Amsal · Proverbs

8:8
Semua perkataan mulutku adalah dalam kewajaran; tiada apa yang rewel atau yang babil di dalamnya.

Puteri hikmah tidak pernah menyatakan apa pun yang salah, tidak munasabah, atau bercanggahan. Salomo di sini mengajar kesempurnaan hikmah Allah melalui perlanjutan kiasan personifikasi hikmah sebagai perempuan yang menarik (Ams 8:1-7). Hikmah sempurna yang digambarkannya ada di dalam Kitab Suci, sebab hikmah manusia biasa ialah kebebalan sahaja, dan hikmah orang kudus dicemari kebebalan.

Hanya ada satu sumber hikmah yang sepenuh-penuhnya bebas kesalahan – Alkitab. Ia jauh berbeza kepada segala fikiran, perbicaraan, dan tulisan para pendidik, para ahli filsafat, para saintis, para pelapor, para ahli teologi, dan para pastor. Kamu boleh membaca setiap perkataan Alkitab dengan keyakinan sepenuhnya, sebab setiap perkataan wajar sepenuhnya dan tiada kesalahan apa pun. Alkitab ialah arkib hikmah di dunia, dan setiap gagasan yang bertentangan adalah palsu dan salah.

Jika kamu sudah jemu dengan cadangan yang salah, kesimpulan yang salah, dan pemakaian yang salah, maka kamu memerlukan kata-kata Puteri Hikmah. Kamu memerlukan Alkitab. Jika kamu sudah mual akan manusia yang bercanggah dengan orang lain malah dengan diri sendiri, dan menyebabkan kekeliruan, kejahilan, persengketaan di seluruh dunia, maka kamu memerlukan dasar kata-kata sempurna Alkitab (Yes 8:20).

Ia merupakan hikmah untuk percaya kepada setiap perkataan di dalam Alkitab dan untuk membenci setiap jalan palsu (Maz 119:128). Ia tugasmu untuk mencari Firman Allah, membacanya, dan mempercayainya supaya memperoleh hikmahnya. Tidak kira apa pun subjek yang sedang dibicarakan, kebenaran dan hikmah Kitab Suci adalah murni dengan mutlak daripada segala fikiran rosak dan muktamad secara mutlak dalam kekuasaan. Biar Allah benar!

Sementara Alkitabmengehadkan seks kepada satu lelaki dan satu perempuan dalam perkahwinan, kamu patut mengutuk poligami, lebih satu suami, perbuatan berkendak, perzinaan, sodomi/liwat, sifat kebinatangan, dan setiap penyelewengan seksual. Mengubahkan tahap moral budaya hanya merupakan pemberontakan manusia terhadap ordinan-ordinan Allah. Dan, lihatlah, negara-negara yang telah mengamalkan kongkongan peraturan Allah jauh lebih maju daripada negara-negara yang mengkompromikan satu atau lebih daripada peraturanNya. Biar Allah benar!

Alkitab menggalakkan memakan daging, jadi orang yang berhikmah bukanlah orang yang pantang daging dan hanya makan sayur. Ia memberitahu manusia untuk mempertahankan negara mereka, jadi kamu bukan orang yang pasifis [orang yang anggap peperangan selalu tidak munasabah]. Ia menyanjungi menanam jenazah dalam kubur, jadi kamu tidak membakar si jenazah. Ia mengutuk amalan-amalan agama daripada orang kafir, jadi kamu menolak Halloween, Krismas, dan Easter. Ia mewajibkan hati nurani dan penguburan dalam pembaptisan, jadi kamu menolak percikan/renjisan bayi. Ia mengisytiharkan pembujangan sebagai doktrin si iblis, jadi kamu menolak paderi-paderi dan para biarawati Roman Katolik.

Jika kaedah-kaedah Alkitabdalam hal didikan anak bercanggah dengan ahli-ahli psikologi moden kanak-kanak, maka kamu tidak mempedulikan mereka dan percaya sepenuh-penuhnya kepada Allah Sang Pencipta, Yang telah menciptakan anak dan yang telah mengilhamkan Alkitab. Jika kebiasaan baru adalah untuk isteri tidak mentaati dan tidak menyegani suami, maka orang berhikmah dapat mengecam bahawa kebiasaan baru itu dipengaruh oleh usaha-usaha moden untuk mencabuli tahap-tahap moral Allah.

Dunia, yang di bawah kuasa Syaitan, mesti mahu mencari-cari kesalahan dengan Alkitab. Jika Alkitab benar sepenuh-penuhnya, maka fikiran dan program mereka adalah palsu. Sebagai contoh, sistem pendidikan mereka akan runtuh, sebab segala pendapat para pendidik dan para filsafat dan falsafah akan menjadi tidak bernilai lagi. Hasil keterkutukan ini akan menggulingkan kerajaan, agama, program sosial, dan sebagainya. Jadi, mereka sudah selalu bertekad untuk mengkritik dan mengolok-olok Kitab Suci. Kamu tidak harus terkejut atau hairan.

