10:7
Kenangan orang benar memberkati: tetapi nama orang durjana akan reput.
Apakah yang akan dinyatakan epitaf [pernyataan ringkas memperingati arwah] pada batu nisanmu? Apakah yang akan para hadirin ke pengebumianmu berfikir atau berkata? Berapakah orang yang akan hadir? Akankah adanya dukacita yang besar, atau kelegaan yang menenangkan? Akankah mana-mana orang mengenangkan kehidupanmu sepuluh tahun selepas kematianmu? Akankah kenangan itu memberkati atau berbau kereputan yang busuk?
Daud menangis dengan pedih sekali, ketika Yonatan mati (2Sam 1:17-27), sebab dia mengenangkan keajaiban persahabatan mereka yang lebih baik daripada kasih perempuan (1Sam 18:1-4; 23:16). Dorkas dikenangi ramai perempuan balu kerana perbuatan-perbuatan baiknya dan belas ihsannya (Kis 9:36-42).
Orang mengenangkan Yusuf sebagai sungguh berakhlak mulia, dan isteri Potifar sebagai penzina jahat. Orang mengenangkan Tamar sebagai perawan yang berhemat, dan Amnon sebagai anjing yang cabul. Orang mengenangkan Paulus sebagai rasul yang paling hebat, dan Demas sebagai pengalah yang lemah sekali. Orang mengenangkan Elia dan Yohanes sebagai pewira yang sungguh bersemangat, dan Pilatus dan Agripa sebagai para pengkompromi. Orang mengenangkan Abraham sebagai orang yang setia, dan Lot sebagai orang duniawi. Orang mengenangkan Daniel sebagai sida-sida yang tabah hati, dan Simson yang kuat pula sebagai orang lemah.
Hai pembaca, bagaimanakah dirimu dikenangkan? Ini hal yang penting, sebab ia banyak mencerminkan cara kamu telah memakai anugerah Allah – nyawamu. Pertimbangkan soalan-soalan pembuka di atas dengan teliti. Reputasimu dan berapa banyak orang lain mengasihimu ialah sukatan kunci kehidupanmu (Ams 22:1). Kamu boleh memperdayakan diri dan mengampu diri berkenaan nilaimu, tetapi kebanyakan orang lain berbeza dalam pengetahuan tentang dirimu.
Orang durjana tidak harus dikenangi, walaupun mereka menamakan tanah menurut nama mereka sendiri dan berimpian meninggalkan warisan yang hebat (Maz 49:6-14). Tuhan akan menghapuskan kenangan mereka dari bumi (Ayb 18:5-21; 27:11-23; Maz 9:5-6), seperti yang telah dilakukanNya dengan keluarga Yudas Iskariot (Maz 109:6-20). Jangan beriri hati atau gusar hati tentang mereka. Jangan biar musuh-musuhmu menjadi gangguan kepadamu. Nama orang durjana akan reput sampai lenyap. Kehidupan mereka kesia-siaan, sebab segalanya yang telah dibuat mereka akan dilupakan (Pkh 8:10).
Betapa besarnya perbezaan yang ternyata pada waktu penguburan! Yoyada, imam besar yang telah menyelamatkan bayi Yoas, telah dikuburkan bersama para raja kerana kewajarannya (2Taw 24:16), tetapi Yoyakim, yang benar-benar raja Yehuda, telah dikuburkan seperti bangkai keldai kerana pemberontakannya yang bebal (Yer 22:19; 36:30). Yosia, yang telah membawa kebangkitan rohani kepada Yehuda, telah diratapi Yeremia dan banyak penyanyi dengan ratapan yang sungguh besar (2Taw 35:24-25), tetapi Yerobeam, yang telah menyebabkan Israel untuk berdosa, mengalami kelesapan keluarganya seperti najis iaitu tanpa kematian yang biasa atau tanpa upacara pengebumian yang baik (1Raj 14:10-11).
Saul, yang telah ditinggalkan Allah dan yang cabul sampai akhir, telah membunuh diri. Kepalanya dipotong keluar, tubuhnya diikat pada dinding dan dibakar, dan tulang-tulangnya ditanam di bawah sebatang pokok (1Sam 31:1-10). Daud pula, yang penuh dengan Roh Kudus, mati di katil dengan pengetahuan bahawa Anaknya akan bertakhta di atas takhta Allah untuk selamanya dan telah dikuburkan di Yerusalem (2Sam 23:1-5; 1Raj 1:1-4). Manusia mengenangkan orang yang pertama sebagai yang cemburu dan yang durjana, dan orang yang kedua pula dikenang sebagai orang mulia yang mengejar hati Allah.
