Amsal · Proverbs

12:11
Dia yang membajak tanahnya akan dipuaskan dengan roti: tetapi dia yang mengikuti orang sia-sia kekosongan pemahaman.

Berkebun itu kerja yang sejati. Ia mungkin membosankan, kotor, dan keras. Ia memerlukan kesabaran untuk menunggu tanaman bertumbuh, dan ia tidak menawar apa pun glamor dengan gelaran yang istimewa, baju yang mahal, atau mesyuarat-mesyuarat yang besar. Ia melibatkan banyak jam kerja, kerja buruh, banyak hikmah praktikal, ketiadaan cuti tertaja syarikat, dan hanya ganjaran kewangan yang sederhana. Berkebun memerlukan disiplin diri sendiri dan dorongan diri sendiri. Ia menyediakan makanan untuk mengekalkan kehidupan manusia dan untuk kenikmatan pemakanan. Berkebun itu kerja yang sejati.

Berkebun itu kerja yang baik. Di dunia yang sempurna tanpa dosa, Allah memberi Adam kerja menjaga Taman Eden; di dunia yang berdosa, anak sulungnya menjadi pembajak tanah (Kej 2:15; 4:2). Allah memberi manusia pengetahuan pertanian beribu-ribu tahun sebelum ciptaan moden zaman kini (Yes 28:23-29). Dan Dia memberkati mereka dengan pulangan yang baik daripada membajak tanah kepada menabur benih (Kej 26:12; Zak 8:12). Raja-raja pun memperoleh makanan dari ladang dan harus mengambil perhatian kepada bidang perkebunan (Ams 2:23-27; Pkh 5:9). Berkebun itu kerja yang baik.

Adakah ia berbunyi seakan-akan ia kerja yang terlalu banyak? Kamu lebih suka kurang bekerja keras? Kamu tidak ingin menjadi seorang pekebun yang biasa semata-mata?Kamu memikir pekebun telah ketinggalan zaman seperti dinosaur? Kamu tidak dapat membayangkan kerja yang selalu mengotorkan diri dan tidak menjadi orang kenamaan suatu hari? Kamu ingin menjadi ahli niaga yang bergaya dan yang berjaya dengan dua telefon bimbit? Kamu ingin orang lain tertakjub dengan dirimu? Kamu lebih suka lambat bangun dan suka berjaga sampai larut malam? Orang sia-sia ingin membantumu.

Panggil mana-mana nombor di bahagian “Peluang berniaga” dalam surat khabar, dan kamu dapat belajar bahawa kerja keras adalah untuk orang bodoh lalu belajar bagaimana menjadi kaya pada petang ini juga. Mereka ada “peluang berniaga” bagimu untuk menjadi “berdikari secara kewangan”. Mereka ada “pelaburan orang dalam” yang dapat menjanakan sepuluh kali ganda daripada apa yang diperoleh hamba abdi. Ya! Hari ini ialah hari yang bernasib baik bagimu! Kamu sekarang dapat mengolok-olok para pekebun dan kegiatan berkebun, sementara kamu menulis suatu cek bagi kawanmu untuk memulakan peluangmu itu. Kamu sudah dicerahkan dan dibebaskan. Kamu sekarang dapat menjanakan untung dengan cara yang mudah.

Daripada bekerja keras dan mengotorkan tangan, kamu dapat memandu kereta sport dan hanya memakai telefon bimbit untuk mengaturkan “mesyuarat jualan”. Pertimbangkanlah peluang yang istimewa ini. Jika kamu dapat mencari seribu orang untuk bekerja bagimu – orang yang berusaha untuk menjadi kamu dengan membeli barangan yang dipasang harga terlampau tinggi – maka kamu langsung tidak perlu bekerja lagi. Betapa hebatnya peluang ini! Kamu sudah dapat berniaga – kamu hanya harus mencari lebih banyak pekebun yang tidak berpuas hati dan memberitahu mereka bahawa mereka dapat menjadi kaya dengan menulis satu cek kepadamu. Para pekebun akan tidak lama lagi pupus.

