Amsal · Proverbs

12:14
Seseorang akan dipuaskan dengan kebaikan oleh buah pertuturan mulutnya: dan ganjaran seseorang untuk kerja tangannya akan diberi kepadanya.

Ada ganjaran baik bagi pertuturan dan perlakuan yang wajar. Akankah kamu melepasi itu dalam kehidupan? Akankah orang lain memperoleh itu, dan menjadikanmu ketinggalan? Pelajaran amsal ini adalah mudah, tetapi kebanyakan orang lupa pampasan yang pasti bagi kewajaran. Mereka terlalu peduli akan gagasan-gagasan dunia bagi kejayaan atau keredaan rakan-rakan sebaya mereka. Mereka lupa bahawa Allah dan manusia akan menghormati orang yang salih.

Bertutur wajar dan berbuat wajar membawa ganjaran. Dunia tidak akan menyanjungi atau mengganjari akhlak mulia, tetapi amsal yang sejati ini memberi nasihat yang ajaib sekali. Jika kamu memakai mulutmu bagi kata-kata yang murah hati, rohani, dan berhikmah, Allah dan manusia akan mengganjarimu dengan kehormatan yang memuaskan. Dan kedua-dua Allah dan manusia akan pasti juga memberi pampasan kepadamu bagi perbuatan baik belas ihsan, kesalihan, dan kebenaran.

Satu-satunya pertuturan yang membawa kebaikan dan ganjaran yang memuaskan ialah pertuturan yang suci dan yang berhikmah, yang dinyatakan amsal ini. Jika kamu memakai mulutmu bagi kebebalan, kebohongan, atau untuk bermulut besar, ia akan membawa masalah (Ams 10:6; 14,31; 12:18; 13:3; 18:6-7,21; 20:17). Ada yang sama dengan perlakuan – apa yang dibuat dengan tanganmu. Hanya perbuatan-perbuatan yang mulia membawa ganjaran yang baik (Ams 6:17; 10:4; 26:6; Yes 3:10-11).

Generasi yang durjana ini menyatakan, “Hanya orang baik yang mati muda”. Tetapi gagasan mereka tentang kebaikan ialah apa yang Allah panggil durjana. Misalnya, Janis, James, Jimi, Jim, Marilyn, dan Diana. Ini merupakan masa berbahaya, ketika ia menjadi popular untuk menghina orang yang benar-benar baik, terutamanya oleh orang Kristian yang badaniah (2Tim 3:3). Nilai baik tidak disanjungi; yang bergaya itulah yang disanjungi. Kebaikan itu kolot; berdosa itu bergaya.

Tetapi itu semua suatu dusta dari neraka, sebab orang durjanalah yang mati muda (Ams 10:27; Pkh 7:17). Jika kamu mahu kehidupan yang bahagia dan yang panjang umur, ia adalah melalui pertuturan dan berbuat baik (Ams 3:1-2; Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-13), termasuk menghormati ibubapamu (Efe 6:2-3). Daripada memandang hina orang baik, kamu patut mengasihi mereka dan mengikuti mereka (Maz 37:37; 119:63; Tit 1:8).

Pertuturan yang baik memberkati orang lain (Ams 24:26). Tetapi ganjaran di sini adalah kepada si pengucap (Ams 13:2; 15:23; 18:20). Para raja akan menjadi kawan kepada orang yang ada pertuturan yang berbudi baik (Ams 22:11). Bagaimanakah mungkin Firaun menolak menaikkan pangkat Yusuf (Kej 41:39-45)? Bagaimana mungkin Yonatan menolak mengasihi Daud (1Sam 18:1-4)? Bagaimana mungkin Nebukadnezar menolak menaikkan pangkat Daniel (Dan 2:46-49)? Apakah yang akan Raja segala raja buat bagi orang yang berucap kepada orang lain tetang Dia (Mal 3:16-18)? Bacalah itu, dan bersukacita!

Pertuturan yang memperoleh ganjaran ialah pertuturan yang berbudi baik (Kol 4:6), yang berhikmah dan baik hati (Ams 31:26), yang suka membantu orang dalam kesesakan (Ams 31:8-9), yang jujur (Ams 12:22), dan yang selalu bersyukur (1Tes 5:18). Ia menolak kata-kata yang tercemar (Efe 4:29), bercakap buruk tentang para pembesar (Yud 1:8), borak bebal atau pergurauan (Efe 5:3-5), atau mengumpat (Ams 25:23). Ia memberkati musuh (Mat 5:44), mewaspadakan sahabat (Ima 19:17), menghiburkan orang yang lemah (1Tes 5:14), dan menghormati ibubapa (Ula 27:16).

