Amsal · Proverbs

12:13
Orang durjana terjerat oleh pelanggaran bibirnya: tetapi orang benar akan keluar daripada kesusahan.

Mulutmu boleh memasukkanmu ke dalam banyak masalah, atau ia boleh mengeluarkanmu daripada masalah. Seorang yang bebal kurang berfikir sebelum berucap, atau dia berfikir dengan hati yang kejam dan yang cabul, maka kata-katanya menjeratnya dalam kesukaran dan membawa hukuman (Ams 18:6-7). Tetapi orang yang benar, yang memilih ucapan yang baik oleh peraturan hikmah, menyelamatkan dirinya daripada murka Allah dan manusia.

Berapakah banyak kali telah kamu menyatakan kepada dirimu, “Mengapakah aku mengucapkan itu?” Keindahan dan kuasa budi bicara dan hikmah adalah untuk mempertimbangkan kata-katamu sebelum ia keluar, maka kamu tidak perlu menyesal akannya. Solomo memakai banyak amsal untuk menunjukkan bahawa ucapan yang berhikmah bermula di dalam hati (Ams 16:23; 22:11), mengurangkan kata-kata (Ams 17:27-28), menguasai rohmu (Ams 14:29; 16:32), mengucap dengan perlahan (Ams 29:11,20), dan berucap dengan berhati-hati (Ams 10:31-32; 15:28).

Pertimbangkan penajajaminan, atau menandatangani pinjaman bersama untuk kawan. Perjanjian melulu untuk menjamin janji perlaksanaan tanggungjawab kewangan orang lain adalah berbahaya (Ams 22:26-27). Itu harus dielakkan dengan cukup berhati-hati, dan kamu patut tidak sayang menggunakan apa pun titik peluh untuk keluar daripada mana-mana penajajaminan yang sudah kamu mengikat diri sendiri (Ams 6:1-5).Bagaimanakah ia bermula? Kamu mendengar rayuan untuk menandatangani pinjaman bersama, dan bibirmu bergerak untuk membuat janji yang bebal!

Pertimbangkan nazar. Allah memberi amaran terhadap nazar yang bebal dan mengutukinya (Pkh 5:1-7). Orang cabul tanpa sikap berhati-hati adalah cepat untuk menyatakan kebanyakan apa pun di gereja atau dalam doa, dan dengan demikian mengikat jiwa-jiwa mereka di hadapan Allah. Mereka banyak bersalah untuk memikir bahawa kata-kata bukanlah masalah besar dan mereka boleh keluar daripada sumpah dengan mudah sekali (Ams 20:25). Orang berhikmah berucap dengan takut dan gementar di hadapan Allah.

Pertimbangkan percanggahan. Orang durjana yang menghadapi murka musuh mesti mahu memberi balasan yang sama, kerana hatinya sebegitu angkuh dan degil. Dia tidak akan belajar pelajaran bahawa jawapan yang lembut memalingkan murka tetapi kata-kata yang kasar lagi menggerakkannya (Ams 15:1; 17:14). Dia akan cuba memenangi kontroversi, sebab dia tidak ada kemampuan ikhlas atau keinginan pun untuk pendamaian (Ams 11:12).

Pertimbangkan hal mengutuk secara peribadi. Si bebal tiada budi bicara. Hatinya harus menyatakan fikiran-fikirannya yang paling rosak. Dia mengutuki raja atau orang kaya di rumahnya, dan dia tidak boleh memahami bagaimana kata-katanya boleh sampai kepada pihak yang dikutukinya itu (Pkh 10:20). Orang berhikmah belajar untuk memikir fikiran-fikiran yang baik dan tidak membiarkan kata-kata jahat melepasi bibirnya dalam mana-mana pun keadaan (Ams 16:23; Mat 5:21-22).

Paulus memberi amaran tentang tiga jenis ucapan yang biasa dan yang popular pada hari ini – kekotoran, borak bebal dan pergurauan (Efe 5:3-8). Tetapi ucapan yang demikian tidak pantas, iaitu bermaksud ia tidak wajar dan menyebabkan masalah, kerana ia tidak sesuai atau tidak berpatutan. Apakah rawatannya? Gantikan ucapan demikian dengan sebaliknya ucapan syukur. Betapa besarnya perubahan yang dibawa itu!

Kejayaanmu atau kegagalanmu bergantung kepada kemampuanmu untuk menguasai lidahmu. Jika kamu tidak belajar untuk mengawal dan menguasai ucapanmu, kamu akan melibatkan diri dalam banyak kepedihan dan masalah. Ia sebegitu baik untuk memikirkan fikiran yang suci, mengurangkan kata-katamu, perlahankan ucapanmu, dan mengucap dengan sungguh berhati-hati sementara memandang kepada kesan-kesan kata-kata itu (Yak 3:2). Orang berhikmah bekerja dengan tekun untuk membentuk kata-kata yang salih untuk diucapkan hanya selepas pertimbangan dan penyelidikan (Maz 19:14; 141:1-4).

Hari Penghakiman akan melibatkan segala kata-kata kosong yang telah diucapkanmu (Mat 12:36-37). Bagi sebab ini Paulus telah menulis bahawa ucapanmu haruslah berbudi baik (Kol 4;6; Efe 4:29). Pilihan demikian akan menyelamatkanmu daripada masalah dan membawa pujian dan sanjungan daripada orang lain (Ams 22:11; 24:26). Kamu akan bertumbuh dalam keredaan dengan kedua-dua Allah dan manusia dengan salah satu jalan yang paling mudah semungkin.