Apakah yang dikatakan Salomo? Apakah yang telah disebut orang yang paling tahu tentang kejayaan ekonomi? Apakah yang difirmankan Allah? Kedua-duanya berkata bahawa pekebun akan ada banyak untuk makan – dia akan beroleh kejayaan. Dan kedua-duanya berkata bahawa orang tamak yang sedang mencari yang namanya Jalan Mudah ialah orang bebal dan yang gagal. Dia sedang menjunam masuk gaung kemiskinan (Ams 13:11,20,23; 28:19). Peraturan hikmah ekonomi ini berkenaan dengan semua kerja profesional yang jujur dan yang berguna, bukan sahaja bidang berkebun. Dan ia mengutuk segala akal perniagaan yang tidak berdasarkan suatu produk yang sah dengan kerja keras dan kesabaran.

Apakah rahsia kejayaan daripada amsal ini? Bangun awal, pergi buat kerja yang menjemukan diri itu, dan perbuatlah itu dengan baik; lupakanlah akal-akal mengejar wang yang mudah datang melayang atau “peluang-peluang berniaga” kononnya. Membajak ladangmu akan menjadikanmu jauh lebih maju daripada orang yang mengejar mimpi kekayaan mudah dan pulangan pelaburan yang tinggi. Jika kamu ada suatu bidang pekerjaan, lakukanlah itu dengan segala kekuatanmu, dan biar Allah menjaga segala yang lain (Ams 10:4; 12:24; 13:4; 22:29; 27:18; Pkh 9:10). Jika kamu mendengar ketidakpuasan dan mimpi orang lain, kamu merupakan orang bebal dalam perjalanan ke ambang kegagalan. Percakapan mereka akan menjadikanmu miskin (Ams 13:11; 14:23).

Pertimbangkanlah hal membajak, yang merupakan kegiatan menyediakan tanah untuk menanam tanaman. Ia dilakukan pada musim bunga bersertakan pelaburan besar dengan benih dan baja, ketika tiada bukti akan adanya hasil tuaian pun. Ia menjemukan diri, keras, panas, dan mengotorkan. Kamu menyara diri dengan simpanan atau pinjaman untuk enam bulan, menjadi lebih miskin setiap hari, sementara tulang belakangmu menjadi lebih sakit setiap hari. Salomo tentu sudah gila. Kerja keras dan kerja lama-lama lalu menjadi lebih miskin tidak mungkin betul. Tetapi ia betul! Ada kemakmuran yang sedang menunggu hanya beberapa bulan lagi (Kej 26:12).

Tetapi pada suatu hari, ketika kamu pulang ke rumah dalam keadaan berpeluh dan kotor, kamu menemui peluang membebaskan diri daripada kegiatan berkebun. Adanya seorang yang sia-sia dengan pakaianmahal dan dengan kereta BMW berada di depan rumahmu untuk mempersonakanmu dan isterimu tentang kehidupan yang menakjubkan melalui “peluang berniaga” yang baik. Dia berkata, “Sertailah kami! Tentulah kamu tidak ingin menjadi seorang yang gagal sepanjang hidupmu! Jadilah seorang 'pengedar'! Belilah barangan aku dengan harganya yang melampau lalu menjadi kaya!” Kamu dengan lekas menulis cek kamu kepada orang ini yang nampaknya berjaya untuk membeli stok kelapa kering sejuk beku yang dapat menyembuhkan kepala yang botak, sementara percaya akan ceritanya bahawa semua orang memerlukannya dan menginginkannya.

Selepas itu, kamu menghadiri “mesyuarat jualan”. Selepas berdoa, dan berikrar kepada panji-panji, dan menyanyi, “Negaraku”, satu pasangan suami isteri yang menggelar diri jutawan menari-nari melintasi pentas sambil mempamerkan jam tangan Rolex dan gambar-gambar rumah mewah. Sementara bermegah dengan kebanggaan, mereka bercerita tentang hal meninggalkan perkebunan dan meluangkan masa setengah tahun untuk berlayar di dalam kapal layar istimewa mereka di Caribbean. Ketika kamu berangkat dari tempat itu pada malam itu kamu kehairanan mengapa tiada sesiapa pun yang berbincang tentang kelapa kering sejuk beku dan mengapa masih ada orang yang botak di kalangan para hadirin.