Pertuturan yang baik adalah dari hati (Ams 22:11; Mat 12:33-37). Dan hati yang baik juga melakukan hal yang baik. Tubuhmu ialah Tuhan punya; Dia yang menciptakannya, dan Dia yang telah membelinya; tubuhmu ialah dua kali kepunyaanNya (1Kor 6:13-20). Tidak seorang pun yang melayani Allah “untuk percuma” (Ayb 1:9-10). Ketekunan akan membawa dirimu menghadap raja (Ams 22:29). Melawat orang balu ialah agama yang sejati (Yak 1:27). Mengikuti Kristus membawa ganjaran sekarang dan kemudian (Mar 10:28-30). Dan juga secawan air (Mat 10:42)!

Perbuatan baik ialah buah Roh – kasih, sukacita, damai sejahtera, sabar derita, kelemah-lembutan, kebaikan, iman, sikap suka menurut, penguasaan diri, kewajaran dan kebenaran (Gal 5:22-23; Efe 5:9). Perbuatan baik orang pilihan Allah ialah hasil karya berkuasa Allah di dalam diri mereka melalui penjanaan semula (Efe 2:10). Apa yang dikerjakan Allah di dalam diri mereka, mereka harus mengerjakan keluar (Flp 2:12-13).

Perbuatan-perbuatan jahat ialah tanda-tanda orang Kristian yang badaniah – mengasihi diri sendiri, kedambaan, bermulut besar, keangkuhan, kekufuran, tidak mentaati ibubapa, tidak bersyukur, tidak kudus, kasih yang songsang, pemecah damai, penuduh palsu, tidak mengekang diri, garang, memandang hina orang baik, pengkhianat, gopoh, tinggi hati, pengasih kenikmatan lebih daripada pengasih Allah, dan beragama semata-mata agama yang berbentuk munafik (2Tim 3:1-5). Mereka kalah!

Kata-kata dan pekerjaan yang baik bukan semata-mata keupacaraan kehadiran atau aktiviti gereja. Yesaya 58 mengajar suatu pembezaan yang cukup jelas di antara pematuhan keagamaan dan kesalihan sejati yang memberi kesan kepada perhubungan-perhubunganmu dengan orang lain. Dan ganjaran-ganjaran yang disenaraikan di dalam petikan ini meliputi suatu julat berkat yang jauh melebihi ulasan amsal ini.

Ada ganjaran sekarang juga bagi orang Kristian yang setia. Pertama, mereka diganjari dalam hati mereka kerana berkata atau kerana berbuat apa yang betul (Ams 14:14; Gal 6:4). Kemudian ada berkat Allah dalam kehidupan mereka (Maz 37:4; 84:11). Kemudian ada berkat manusia ke atas mereka (Ams 17:2; 27:18). Kemudian adanya pampasan Allah bagi apa pun pengorbanan mereka bagi Dia (Mar 10:28-30).

Ada ganjaran yang lebih besar kemudian bagi orang Kristian yang setia. Ketika manusia menjanjikan ganjaran bagi perangai yang baik, mereka mungkin lupa atau dihalang untuk menunaikannya, tetapi ini tidak benar dengan Allah (Ibr 6:10). Walaupun orang-orang kudus yang salih sendiri lupa atau terlupa perbuatan baik mereka pada Hari Penghakiman, Raja Besar syurga tidak akan lupa (Mat 25:31-46)!

Alkitab ialah buku panduan Allah bagi kehidupan yang berjaya, dan kehidupan menuruti jalanNya akan menyelamatkanmu daripada masalah-masalah disfungsi dunia durjana ini dan membawa kemakmuran dan kejayaan (Yos 1:6-9; Maz 1:1-3; 19:7-11; Yak 1:25). Tetapi ada juga ganjaran-ganjaran yang dijelaskan di atas.

Matlamatmu adalah untuk menjadi seperti Yesus Kristus. Dia bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). PertuturanNya berbudi baik dengan tidak terbayangkan (Maz 45:2; Luk 4:22). Dia berjelajah berbuat baik (Kis 10:38). Dia merupakan contoh yang diikuti Paulus, dan kita harus mengikuti Paulus (1Kor 11:1).

“Tetapi tidakkah Yesus mati muda”, kamu bertanya? Dia dengan rela menyerahkan nyawaNya sendiri, mengampuni para askar, di dalam tindakan dan kata-kata yang paling unggul bagi para orang pilihanNya. Apakah ganjaranNya? Disanjungi ke kemuncak alam semesta untuk bertakhta selama-lamanya (Flp 2:5-11; Efe 1:19-23; Ibr 12:1-3)!