Amsal · Proverbs

13:10
Hanya oleh keangkuhan datangnya perbalahan: tetapi yang dinasihati dengan sempurna ialah hikmah.

Keangkuhan menyebabkan pergaduhan! Dan ia penyebab utama pergaduhan! Tanpa keangkuhan, pergaduhan dan persengketaan akan cepat dileraikan. Ia keyakinan yang takbur dan kepentingan diri sendiri yang bongkak yang membuat perbalahan – perselisihan dan pertengkaran – tetap berterusan. Tetapi orang yang berhikmah adalah rendah hati dan cermat untuk mendengarkan pendapat-pendapat orang lain, mengelak orang yang berbalah dan mudah melupakan kesalahan-kesalahan. Mereka itu pembawa damai.

Jika ada apapun pergaduhan di dalam hidup, keluarga, perniagaan atau gereja, ia disebabkan oleh keangkuhan. Adakah punca keangkuhan musuh kamu, keangkuhan dirimu sendiri ataupun kedua-duanya? Orang yang berhikmah akan berusaha seberapa banyak semungkin untuk menghentikan peperangan dan pertengkaran. Dia akan memakai perkataan yang lemah-lembut (Ams 15:1), hadiah (Ams 21:14), kasih (Ams 10:12), atau tindak balas yang lambat (Ams 15:18) untuk meredakan marah dan mendapatkan damai. Dia lebih suka ditipu atau disalahkan daripada bergaduh. Jadi, dia akan melupakan kesalahan-kesalahan (Ams 19:11; 1Kor 6:7).

Orang saling bertengkar dan berperang untuk banyak sebab, tetapi keangkuhan adalah picu atau bahan api yang mencetuskan, mengekalkan dan menambahkan pergaduhan (Ams 28:25; 21:24). Percayalah akan itu! Solomo telah menulis ini tentang orang bebal yang angkuh: “Nampakkah kamu orang yang memandai dalam keangkuhannya? ada lebih harapan bagi orang bebal daripadanya ” (Ams 26:12). Ia susah untuk berurusan dengan orang yang angkuh, sebab tiada jalan untuk memujuknya kepada apapun yang menentang fikiran dan keinginannya yang bongkak.

Yakobus telah mengusulkan soalan-soalan ini: “Dari manakah datangnya persengketaan dan pergaduhan di antara kalian? Bukankah ia datang daripada nafsu kalian yang berperangan di dalam anggota-anggota kalian? (Yak 4:1)” Lepas itu, dia berjawab dengan satu soalan dan pernyataan, “Adakah kalian berfikiran bahawa kitab berkata dengan sia-sia, Roh yang diam di dalam kita bernafsu sehingga menjadi iri hati? Tetapi Dia memberi lebih rahmat. Itu sebabnya Dia berkata, Allah menentang yang angkuh, tetapi memberi rahmat kepada yang rendah hati.” (Yak 4:5-6). Punca pergaduhan ialah keangkuhan. Tulisan Solomo dan Yakobus sama, dan ia diilhamkan oleh satu Pengarang.

Jika kedambaan, keirihatian, nafsu dan dendam ada peranannya dalam perselisihan, maka keangkuhan pula memainkan peranan yang utama. Keangkuhan menjadikan orang tidak bersabar, marah atas keremeh-temehan, geram akan ketidaksefahaman, iri hati akan kelebihan orang lain, marah akan persaingan, mengolok-olok teguran, berbalas dendam bagi kesalahan, bongkak dengan pendapatnya, suka menguasai perbualan, memandang dengan kritik kelemahan orang lain, dan kekosongan pengampunan. Keangkuhan menyebabkan hal-hal ini dan kecemaran yang lain di dalam jiwa manusia. Allah, berbelaskasihan dan tolonglah kami!

Seseorang yang dinasihati dengan sempurna berpengetahuan, berhikmah dan cermat. Dia bertanya dan menerima nasihat, sebab dia tahu keselamatan ada di dalam banyak penasihat (Ams 24:6). Dia lambat untuk berucap, kerana dia tahu bertindak melulu itu meninggikan kebodohan dan tidak menghasilkan kebenaran yang sejati (Ams 14:29; Yak 1:20). Dia menamatkan perselisihan dengan melupakan kesalahan (Ams 19:11), menjauhkan diri daripada orang marah (Ams 22:24-25; 29:22), dan mematahkan lidah yang mengumpat (Ams 25:23). Dia benci keangkuhan di dalam dirinya sendiri dan orang lain (Ams 8:13)! Dia tahu bahawa merendahkan diri adalah berhikmah dan menyerupai Kristus (Ams 11:2; Rom 12:16).

Pendamai ialah orang yang besar di dalam kerajaan Allah (Mat 5:9), kerana kerajaan Allah ialah kerajaan damai sejahtera (Rom 14:17-19). Kamu patut mengerah segala usahamu untuk mencapai matlamat ini (Rom 12:18; Efe 4:3). Jika kamu ingin makmur dengan kehidupan yang bahagia dan yang panjang, maka jadilah seorang pendamai (Maz 34:12-16). Di manakah kamu dapat menimbulkan damai sejahtera pada hari ini? Berbuatlah begitu! Jangan biar apapun menghalangmu.

Bijaksana kenerakaan iblis itulah yang membawa kepahitan dan pergaduhan, dan kamu tidak patut berfikir atau mengatakan bahawa perbalahan sebegini adalah baik dan boleh diterima. Ia juga membawa lebih kekeliruan dan kerosakkan di dalam hidupmu (Yak 3:14-16). Tetapi hikmah syurgawi Allah berdamai, berlemah-lembut, penuh dengan belas kasihan, dan menghasilkan damai sejahtera (Yak 3:17-18). Ayat ini oleh Yakobus seberat nilai emas. Biasakanlah diri dengan ayat-ayat ini dan taatinya selalu.

Tiada ruang untuk keangkuhan atau perbalahan di kalangan orang percayawan (1Kor 11:16). Keangkuhan bukanlah daripada Bapa, tetapi daripada dunia (1Yoh 2:16). Keangkuhan itu dosa si iblis (1Tim 3:6). Hai pembaca, rendahkanlah dirimu di bawah tangan Allah yang kuat, supaya dia akan meninggikanmu pada waktu yang sesuai (1Pet 5:6). Jika ada apapun perselisihan, perang dingin, pertengkaran, atau persengketaan di mana ia melibatkan dirimu dengan apapun cara, tamatkannya dengan segera, supaya janganlah ia merosakkan sembahyangmu di mata Tuhan (Mat 5:21-26).