Apakah yang sia-sia tentang “kejayaan” ini? Pasangan yang lawa itu tidak pernah menunjukkan para “pengedar” down line mereka bahawa mereka tidak untung satu ringgit pun, dan telah diugut melaui taktik jualan tekanan tinggi untuk membeli barangan yang harganya melampau untuk membayar bagi kapal layar mereka, produk disalahgambarkan dengan janji-janji kekayaan yang cepat. Jadilah dewasa! Kelapa dengan harga melampau tidak dapat menjadikan sesiapa pun kaya, kecuali menipu! Jika kamu percaya cerita mereka, mengapa kamu tidak menjadi jutawan seperti Bill Gates? Atau lebih baik lagi, mainlah loteri! Kamu ada lebih nasib untuk menang loteri daripada memiliki kapal layar. Bagaimanakah perbuatan membeli kelapa mungkin menjadikanmu kaya? Cuba fikir!

Apakah yang menjadikan Bill Gates seorang jutawan? Waktu dan nasib oleh kehendak Allah (Pkh 9:11)! Bagi setiap orang kaya seperti Bill Gates, ada 10 juta orang yang menjanakan pendapatan yang sederhana, dan ada 1 juta orang yang bodoh, yang menyakiti keluarga mereka dengan mengejar “kejayaan” Bill Gates. Tetapi kamu dapat mengurangkan kebergantungan kepada nasib, dan memakai masa, untuk banyak roti, dengan mengerjakan kebun kamu setiap hari dan percaya kepada Tuhan untuk membekalkan hujan dan sinaran matahariNya untuk memperoleh tuaian. Peraturan ekonomi ini berkaitan dengan setiap kerja profesional yang sah dan juga dengan perniagaan yang sah.

Dalam segala jerih lelah, seperti bekerja di kebun, adanya untung. Tetapi percakapan bibir, seperti bebelan cerita cepat kaya, cenderung kepada kemiskinan (Ams 14:23). Sekali lagi, cenderung kepada kemiskinan! Banyak yang kerugian wang, damai sejahtera, dan integriti kerana mengejar “kejayaan” orang sia-sia (Ams 13:11,23). Walaupun ada kemahiran dan ada pekerjaan yang baik, mereka mengikuti mimpi sampai binasa. Sementara ada banyak laporan perniagaan dan pelaburan yang cepat makmur dan yang tiba-tiba gagal, satu-satunya sebab skim cepat kaya sia-sia tidak mudah gagal ialah penghakiman Allah tentang emas yang palsu (Ams 1:32).

Kecurigaan ialah hikmah! Orang berhikmah merupakan pengkritik, orang yang ragu-ragu dan pesimistik. Mereka tidak diyakinkan dengan begitu mudah. Hanya orang bebal cepat percaya cerita tentang wang yang mudah dan pelaburan yang super (Ams 14:8,15; 4:26; 22:3; 27:12). Mereka sedang mengikuti mentor mereka, yang menyewa jam tangan Rolex dan kereta sport. Mereka harap kamu dengan lurus bendul dan dengan bebal percaya cerita mereka seperti mereka percaya orang penipu yang lain. Jika kamu mengajukan soalan yang kritikal kepada orang sia-sia ini, mereka akan mempersendakan soalan-soalanmu sebagai karut dan menyatakan itulah yang menghindari kejayaan daripadamu. Semakin mereka membazir masa untuk meneliti fakta-fakta, semakin mudah orang bebal bagi kejayaan mereka itu terlepas!

Orang sia-sia tidak suka kepada orang yang curiga, sebab mereka memerlukanmu untuk menyertai dengan lekas supaya dapat membayar sewa mereka yang kemudian. Mimpi tidak suka soalan! Jika kamu tidak menulis cek dengan serta-merta, mereka harus bergegas untuk mencari orang bebal yang lain. Sementara kurang orang membeli kelapa kering sejuk beku untuk kebotakan, mereka kena cari lebih “pengedar” untuk membuat “pelaburan perniagaan”. Ketika tiada lagi “pengedar” untuk ditemui, rumah daun itu roboh, dan mereka mengubahsuaikan diri menurut “keadaan pasaran” dengan menjual pil langsing badan kepada kumpulan orang bebal yang sama itu.

