9:1
Hikmah telah membina rumahnya, dia telah membentukkan ketujuh-tujuh tiangnya:
Perempuan yang paling diingini di dunia telah membina istananya, dan kamu diundang untuk berdiam di sana dengan percuma sepanjang sisa hayat kehidupanmu. Ia tempat kediaman yang sempurna dengan kemudahan-kemudahan yang menyukakan bagi setiap keperluan dan dengan perlindungan penuh dari segala apa pun bahaya. Mengapa ingin hidup di tempat yang lain?
Amsal-amsal Salomo memakai bahasa yang indah dan yang berkuasa. Di sinilah kiasan yang dipanggil personifikasi, di mana apa yang tidak kelihatan seperti hikmah dipersembahkan sebagai perempuan yang mulia yang sedang menawarkan persahabatan kepada lelaki untuk keselamatan dan kejayaan. Lihatlah nota bagi Amsal 8:1.
Patung Liberty dirasmikan di pelabuhan New York pada tahun 1886. Berjuta-juta orang pendatang menghargai padangan itu, dan berjuta-juta lagi telah menganggap gambar Libertas, dewi Rom untuk kebebasan, suatu simbol yang berharga bagi kebebasan dan peluang di Amerika Syarikat.
Tetapi sebenarnya, Puteri Hikmah, yang diperkenalkan amsal ini, menawarkan faedah yang jauh lebih berharga daripada apa pun yang dapat disediakan Amerika Syarikat. Meskipun Amerika dahulu lebih hebat daripada Amerika zaman kini, ada masih banyak kebebalan di dalamnya, yang tidak pernah menjadi kenyataan Puteri Hikmah.
Di manakah tempat yang dapat kamu mencari hikmah untuk kemakmuran dan perlindungan? Bukan di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, tetapi sebenarnya di dalam tulisan nas-nas kitab Allah Jehovah dan Tuhan Kristus. Alkitab Kristian ialah perpustakaan ilahi sempurna yang menawarkan segala hikmah bagi sepanjang masa dan kekekalan. Tetapi itu hanya boleh memanfaatkanmu melalui pembacaan dan pembelajaran daripada orang panggilan Allah yang mengkhutbahkannya.
Puteri Hikmah telah membina sebuah rumah – sebuah rumah yang cukup besar untuk menampung banyak orang – maka bayangkan sebuah istana. Di sini kamu boleh menjalani kehidupan yang selamat dan yang panjang dalam kemakmuran dan kesenangan, sebab dia telah membentuk setiap ciri rumah itu untuk memuaskan keperluanmu dan keinginanmu. Itulah firdaus yang kamu cari.
Ada banyak bilik yang disediakan, dan dia memanggil tetamu (Ams 1:20-21; 8:1-4). Untuk kelayakan masuk, kamu hanya perlu bebal dan ada keinginan untuk menjadi berhikmah (Ams 9:4-5)! Tiada kos (Yes 55:1-3); kamu tidak akan diluputkan, kecuali kamu tidak lagi mahu mengekal persahabatan dengannya.
Hotel itu disokong dan dihiasi tujuh tiang yang indah, yang merupakan kesempurnaan hikmah yang kekal. Tujuh ialah nombor sempurna Allah dan hikmah (Kej 2:1-3). Kamu tidak perlu khuatir tentang kereputan, sebab ia ditegakkan dari sejak keabadian (Ams 8:23). Jadilah kagum akannya!
Hai pembaca, kamu harus memilih. Mahukah kamu kekal di sini untuk sepanjang sisa hayat kehidupanmu? Atau adakah lelaki-lelaki bebal di luar menarik hatimu (Ams 1:10-19; 9:6)? Adakah perempuan asing yang sedang duduk di pintunya menggoda dirimu untuk berdiam dengannya (Ams 7:8; 9:13-17)? Lihatlah nota untuk Amsal 9:15.
Kebanyakan orang berjalan lalu istana megah Puteri Hikmah tanpa apa pun minat, sebab mereka mencintai nafsu daging dan mata mereka dan mencintai keangkuhan kehidupan (1Yoh 2:15-17). Mereka tidak mahu hikmah, sebab mereka mencintai kebebalan dunia dan fikiran mereka yang mementingkan diri sendiri.
Hotel Puteri Hikmah nampaknya boring kepada orang yang jahil dan yang rosak mindanya. tetapi bagi mereka yang masuk dan memakai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan, mereka akan menemui segala macam benda berharga, kesenangan, dan panjang umur (Ams 3:13-18; 8:11,18-21). Lihatlah apa yang telah disediakan Puteri Hikmah bagimu (Ams 9:2-5)!
Jangan mengabaikan undangannya. Bilik-biliknya percuma, tetapi penolakannya sungguh mahal. Jika kamu menolak tawaran percuma damai sejahtera dan kemakmuran, maka dia akan menghukum hatimu yang bebal dengan kecelakaan dan masalah. Dia akan menjatuhkanmu sampai binasa dengan ketakutan dan gementar (Ams 1:24-32). Dia akan berpaling untuk menjadi musuhmu dan menunggangbalikkan kehidupanmu dengan dukacita dan kepedihan.
Orang yang mulia akan merendahkan dirinya, mengangkat syukur penghargaan ke syurga, dan berlari ke dalam hotel itu pada hari ini juga. Dia akan memakai meja penerangan dan pelayan-pelayan hotel untuk mengembara setiap peluang dan kemudahan yang ditawarkan hotel itu, dan dia akan menggiatkan diri dengan segala ketekunan untuk menjaga peraturan-peraturan rumah itu supaya dapat menumpang selamanya dalam kesihatan dan kebahagiaan. Tunjukkanlah Puteri Hikmah kesungguhanmu!
Rumah Puteri itu ialah tempat hikmah. Ia sumber pengetahuan dan arahan. Kamu memilih rumahnya dengan memilih jalan hikmah yang telah dibentang kitab Amsal dan semua kitab yang lain dalam Firman. Kamu menolak Puteri Hikmah dengan membela fikiranmu sendiri dan mengikuti gagasan-gagasan dunia. Ia sepatutnya suatu pilihan yang mudah, tetapi kebanyakan orang akan memilih jalan yang lebar ke neraka.
Hai orang Kristian, Tuhan Yesus Kristus telah membina rumahNya, gereja dan bait suci Allah Yang Maha Hidup (Mat 16:18), yakni tempat kediaman Roh Kudus bagi hiburan dan kejayaan umatNya (Efe 2:19-22; 1Tim 3:15). Dengan memasukinya dengan hati penuh dengan iman, kamu menyertai rumah kekekalan di syurga, yang dipenuhi dengan roh-roh orang benar yang disempurnakan (Ibr 12:22-24).
Adakah kamu memasuki rumahNya dengan keghairahan yang ada pada orang yang mendengar Yohanes Pembaptis dan Yesus? Mereka berebut masuk dengan ganas (Mat 11:12-13; Luk 16:16). Mereka tahu bahawa ia lebih baik untuk diremukkan dalam pertaubatan yang rendah hati di hadapanNya bagi kebebalan sendiri daripada dikisarkanNya sehingga menjadi serbuk bagi pemberontakan yang kurang ajar (Mat 21:43-45).
Adakah rumahNya sebegitu penting kepadamu sehingga kamu lebih ingin menjadi penjaga pintu di sana daripada berdiam di mana-mana tempat yang lain (Maz 84:10)? Adakah ia lebih penting daripada apa yang paling disukaimu (Maz 137:5-6)? Adakah berdiam di rumah TUHAN sepanjang hayatmu satu-satunya perkara yang dirinduimu (Maz 27:4)? Ia patut begitu.