Amsal · Proverbs

8:10
Terimalah arahanku, dan bukan perak; dan pengetahuan daripada menerima emas pilihan.

Berapa pentingnya keuntungan kewangan bagimu? Berapa banyak usaha yang kamu labur ke dalam kemajuan profesional? Adakah kamu mempunyai suatu rancangan peribadi untuk maju secara profesional dan menambahbaikkan keadaan kewanganmu? Berapa banyak perhatian, penelitian, dan masa yang diberi kepada kegiatan menabung atau pelaburan? Adakah alasan matlamat utamamu menjadi berdikari secara kewangan kerana kamu telah memperoleh segalanya yang kamu perlukan?

Puteri Hikmah berbicara di sini, dan dia berkata bahawa arahannya dan pengetahuannya lebih baik daripada perak dan emas. Banyak usaha-usaha besar dibuat untuk mendapatkan wang dalam hayat seseorang, tetapi secara perbandingan, manusia kurang berusaha untuk mendapatkan hikmah dan pemahaman. Adakah keutamaan-keutamaan hidupmu tertuju kepada arahan dan pengetahuan, atau tertuju kepada pendapatan dan aset-aset?

Perbandingan ini dibuat kerap kali dalam buku Amsal. Solomo nampak bahawa kebanyakan manusia cukup berminat dan tekun untuk mengejar wang, dan Solomo, lebih daripada sesiapa pun, sedar bahawa hikmah lebih besar daripada apa pun aset kewangan atau pencapaian (Ams 4:7; Pkh 12:13-14). Kedua-dua dia dan bapanya, Daud, menyanjungi hikmah mengatasi kekayaan (Ams 3:13-14; 8:11,19; 16:16; Maz 119:72,127).

Amerika ialah masyarakat yang badaniah dan materialistik. Orang kaya dipandang sebagai berjaya – iaitu lebih besar pendapatan, dan orang yang lebih hebat. Banyak yang percaya sedemikian.Mereka melabur banyak tahun untuk bersiap bagi sesuatu bidang profesional, dan sesetengah orang bekerja banyak jam lebih daripada apa yang diperlukan untuk mengejar kekayaan dan kejayaan. Tetapi mereka mengabaikan hikmah, yang mungkin dapat menyelamatkan kehidupan mereka daripada kepedihan dan masalah.

Wang ialah sesuatu yang baik untuk dimiliki, kerana ia dapat menghapuskan kebanyakan gangguan kecil kehidupan. Solomo telah menulis, “Wang menjawab segala-galanya” (Pkh 10:19). Tetapi ia jauh lebih miskin berbandingkan hikmah. Sebab dia juga telah menulis, “Sebab hikmah ialah pertahanan, dan wang ialah pertahanan: tetapi kecemerlangan pengetahuan adalah bahawa hikmah memberi hidup kepada mereka yang memilikinya” (Pkh 7:12).

Arahan dan pengetahuan ditemui dalam Firman Allah. Adakah kamu menilai Alkitab lebih daripada kejayaan kewangan? Adakah ini terpapar dalam keinginanmu untuk membaca dan mempelajarinya? Daud telah berkata tentang Alkitab, “Ia harus dirindui lebih daripada emas, ya, lebih daripada emas tulen yang banyak: ia juga lebih manis daripada madu dan indung madu itu. Lebih-lebih lagi, melaluinya hambamu diwaspadakan: dan dengan memegangnya ada ganjaran yang besar” (Maz 19:10-11). Adakah kamu mengasihi Alkitab seperti Daud?

Manusia suka bekerja lebih masa [overtime]. Adakah kamu bersuka dengan taraf yang sama ketika pastor berkhutbah melebihi masa? Orang yang berjaya melebihi apa yang diharapkan dan melebihi para pesaingnya dalam mengusahakan kerja mereka. Adakah kamu membaca dan belajar lebih daripada kadar minima dan apakah yang dilakukan rakan sebayamu? Orang yang tekun tidak ponteng sehari kerja pun. Adakah kamu setia sebegitu dalam kegiatan membaca Alkitab? Selidiki dirimu sendiri.

Ada 168 jam dalam seminggu. Ada 1,440 minit dalam sehari. Kamu tahu berapa banyak yang dipakai untuk mencari pendapatan. Berapa banyak dipakai untuk mencari hikmah? Kamu tidak boleh mempelajari Alkitab dengan sama jangka masa kamu pakai untuk bekerja, kecuali kamu hamba Allah sepenuh masa. Tetapi berapa banyak minit atau jam dalam seminggu kamu beri kepada takut akan Tuhan dan mencari hikmah? Mencari hikmah memerlukan ketekunan seperti mencari harta-harta tersembunyi (Ams 2:1-5).

Hikmah mengasihi mereka yang mengasihinya (Ams 8:17). Dapatkah dia tahu bahawa kamu mengasihinya? Atau adakah kamu kelihatan seperti mengasihi mamon – allah orang duniawi untuk wang dan kejayaan? Kamu tidak boleh mengasihi kedua-duanya (Mat 6:24; 1Tim 6:6-10; Yak 4:4). Taruh hatimu kepada hikmah dan Alkitab Allah sebagai harta pusakamu dan kesukaanmu daripada benda-benda di dunia (Maz 119:111).

“Beli kebenaran, dan jangan menjualnya, juga hikmah, dan arahan, dan pemahaman” (Ams 23:23). Kamu membeli semua ini dengan mengorbankan aktiviti dan minat yang lain dalam hidupmu. Kamu mengorbankan cita-cita badaniah di dunia untuk menekankan lagi hikmah. Yesus memuji orang yang berhikmah, yang telah menjual segalanya bagi kerajaanNya (Mat 13:44-46).

Bagaimana jika kamu memperoleh seluruh dunia, tetapi kehilangan jiwamu sendiri (Mat 16:26)? Jika keutamaan-keutamaanmu terpesong, kesan-kesannya sungguh merugikan. Beritahu Puteri Hikmah sekarang juga bahawa kamu mengasihinya dan menghargai tawarannya dengan mengakui kekukanganmu kepada Allah, dan selepas itu ubahkan jadualmu untuk melapangkan lebih masa untuk hikmah. Allah akan mendengar kata-kata itu, melihat usaha-usahanya, dan Dia akan memberkatimu dengan lebih hikmah atau kedua-dua hikmah dan keuntungan kewangan dengan lebih lagi (1Raj 3:5-13).