Tiada rahsia untuk kejayaan. Ia datang melalui kerja keras, penyangkalan diri sendiri, kesabaran, pemakaian masa, dan berkat dari Allah. Tiada sarapan yang percuma, atau pun sarapan yang murah. Sarapan datangnya daripada mendapat gandum dari tanah dan daging daripada ternakan. Elak orang sia-sia yang selalu mencari dan bercakap tentang “peluang berniaga” (Ams 9:6; 13:20). Apakah orang yang sia-sia? Orang yang cuba memberitahu kamu ada cara yang mudah untuk menjanakan untung. Mengikut orang sia-sia bermaksud membaca risalah-risalah mereka, mendengar akal-akal mereka, dan memikir tentang pelaburan mereka. Pergilah membajak satu lagi ekar daripada ingin mendengar mereka. Kamu akan menjadi jauh lebih maju pada jangka masa panjang.

Sementara bermula sebagai pemungut sampah, atau apa pun bidang profesional yang sah, dan bekerja keras dengan prinsip-prinsip asas hikmah yang salih, ia akan selalunya membawa lebih kejayaan daripada mengikuti satu lagi akal yang cerah bagi kekayaan yang mudah. Apa pun jawatan yang dikerjakan dengan tekun, dengan memakai peraturan-peraturan Allah bagi kejayaan, akan berjaya! Daripada memikir untuk mendapat kerja yang glamor, fikir tentang betapa tekun, setia, tepat pada masa, dan mahir dirimu itu bagi kerja yang boring itu! Bandingkan:

Kerja keras + simpanan + pelaburan yang selamat + kesabaran = kemakmuran. Inilah maksud membajak tanahmu.

“Peluang berniaga” + “pelaburan super” + bebelan cerita karut = kemiskinan. Inilah maksud kesia-siaan.

Lelaki muda, ada skim cepat kaya (jika kamu masih tidak tahu apa maksud suatu skim cepat kaya, pergilah belajar), nasihat saham, membeli hartanah tanpa apa pun bayaran, maklumat orang dalam, “peluang berniaga”, perdagangan komoditi yang pasti, pelaburan tanah paya, peluang melalui pelaburan kecil, produk mukjizat, pelbagai bentuk program multi-level marketing, dan dusta-dusta yang lain untuk mengambil wang orang bebal, terutamanya dalam generasi yang tamak dan yang terlampau berbelanja seperti generasi ini. Jadilah dewasa, belilah sebidang tanah kebun dan mula bekerja. Kamu akan jauh lebih maju pada jangka masa panjang.

Cintailah pekerjaanmu! Apa jua pun pekerjaan itu! Bersyukurlah kepada TUHAN baginya, walaupun kamu menganggapnya sebagai boring. Bekerjalah keras dan setia. Kamu akan menjadi puas dengan banyak roti, dan kamu akan hidup untuk melihat orang sia-sia itu miskin belaka. Akhirnya mereka tidak akan mampu mencari orang bebal lagi untuk membeli kelapa kering sejuk beku mereka sebagai pelaburan perniagaan, dan mimpi “berdikari secara kewangan” mereka itu akan ranap sama sekali. Kamu akan ada simpanan di bank, nama baik yang tidak mempromosikan mimpi, dan pekerjaan yang sah bagi masa depan.

Tuhan Yesus ada Jalan Mudah yang ditawarkan kepadaNya oleh iblis dan orang Yahudi (Luk 4:5-7; Yoh 6:15), tetapi Dia kekal setia kepada kerja keras salib itu, sebab Dia nampak kekayaan benar yang telah ditentukan dihadapanNya kerana sabar menderita (Ibr 12:2-4; Maz 16:8-11).

Telinga yang gatal pada zaman ini memesan suatu bentuk kesalihan yang baru yang dipanggil kontemporari atau sembahyang yang bersahaja (2Tim 3:5; 4:3-4), tetapi dengan mengekalkan diri dalam jalan-jalan yang lama akan memenuhi jiwamu dengan roti yang paling mahal (2Tim 3:14-17; 4:1-2; Yud 1:3; Yer 6:16; 23:28-29).