13:11
Kekayaan yang diperdapat dengan kesia-siaan akan berkurang: tetapi dia yang mengumpul dengan jerih payah akan bertambah kaya.
“Tetapi ia berkesan,” jawab orang bebal kepada orang berhikmah yang menyoal urus niaganya. “Lihatlah cek ini! Orang tidak akan hantar wang kepadamu tanpa apa-apa sebab. Bacalah kesaksian-kesaksiannya. Orang lain sedang menjadi kaya dengan melakukan apa yang sama. Hentilah menghambat aku daripada kemajuan. Kau sendiri pergilah untuk bekerja di bawah orang lain. Aku akan mencari-cari impianku dan menjadi berdikari dalam hal kewangan.”
Ha! Pengkhutbah Solomo, orang kaya yang paling berjaya dan yang paling kaya di antara semua di bumi ini, yang diilhamkan Allah untuk melihat menembusi penyesatan, perdayaan, penipuan dan skim cepat kaya, ketawa terbahak-bahak. Dia tahu bahawa orang bebal ini akan merosot, dan dia tahu bahawa orang berhikmah, yang tetap pergi bekerja setiap hari dalam pekerjaan biasanya, akan maju. Dia ketawakan kejahilan kewangan yang ada pada orang bebal. Ha!
Kesia-siaan itu ialah pendekatan yang sia-sia, bebal, dan yang tidak menguntungkan, atau yang salah terhadap sesuatu (Maz 39:5,11; 62:9; Peng 2:11,26; 3:19; 4:7-8; 6:2; 7:6; Yes 41:29; Yer 16:19; 51:18). Kekayaan yang diperdapat dengan kesia-siaan ialah hasil yang sementara daripada amalan-amalan niaga atau pelaburan yang sia-sia, bebal, tidak menguntungkan atau yang salah. Ilusi kejayaan itu tidak benar – ia suatu dusta yang menyesatkan. Ada sesiapa yang nak merosot tak?
Adakah keberhasilan itu mengagumkanmu? Orang bebal di dalam amsal ini kaya. Cara niaga dan pelaburannya yang sia-sia itu berjaya. Dia ada hasil. Atau adakah dia betul-betul berhasil? Dia akan hilang apa yang dia ada, dan akhirnya akan bertempat lebih rendah di belakang orang yang bekerja keras dalam pekerjaan yang benar. Hasil itu cukup memperdayakan. Adakah kamu cukup berhikmah untuk mengenal bahawa hasil itu tidak membuktikan apa-apa pun?
Adakah kamu dikagumi keberhasilan? Ada beribu-ribu kesaksian bagi setiap skim cepat kaya. Ya, beribu-ribu! Ya, bagi setiap skim cepat kaya! Kamu tak pernah membaca kenyataan kesaksian? Langsung tak pernah? Bagus! Ia merupakan campuran khayalan, sukatan yang tidak tepat, kesan plasebo, fakta-fakta yang tidak tersahkan, menghubungkan peristiwa-peristiwa yang tidak berkenaan, psikologi tekanan orang ramai, dan adalah dusta. Ia memang kesia-siaan!
Siapakah yang akan membaca kesaksian tentang bekerja keras setiap hari dalam kerja biasa? Mungkinkah ia memuaskan gatal-gatal telinga si bebal dan si lamban? Siapakah yang akan membaca kesaksian tentang menyangkal diri sendiri untuk menambahkan simpanan wang? Raja Solomo akan berbuat sedemikian! Terima kasih Tuhan. Jika kamu tidak percaya akan kesaksian Solomo di sini, ada tanah di tepi paya buruk untuk dibeli.
Adakah kamu dikagumi keberhasilan? Pada peringkat awal, skim Ponzi, penipuan skim piramid, dan program MLM menghasilkan keuntungan dan kekayaan yang sementara. Tetapi kejayaan itu tidak tahan lama, dan kejayaan itu tidak akan mencapai melebihi segelintir daripada peserta itu. Siapakah yang ingin, “masuk berniaga bagi diri sendiri” dalam perniagaan yang 2% daripada semua “pengedar” niaga itu mendapat semua keuntungan? Ada sesiapa yang nak merosot tak?
