Amsal · Proverbs

13:9
Cahaya orang benar bersukacita: tetapi pelita orang durjana akan dipadamkan

Masa depan keluargamu bergantung kepada akhlak dan perangaimu. Jika kamu hidup dengan kewajaran, Allah akan memberkati keluargamu. Jika kamu hidup dengan kedurjanaan, Allah akan menghakimi keluargamu. Di sinilah suatu janji ilahi dan amaran tentang salasilah keluargamu. Adakah kamu faham kepentingannya?

Salomo kerap kali mengulangi janji dan amaran ini tentang akhlak dan perangai yang memberi kesan kepadamu dan kemakmuranmu (Ams 2:21-22; 3:33; 11:21; 12:7; 14:11; 15:25; 20:7; 21:12). Kamu boleh memberi kesan yang cukup hebat kepada keturunanmu dengan memilih untuk mengasihi Allah dan firmanNya.

Di manakah maksud keluarga atau keturunan masa depan dalam amsal ini? Ingat, amsal ialah kata-kata pujangga orang berhikmah (Ams 1:6; Maz 78:2). Ia tugasmu untuk mencari, mentafsir, dan memakainya. Amsal ini memang merujuk kepada salasilah keluarga dan keturunanmu.

Dua perkataan yang penting yang harus kamu faham ialah “cahaya” dan “pelita”. Sementara para pengulas/pengkomentar secara am menyatakan kedua-dua ini merupakan kiasan untuk kegembiraan dan kemakmuran, bagaimanakah mungkin kegembiraan dan kemakmuran bersukacita? Ada tafsiran yang lebih baik, dan ia ditemui dengan membandingkan firman Allah dengan firman Allah, seperti yang diarahkan oleh rasul Paulus (1Kor 2:13).

Dalam Alkitab seseorang punya keluarga dipanggil sebagai cahayanya atau pelitanya. Allah memberkati Daud oleh ayat-ayat ini: “Dan kepada anaknya akan kuberi satu suku kaum, supaya Daud hambaku boleh ada satu cahaya selalu di hadapanku di Yerusalem, iaitu kota yang telah kupilih untuk menaruh namaku di sana” (1Raj 11:36). “Walau bagaimanapun demi Daud, TUHAN Allahnya telah memberi dia suatu pelita di Yerusalem, untuk menegakkan anak lelakinya yang berikutan dia, dan untuk memantapkan Yerusalem:” (1Raj 15:4). “Namun TUHAN tidak ingin membinasakan Yehuda demi Daud, hambanya, seperti yang telah dia berjanji kepada Daud untuk selalu memberi dia satu cahaya, dan kepada keturunannya” (2Raj 8:19).

Sekali lagi tentang Daud, Allah berfirman, “Di sana akan aku menjadikan tanduk Daud bertunas: aku telah mentahbiskan suatu pelita bagi orang urapanku” (Maz 132:17). Dan sekali lagi, “Walau bagaimanapun, TUHAN tidak mahu membinasakan isi rumah Daud, kerana waad yang telah dia buat dengan Daud, dan seperti yang telah dia berjanji untuk memberi suatu cahaya kepadanya dan kepada anak-anak lelakinya untuk selamanya” (2Taw 21:7).

Adakah doktrin ini benar? Sememangnya benar! “Sebab TUHAN mengasihi penghakiman, dan tidak meninggalkan umat kudusnya; mereka dikekalkan selamanya: tetapi benih orang durjana akan dipotong keluar” (Maz 37:28). “Aku, TUHAN Allahmu, ialah Allah yang cemburu yang membalas kedurjanaan bapa-bapa leluhur ke atas anak-anak sampai ke generasi yang ketiga dan yang keempat bagi orang yang membenci aku; Dan menunjukkan belas kasihan kepada beribu-ribu orang yang mengasihiku dan yang memegang perintah-perintahku” (Kel 20:5-6).

Allah memberkati keluarga orang benar. “Diberkatilah orang yang takut akan TUHAN, yang sungguh-sungguh bersuka dalam perintahnya. Benihnya akan menjadi kuat di bumi: generasi daripada orang jujur akan diberkati” (Maz 112:1-2). Tempat-tempat yang lain dalam Alkitab juga mengajar kebenaran yang sama ini (Bil 25:10-13; Maz 25:12-14; 34:11-22; 37:1-40; 102:28; Yes 58:8-12; Yer 32:29; 35:18-19).

Allah menghakimi keluarga-keluarga orang durjana. “Tanganmu akan memperlihatkan semua musuhmu: tangan kananmu akan memperlihatkan semua orang yang membencimu. Buah mereka akan engkau hapuskan dari bumi, dan benih mereka dari antara anak-anak manusia” (Maz 21:8-13). Lihatlah tempat-tempat yang lain dalam Alkitab (1Sam 2:27-36; 1Raj 16:1-7; 21:20-26; Ayb 18:16-21; 27:13-15; Maz 109:6-20; Yes 14:18-23).

Adakah Allah menghakimi anak kerana dosa-dosa ibubapa, sementara dia membenci peribasa Israel, “Bapa-bapa leluhur telah memakan buah anggur yang masam, dan gigi anak-anak yang berasa ngilu” (Yeh 18:1-3)? Dia membenci peribahasa mereka, kerana setiap generasi ada peluang untuk mematahkan lanjutan kitaran kutuk daripada ibubapa mereka. Orang yang durjana boleh mematahkan lanjutan kitaran penghakiman daripada ibubapanya yang durjana (Yeh 18:4-32).

Hai pembaca! Jika kamu tidak cukup takut kepada Allah supaya menjalani hidup yang benar bagi dirimu sendiri, bolehkah kamu berbuat itu pula demi anak-anakmu dan cucu-cucumu? Mengapa menabung bagi harta pusaka, bersusah payah untuk menghantar mereka ke sekolah, berusaha supaya mereka berkahwinmendapat keluarga yang baik, dan membantu mereka dimantapkan di dalam sesuatu perniagaan? Kamu dapat mengurniakan berkat-berkat kekal ke atas mereka dengan menjalani kehidupan yang benar, dan inilah satu-satunya jalan supaya boleh sendiri berbahagia (Ams 3:13,18; 16:20; 28:14; 29:18). Allah yang berbahagia di syurga telah menawarkanmu suatu peluang yang besar pada hari ini.