Nama Daud sungguh masyhur di Israel, sementara dia hidup (1Sam 18:30). Selepas dia meninggal, Allah membandingkan segala raja yang lain kepada Daud dan memberkati mereka kerana Daud (1Raj 15:3-5). Dan sampai ke hari ini pun dia salah seorang watak Alkitab yang digemari di kalangan semua watak lelaki dan perempuan yang lain.
Hai pembaca, adakah kamu rasa reputasimu dirosakkan kerana dosa? Bertaubat, dan lakukanlah kerja-kerja pertama (Wah 2:5). Pertimbangkan bahawa orang yang disebut tadi, iaitu Daud, telah bersalah kerana perzinaan, dan dia membunuh salah seorang kawan karibnya. Tetapi Allah menutupi dosa-dosa para pendosa yang benar-benar bertaubat, dan demikian juga segala orang yang baik. Bagaimanakah kamu mengingati Maria Magdalena? Dengan memang sungguh elok!
Di mana-mana injil dikhutbahkan di seluruh dunia, ada seorang perempuan yang dikenang kerana mengurapi Tuhan Yesus dengan minyak yang sungguh mahal (Mar 14:3-9). “Kenangan orang benar memberkati”. Dan di mana-mana injil dikhutbahkan, Yudas dikenang untuk perbuatan khianatnya terhadap Tuhan yang sama itu untuk tiga puluh keping wang perak (Mar 14:10-11). “Nama orang durjana akan reput”.
Kamu tidak boleh melupakan “Halaman Iman”, yang kenangan baik mereka diabadikan di dalam bab rasuli para martir – sesetengah mereka disebut dengan nama, dan yang lain disebut kerana perbuatan besar mereka. Para tokoh agama Kristian yang ternama ini disebut sebagai telah mendapat laporan yang baik (Ibr 11:2). Akankah awan saksi-saksiini memberi kesan kepada kehidupanmu? Akankah kamu layak untuk ditemani mereka?
Memegang perintah yang kedua meninggalkan kenangan-kenangan yang memberkati (Mat 22:39), sebab ia lebih diberkati untuk memberi daripada menerima (Kis 20:35). Adakah kamu seorang pemberi atau seorang penerima? Yesus meninggalkan teladan kudus sebagai Pemberi Yang Paling Besar (Mat 20:25-28), Yang diikuti Paulus (2Kor 12:15). Mereka melayani banyak orang, dan kenangan-kenangan mereka memberkati di seluruh dunia orang baik.
Pokok kehidupan akan dikenang, sebab mereka memenangi jiwa dan membantu orang lain (Ams 11:30). Adakah bibirmu memberi makan kepada banyak orang (Ams 10:21)? Adakah kesungguhan nasihatmu manis kepada kawan-kawanmu (Ams 27:9)? Adakah kamu menajamkan kawan-kawanmu (Ams 27:17)? Hidup dan mati tanpa mempengaruhi orang lain bagi Allah bermaksud nyawamu suatu kebaziran semata-mata. Ada tiga jenis orang – orang yang membantu orang lain, orang yang tidak berbuat apa-apa, dan orang yang membuat jahat kepada orang lain. Yang mana satu jenis dirimu?
Suami dan kanak-kanak akan memuji seorang isteri dan ibu yang berakhlak mulia, sebelum dan selepas kematiannya (Ams 31:28). Salomo menulis perkara baik tentang ibunya dalam kitab ini juga (Ams 4:3). Yesus memuliakan ibuNya ketika Dia digantung di salib (Yoh 19:25-27), dan kenangan ibuNya menjadi berkat selama-lamanya kerana Anaknya Yang Kudus dan kesaksiannya yang cemerlang tentang keselamatan (Luk 1:46-55).
Meskipun manusia tidak memujimu atau memperakui perbuatan-perbuatanmu yang benar dan wajar di sini, Yesus akan mengingati setiap perbuatan baik pada Hari Penghakiman (Mat 25:31-46; Maz 112:6; Ibr 6:10). Perbuatan-perbuatan baik tidak boleh disembunyikan untuk selama-lamanya. “Kenangan orang benar memberkati”.
Kenangan Tuhan Yesus Kristus Yang Maha Hidup akan menjadi tema setiap lagu dan perbuatan sembahyang sepanjang kekekalan, dan asap seksaan orang durjana akan menjadi dupa/kemenyan itu! Apakah yang akan kamu buat pada hari ini juga untuk menjauhi kedurjanaan sampai mencapai kebenaran?