Kebanyakan orang di Holland membuat spekulasi akan bunga tulip pada 1630an; banyak yang telah jadi kaya. Tetapi dasarnya runtuh sehingga kebanyakan orang bebal diremukkan secara ekonomik pada 1637. Kebanyakan orang di England berdagang dengan saham Syarikat South-Sea dan menjadi kaya, tetapi perdagangan itu hanya berdasarkan harapan. Keruntuhan syarikat itu yang sepenuh-penuhnya berlaku pada tahun 1720. Pada 1920an, “Roaring Twenties”, menjadikan bursa saham Amerika Syarikat naik ke ketinggian yang cukup tidak masuk akal sebelum ia jatuh terjunam, dan menjadikan seluruh negara murung untuk beberapa tahun. Dan selepas mengangkat-angkat saham dotcom pada tahun 2000, walaupun tiada yang dapat keuntungan, seluruh bursa saham jatuh terjunam 70% pada bulan-bulan yang seterusnya. Orang-orang bebal itu disebat kuat-kuat!
Fenomena bagi kejayaan sementara dalam percubaan perniagaan yang bebal dan menipu dipanggil sebagai kemakmuran orang bebal (Ams 1:32). Ia memikat lebih banyak orang bebal untuk dihukum. Perhatikan dalam amsal ini bahawa kekayaan itu memang didapati. Tetapi kekayaan itu tidak berterusan, kerana ia diperdapatkan dengan cara yang bebal dan yang salah, dan ia akan dikurangkan tidak lama lagi. Baik Allah mahupun hukum ekonomi & kewangan tidak akan membiarkannya berterusan. Ada sesiapa yang nak merosot tak?
Keberhasilan yang sebegitu sia-sia dikurangkan dengan beberapa cara. Ia diperdapat dengan cepat tanpa apapun usaha, jadi ia akan dihilangkan dengan cara yang sama. Banyak yang sebut, “Mudah ke mari, mudah kehilangan.” Keberhasilan sedemikian menjelmakan suatu perasaan palsu akan kejayaan, yang memimpin kepada lebih banyak keputusan yang bebal. Kemakmuran yang semata-mata itu juga memimpin kepada keborosan untuk menunjuk-nunjuk kaya. Dan Tuhan sendiri akan menentang semua usaha mereka, kerana Dia tidak akan membiarkan orang bebal berjaya lama-lama kerana telah melanggar ordinan-ordinanNya.
Manusia mudah tergoda oleh apapun gagasan yang membenarkan mereka kurang kerja tetapi menjana lebih untung. Sikap yang menyesatkan dalam hati yang jahat adalah untuk mengharapan sesuatu daripada kekosongan, terutamanya di dalam generasi ini yang dimanjakan dan yang malas. Manusia suka dusta; mereka benci kebenaran. Oleh sebab godaan ini, amsal ini memberi amaran kepadamu supaya menentangnya. Jika kamu ingin maju secara kewangan, maka, pergilah kerja sekarang juga!
Kerja keras yang dilakukan dengan cekal hati untuk jangka masa yang panjang bersertakan simpanan dan pelaburan akan akhirnya menghasilkan pertambahan. Dan Allah akan melipatgandakan usahamu. Inilah hikmah kewangan. Adakah kamu dapat menguasai hatimu yang bebal dan yang memperdayakan itu dan percayalah akan ini? Sikap dagingmu yang cabul itu yang ingin untuk kurang kerja dan menjana lebih. Pilihlah hikmah! Ada sesiapa yang nak maju tak? Bacalah ulasan Amsal 12:11.
Kerja keras dan disiplin untuk kejayaan kewangan akan terus berkesan sampai masa depan, kerana ciri-ciri akhlak yang dipakai untuk beroleh maju itu akan memimpin kepada lebih kemajuan. Dan dengan memiliki modal untuk pelaburan pula, pekerja keras itu sekarang dapat membeli aset-aset yang menjanakan untung untuk melipatgandakan akhlaknya dan usahanya untuk mendapat lebih banyak pulangan. Bacalah ulasan Amsal 14:4.
Perintah-perintah Tuhan Yesus, yang mengajar kamu bagaimana menjalani hidup dan menyenangkan Allah, juga merangkumi cara kamu bekerja (1Tes 4:1-12). Sediakan segala perkara secara jujur kepada pandangan semua orang dengan menolak kesia-siaan kewangan dan menjadi pekerja yang setia dan yang tekun (Rom 12:17; Efe 4:28). Kedua-dua Allah dan manusia akan menghormati akhlakmu dan mengganjari usaha-usahamu.