipakai dalam bab ini merujuk kepada Puteri Hikmah – seorang perempuan yang mewakili hikmah dalam rayuan Solomo untuk menolak kejahilan, dan kebebalan, dan untuk memeluk pemahaman dan pengetahuan. Amsal yang sedang dibincangkan ini ialah sebahagian daripada perkenalan Puteri Hikmah, sementara dia menuntut bahawa dia berbicara hal yang cemerlang dan yang betul (Ams 8:6), kebenaran (8:7), dan kata-kata yang wajar yang sama sekali tidak bercanggah atau tercemar (Ams 8:8).
Sedikit pemahaman dan pengetahuan, daripada takut akan Tuhan dan gementar terhadap firmanNya, akan membuka Alkitab kepada dirimu (Ams 1:7; 9:10; Maz 25:14; Yes 66:2; Luk 8:18). Kata-kata itu menjadi jelas dan betul, apabila kamu belajar Alkitab secara rendah hati menurut peraturan-peraturan tafsiran Alkitab. Jika kamu mendekatinya secara angkuh atau secara kritikal, ia telah dibentuk untuk mengelirukan dan membinasakanmu (Yeh 14:1-11; 1Kor 1:19-20; 2:13-15; 2Tes 2:9-12; 2Tim 2:15; 2Pet 3:16).
Alkitab adalah jelas dan betul, jika kamu sudah dilahirkan semula (Yoh 3:3; Rom 3:11), sudah diterangi Roh Kudus (Efe 1:17-18), takut akan Allah (Ams 15:33), bersuka dalam Tuhan (Neh 8:6-8; Maz 37:4), mentaati apa yang kamu belajar (Yoh 7:17), berdoa untuk hikmah (Maz 119:18; Yak 1:5), bekerja untuknya (2:1-9; 18:1; 1Tim 4:13-15), sanggup menerima pembetulan (Maz 26:12; 1Kor 3:18-19), ada niat yang salih (Maz 119:11; Luk 10:38-42), dan memakai guru-guru yang dianugerahi Allah (Mal 2:7; Kis 8:30-31).
Alkitab, buku hikmah Allah, mendedahkan rahsia-rahsia alam semesta yang dengan besar mempengaruhi kewujudan manusia, tetapi kebanyakan manusia rasa itu tiada kegunaan. Alkitab tertutup bagi mereka (1Kor 2:6-15; 2Kor 4:3-4). Allah hanya menyatakan hal-hal ini kepada anak-anakNya (Mat 11:25-27). Mereka tiada pertimbangan bagi kepintaran, pendidikan, atau pendapat sesiapa dan semua manusia. Mereka percaya setiap firman Allah ialah kebenaran, dan mereka membenci apa pun gagasan yang lain (Maz 119:128).
Pertimbangkan suatu contoh. Solomo menulis bahawa hukuman dera ialah satu-satunya cara untuk mendidik anak dengan betul (Ams 13:24; 19:18; 20:30; 22:6,15; 23:13-14; 26:3; 29:15). Tetapi ibu-ibu PIBG dan PETA, yang mabuk dengan ajaran Dr. Spock, Seuss, dan Dobson, menolak Alkitab dan menganggapnya panduan kuno bagi raksaksa yang tidak sensitif yang tidak tahu apa-apa tentang mengasihi anak. Mereka berkata bahawa Alkitab tidak mungkin untuk difahami, kejam dan tidak bermoral terhadap kanak-kanak, atau memerlukan suatu pendekatan yang lebih lembut bagi masyarakat zaman kini; tetapi hukuman dera adalah jelas dan betul bagi orang kudus Allah.
Pertimbangkan satu lagi contoh. Musa dan Solomo menulis bahawa hukuman mati ialah satu-satunya cara menghakimi para pembunuh (Ams 28:17; Kej 9:6; Kel 21:12-14; Ima 24:17). Tetapi Mother Theresa, Amnesty International, dan orang lain yang tanpa hati nurani dan tanpa rasa keadilan, betul-betul berbelas kasihan terhadap pembunuh lebih daripada mangsa-mangsanya.Sukar untuk dipercayai? Ia benar. Mereka mengetepikan Alkitab dan menganggap bahawa Alkitab itu ketinggalan zaman dan hanya untuk masyarakat yang ganas, tetpai orang kudus Allah tahu bahawa ia ada hikmah ilahi untuk kekuasaan sivil (pemerintah negara). Hukuman mati adalah cukup nyata bagi mereka seperti membunuh anjing gila selepas ia telah memakan seorang bayi.
