Amsal · Proverbs

10:29
Jalan TUHAN ialah kekuatan kepada yang jujur: tetapi kebinasaan akan terjadi kepada para pekerja kedurjanaan.

Ada jalan yang betul dan jalan yang salah untuk hidup. Jalan yang betul mendapat keredaan dan berkat daripada Yang Maha Kuasa bagi kemakmuran dan kejayaan. Jalan yang salah, iaitu jalan yang berdosa bagi kebanyakan manusia, membawa kebinasaan, disfungsi, dan maut. Bagaimanakah kamu hidup? Selidikilah dirimu sekarang, rendahkanlah dirimu, dan pilihlah untuk hidup dengan betul yang membawa berkat-berkat.

Deisme [iaitu kepercayaan filsafat bahawa Allah wujud tetapi tidak campur tangan dengan hal-hal manusia] ialah kepercayaan sesat, dan mereka yang menolak Allah yang menentukan kejadian dan wahyu ialah orang sesat. Jehovah Alkitab bercampur tangan setiap hari dalam hal-hal manusia. Allah Yang Maha Pencipta tidak memandang dari jauh, seperti yang dinyanyikan sebuah lagu dunia yang telah dikhayalkan. Dia dengan aktif mengganjari mereka yang mentaatiNya dan keras-keras menghukum mereka yang menolak dan menderhakaiNya (Ams 13:13).

Fahamilah amsal. “TUHAN,” dalam semua huruf besar, ialah nama Allah yang purbakala, iaitu Jehovah dalam Alkitab, AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH (Kel 3:14; 6:3). Mereka yang mengikut Allah dan memegang perintah-perintahNya adalah jujur dalam jalan TUHAN, dan Dia memberkati dan memakmurkan kehidupan mereka dengan kekuatan. Tetapi mereka yang menolakNya dan kehendakNya yang ternyata akan dipanggil pekerja kedurjanaan, dan Dia, dengan penuh kewajaran, sudah bersedia untuk membinasakan mereka bagi dosa-dosa mereka.

Allah Yang Maha Besar melihat dan menyukat semua manusia dalam butir-butir sepenuhnya (Ams 15:3; Ibr 4:12-13). Ia suatu peraturan agamaNya supaya Dia mengganjari mereka yang dengan tekun mencari dan mentaatiNya (Ams 11:18; Ibr 6:10; 11:6; Kej 15:1; Maz 18:20; 58:10-11; Mat 5:1012; 6:33; Wah 21:3-5).

Allah telah menyatakan Dirinya dalam beberapa cara – ciptaan semulajadi, ketentuanNya dalam kehidupan, hati nurani manusia, dan Alkitab yang tertulis. Ciptaan Jehovah di langit dan di bumi sebegitu lengkap dan menyeluruh sehingga manusia tidak dapat berdalih, dan Dia menghakimi mereka dengan keras kerana tidak bersembahyang kepadaNya dalam kebenaran dan kewajaran (Maz 19:1-6; Rom 1:18-32). Dan dalam ragam yang sama, AlkitabNya yang tertulis haruslah ditaati dengan sungguh hormat, sebab ia menyatakan kehendak moralNya (Ula 29:29; Maz 19:7-11; Yes 66:1-2; Mat 5:19-20; 2Pet 1:19-21).

Allah dengan belas kasihan mengampuni setiap dosa, jika kamu bertaubat (Ams 28:13; 1Yoh 1:9). Tetapi pekerja kedurjanaan meninggalkan jalan yang betul untuk hidup dalam pemberontakan dan dosa. Tiada belas kasihan bagi mereka yang menentang Yang Maha Tinggi. Allah membenci mereka; kehidupan mereka akan menjadi sungguh menderita; mereka akan dibinasakan (Ams 11:31; 13:15; Maz 5:5; 11:5; Mat 7:23; Wah 21:8). Jika mereka yang berdosa nampak seakan-akan terlepas daripada hukuman, tunggulah beberapa minit (Maz 37:34-38; 49:6-14; 92:7).

Tetapi mata Allah adalah baik terhadap orang benar: Dia memandang kehidupan mereka dengan perkenan dan memberkati mereka (2Taw 16:9; 1Pet 3:12). Sebab ketika mereka berjalan dalamjalanNya, Dia menyediakan kekuatan hari demi hari (Maz 84:5-7; Yes 40:31; 2Kor 4:16). Apabila mereka mengasingkan diri daripada agama palsu untuk hanya mengikutiNya, Dia menerima mereka seperti anak lelaki dan anak perempuan, buah hati yang sungguh disayangi (2Kor 6:14-18). Dia mengekalkan yang baik, memperbaiki lubang-lubang kocek kewangan, memulihkan kerugian akibat waktu kebebalan yang silam, dan melindungi pada waktu bahaya (Ula 8:1-9; Hag 2:15-19; Yoe 2:25; 2Tim 4:17). Ini merupakan beberapa jalan daripada segala jalanNya, yang dipanggil sebagai penentuan Allah, dan ia lebih benar daripada graviti.

Akankah kamu menyelidiki jalan-jalanmu pada hari ini? Adakah kamu faham pilihan yang amsal ini tawarkan di hadapanmu? Akankah kamu hidup dengan jalan yang betul dan diberkati? Atau akankah kamu pilih jalan dunia ini dan dibinasakan? Allah tidak akan membenarkanmu bermain-main denganNya untuk lama-lama sebelum Dia menutup pintu peluang (Ams 29:1). Jadilah serius pada hari ini! Pilih untuk menjadi seorang penguasa yang mulia dan berakhlak baik di bumi dengan kehidupan mengikut jalan Allah bagi keredaan dengan kedua-dua Allah dan manusia.