Kebencian mereka yang kuat terhadap Allah Sang Pencipta dan terhadap keteguhan kebenaran dan hikmah menjadikan mereka perlu melakukan segalanya dengan sedaya upaya untuk merosakkan integriti Alkitab dan mengolok-olok sesiapa pun yang membaca atau yang percaya kepadanya. Mereka harus mencari dan menerbitkan apa yang dianggap mereka sebagai tidak konsisten, tidak masuk akal, dan bercanggahan untuk menyanjungi fikiran mereka sendiri mengatasi Alkitab.

Di sinilah datangnya pembangkang Alkitab! Bagaimanakah mungkin Ahazia berumur 22 dan 42 dalam peristiwa yang sama (2Raj 8:26; 2Taw 22:2)? Apakah yang harus kamu buat? Ketawa! Jika para pembenci Allah ini membaca Alkitab, mereka akan tahu bahawa Ahazia menjadi raja pada umur 22, dan menjadikannya 42 tahun sejak Omri, dan menunjukkan kaitan mengapa Allah memutuskan dia, anaknya, dan cucunya daripada salasilah Yesus Kristus (Mat 1:8). Dua hal yang kononnya percanggahan diselesaikan serentak untuk wahyu yang lebih lanjut!

Percanggahan-percanggahan yang nampak nyata disebabkan oleh kajian yang kurang teliti. Para pembaca yang malas atau pembenci Allah menganggap adanya kesilapan, tanpa mencari penyelesaian. Ini berkenaan hal iman. Percayawan Alkitab percaya akan Allah dan FirmanNya. Dia tahu adanya jawapan yang sempurna. Orang yang curiga menganggap Allah gagal mengilham atau gagal mengekal firmanNya. Pendekatan-pendekatan yang berbeza ini ada kesan-kesan yang besar. Orang yang curiga akan dibutakan; para percayawan akan diberkati (Maz 119:18; Yeh 14:7-9).

Jika kamu ada apa pun kesukaran dengan perintah untuk mencungkilkan matamu, kajilah itu tidak kira apa pun supaya menemui maksud Yesus iaitu penyangkalan nafsu seksual (Mat 5:28-30). Ketika Alkitab menyatakan pengabaian hukuman rotan ialah kebencian, berserahlah kepada peraturanNya dan bentuklah fikiranmu menuruti konsep Allah akan kasih keibubapaan (Ams 3:11-12; 13:24). Jika ia baik sama ada berbujang ataupun berkahwin, maka kamu membahagikan Kitab Suci dengan betul untuk mencari penyelesaiannya yang mudah (Kej 2:18; 1Kor 7:8; 2Tim 2:15).

Malu yang besar adalah bahawa banyak orang yang mencurigakan Alkitab menuntut diri sendiri sebagai Kristian. Mereka menjadi pengulas (pengkomentar), pengkritik teks, mahaguru seminari, dan pastor.Untuk menjaga pekerjaan mereka, mereka harus mencari masalah dengan Alkitab, supaya orang yang kecil harus bergantung kepada mereka untuk mencari apa yang patut disebut Alkitab dalam sesuatu ayat. Mereka mengabdikan kehidupan mereka untuk memperbetulkan Alkitab, mengubahkan ayat Alkitab, dan menerbitkan Alkitab dengan set perkataan dan ayat yang baru.

Pertimbangkan usaha-usaha mereka yang paling baik untuk menambahbaikkan Alkitab – NASV dan NIV. Kedua-dua versi menyatakan bahawa Elhanan membunuh Goliat dalam 2 Samuel 21:19, dan bukan Daud. Kedua-dua versi tersalah petik daripada Yesaya untuk ayat Markus 1:2 yang sepatutnya dipetik daripada Maleakhi. NASV mengajar tentang allah yang diperanakkan di dalam Yohanes 1:18. Pertimbangkan pemalsuan alkitab mereka yang paling licik – NKJV. Ia menyangkal Wasiat Lamanya dengan mengubahkan “benih” kepada “keturunan” dalam janji-janjinya kepada Abraham (Gal 3:16 bdg Kej 13:15-16; 22:15-18). Buku-buku yang direkakan manusia ini adalah rewel dan babil.

Hanya Alkitab King James dapat disandari sebagai kata-kata hikmah, sebab ia satu-satunya bebas daripada kesalahan-kesalahan dan pernyataan-pernyataan yang bercanggahan demikian. Yesus berkata, “Ayat-ayat kitab tidak dapat bercerai-berai” (Yoh 10:35), tetapi semua versi moden dapat dengan mudah dicerai-beraikan. Ia tugasmu untuk mencari Alkitab yang lebih pasti daripada suara Allah dari syurga (2Pet 1:16-21). Ia tugasmu untuk mencari, percaya, dan mentaati Alkitab yang tiada apa pun yang rewel atau yang babil di dalamnya.