Pertimbangkan satu lagi contoh. Musa mencatatkan permulaan bumi dengan menulis, “Pada mulanya Allah telah menciptakan langit dan bumi” (Kej 1:1). Tetapi Chales Darwin dan para pendidik yang berkhayal, dalam suatu komplot cabul untuk menyingkirkan Allah Pencipta dan peraturan-peraturan kehidupanNya, merekakan suatu mimpi yang tidak mungkin yang menyatakan bahawa gas-gas yang rawak meletup untuk membentuk alam semesta, lendir zaman kuno menjadi salamander (sejenis cicak), yang telah memilih untuk menjadi monyet, salah satu daripadanya yang merupakan ibu kepada Charles Darwin. Para percayawan dengan anak-anak mereka ketawa terbahak-bahak terhadap sains yang palsu ini, yang tidak seorang pun dapat perhatikan, mentakrifkan, atau meniru prosesnya semula (1Tim 6:20-21).
Pertimbangkan satu lagi contoh. “Inilah tubuhku,” daripada 1 Korintus 11:24. Orang Katolik menganggap Yesus mengajar kanibalisme dan memaksudkan kata-kataNya untuk dianggap secara literal. Jadi, mereka merekakan transubstansiasi – biskut tawar menjelma menjadi tubuh, darah, jiwa, dan keilahianNya – walaupun biskut itu masih wujud nyata kepada deria manusia dan dapat diserah bagi apa pun jenis kajian. Agama mereka yang menolak Alkitab itu mengidolakan gambaran jenaka Perjamuan Tuhan yang kufur ini, dan melupakan bahawa Yesus juga berkata, “Akulah pintu,” dan “Akulah cabang pokok anggur,” di antara beberapa banyak metafora yang lain!
Orang Luteran, yang tahu dengan sepenuh-penuhnya bahawa roti itu masih nyata (kerana mereka dapat menyentuhnya, merasakannya, mencium baunya, dan melihatnya), merekakan consubstasiasi – tubuh, darah, jiwa, dan keilahian Yesus wujud bersama dengan roti dalam jenis Misa mereka. Orang Presbyterian, yang juga para percayawan ajaran karut sakramen daripada Rom, telah menciptakan gagasan bahawa Yesus benar-benar, betul-betul, dan secara rohani berada dalam roti, walaupun tidak hadir secara tubuh, darah, jiwa, atau keilhianNya.
Kanak-kanak Allah, dengan hanya sedikit pemahaman dan pengetahuan, tahu bahawa Yesus telah berbicara secara metafora (kiasan), sama seperti kamu buat ketika memegang gambar ibumu dan berkata, “Inilah ibuku.” Kamu hanya bermaksud bahawa keping kertas Kodak itu mewakili ibumu. Yesus meninggalkan suatu jamuan peringatan kepada para pengikut sejatiNya. Tiada apa pun korban yang dipersembahkan sekali lagi dalam apa pun cara dan bentuk. Perjamuan itu hanya dipakai untuk mengingatiNya dengan memakai roti dan wain untuk mewakili dan menandakan tubuhNya yang diremukkan dan darahNya yang dicurahkan. Ia bukan sakramen, dan ia tidak melibatkan apa pun perubahan inti roti dan wain, sama sekali, dengan apa pun cara.
Hai pembaca, Alkitab satu-satunya buku yang benar di bumi. Ia sendiri ada firman hikmah dari syurga, yang Solomo berusaha untuk memberitahumu melalui Puteri Hikmah dalam amsalnya. Jika kamu memeluknya, Puteri Hikmah akan memberikatimu; jika kamu menolaknya, kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:35-36). Tetapi buku yang ajaib ini tidak dapat membawa apa pun kebaikan kepadamu, kecuali kamu memperoleh pemahaman dan pengetahuan yang membuka pintu harta berharganya. Rendahkanlah hatimu di hadapan Allah Yang Maha Besar. Bertaubat daripada keangkuhanmu dan dosa-dosamu, dan rayu kepadaNya untuk mendapat hikmah. Dia akan menjadikan firman jelas dan betul kepadamu.