Amsal · Proverbs

16:1
Persiapan dalam hati manusia, dan jawapan lidah, adalah daripada TUHAN.

Manusia berfikir dan bercakap dengan bebas; mereka tidak dipaksa. Tetapi Allah memerintah fikiran dan kata-kata mereka bagi kemuliaanNya dan tujuanNya. Manusia mencadangkan; Allah menentukan. Tidak seorang pun yang dapat bercakap dengan berhikmah tanpa rahmat Allah. Tiada fikiran dan ucapan jahat yang mengejutkan Allah atau yang menghalang Allah.

Manusia berfikir dan bercakap dengan bebas, tanpa dipaksa. Sesetengah orang dengan bebal memanggil ini kehendak bebas, sementara lupa bahawa mereka memikir dan bercakap menurut hati yang rosak mereka, yang adalah tercemar, jahil, penuh perdayaan melebihi segala sesuatu, dan sungguh durjana (Rom 3:10-18; 1Kor 2:14; Yer 17:9; Maz 10:4). Fikiran dan kata-kata manusia ialah perhambaan kepada dosa dan iblis (Efe 2:1-3).

Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah Yang Maha Mulia dan Yang Maha Berdaulat ini. Namanya yang istimewa dan yang dahsyat ialah Jehovah, yang bermaksud AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH (Kel 3:14; 6:3). Taruh kepercayanmu kepadaNya, berseru kepadaNya, taatilah Dia, dan bersyukur kepada Dia bagi apa pun persiapan dalam hatimu terhadapNya. Jika Dia telah menginsafkanmu untuk mencariNya dan melayaniNya, maka kasih sayangNya sedang menarikmu kepadaNya.

Tidak seorang pun yang pernah membuat keputusan di dalam hatinya atau menuturkan sebarang perkataan dengan bibirnya tanpa arahan dan aturan oleh Yang Maha Tinggi. Manusia memikir dan bercakap dengan bebas, sebab dia tidak merasakan apa pun tekanan kecuali keinginan dan dorongan sendiri, tetapi Allah mengawal setiap bahagian proses itu dan memakai kedua-dua fikiran dan perkataan untuk mencapai tujuan-tujuanNya sendiri. Jika ada apa pun kejahatan yang tidak akan memujiNya, Dia menahan itu; Dia menggunakan segalanya yang lain untuk mencapai pujianNya sendiri, tidak kira apa pun yang difikirkan orang itu (Maz 76:10; Yes 10:5-15).

TUHAN tidak menaruh kejahatan ke dalam hati manusia, sebab sudah ada cukup banyak di sana. Alkitab sangat terus-terang bahawa Allah tidak menggoda sesiapa pun dengan menaruh kejahatan ke dalam hatinya (Yak 1:13-16). Tetapi Alkitab juga sama berterus-terang bahawa Allah memakai kejahatan yang ada di sana bagi rancanganNya sendiri. Sebenarnya, jika Dia tidak menahan hati jahat manusia, maka dunia ini akan menjadi lebih teruk.

Sudah tentulah, doktrin yang gemilang tentang kedaulatan kerajaan Allah di dunia tidak lagi diajar, walaupun ini mantap dalam pemahaman generasi-generasi yang dahulu. Kebanyakan orang telah menolak Allah Pencipta, dan orang yang fikir adanya Allah tidak mahu Dia memerintah dalam tindak-tanduk mereka dan menentukan arah tujuan mereka di kehidupan dan di kekekalan. Mereka mesti mahu kehendak bebas dan penentuan bebas bagi destinasi akhirat mereka. Kalau tidak, mereka akan menolak doktrin tersebut dan menolak Allah doktrin itu.

Pertimbangkan hati. Manusia memikir bahawa itulah hak milik mereka yang Allah tidak dapat sentuh, tetapi Alkitab mengisytiharkan sebaliknya. Salomo, yang sendiri seorang raja, menulis, “Hati raja berada di dalam tangan TUHAN seperti aliran air sungai: dia mengalirkannya ke mana jua yang dikehendakinya” (Ams 21:1). Lihatlah ulasan dalam 21:1. Allah mengeraskan hati Firaun dan hati raja-raja yang lain untuk melakukan perbuatan bodoh sampai membinasakan diri mereka sendiri bagi kemuliaan Allah dan pujianNya ke atas mereka (Kel 9:16; Rom 9:17).

Allah memerintah atas hati jahat saudara-saudara Yusuf (Kej 45:8; 50:20), Firaun (Kel 4:21; 14:4), Sihon (Ula 2:30), orang Kanaan (Yos 11:19-20), anak-anak lelaki Eli (1Sam 2:25), Hadad (1Raj 11:14), Rehabeam (1Raj 12:15), nabi-nabi Ahab (1Raj 22:22), raja-raja Asyur (1Taw 5:26), orang Filistin dan orang Arab (2Taw 21:16), Amazia (2Taw 25:20), Israel (Yes 63:17), para pengikut Manusia Berdosa itu (2Tes 2:11-12) dan raja-raja di Eropah (Wah 17:17).

Allah boleh dan dapat menghakimi manusia untuk fikiran-fikiran jahat dan perbuatan-perbuatan yang Dia pakai bagi kemuliaanNya sendiri, seperti orang Asyur (Yes 10:5-15) dan orang Yahudi yang menyalibkan AnakNya Yesus (Kis 2:23; 4:28; Mat 22:1-7). Mereka telah memilih perbuatan-perbuatan berdosa mereka dengan rela, jadi, Allah adil untuk menghakimi mereka, walaupun Dia selalu memakai murka manusia bagi pujianNya sendiri (Rom 9:18-20; Maz 76:10).

Dia boleh menahan hati sesiapa pun daripada melakukan kejahatan, apabila Dia pilih untuk berbuat demikian. Dia telah menahan Raja Abimelekh daripada keinginannya menjamah Sara, yang telah diambil Abimelekh daripada Abraham untuk dijadikan isterinya (Kej 20:6). Dan dia dengan demikian juga menahan orang Kanaan daripada mengingini tanah Israel, ketika semua orang naik ke sana tiga kali setahun untuk pesta-pesta mereka (Kel 34:24). Mengapakah Dia tidak menahan segala dosa sedemikian? Kerana Dia sedang memakai murka manusia bagi pujianNya sendiri (Maz 76:10)!

Allah telah mempersiapkan kebaikan dalam hati orang Israel (1Taw 29:18), Cyrus (Ezr 1:1), Darius (Ezr 6:22; 7:27), Nehemia (Neh 2:12; 7:5), pemazmur (Maz 119:36), Zerubabel dan sisa bangsa Yahudi (Hag 1:14), Lidia (Kis 16:14), Titus (2Kor 8:16), dan orang pilihan (Yoh 6:45; Ibr 8:10; 10:16). Jika kamu sanggup melayaniNya sedikit pun, Dia yang telah mempersiapkan itu juga (1Kor 12:3)!

Pertimbangkan lidah. Manusia memikir bibir dan lidah mereka kepunyaan mereka sendiri, tetapi itu bukan apa yang telah diisytiharkan Tuhan (Maz 12:4). Keldai Bileam pun memberi jawapan daripada TUHAN (Bil 22:28-30; 2Pet 2:16). Bileam sendiri cuba mengutuk, tetapi Tuhan telah mengeluarkan kata-kata berkat daripada mulutnya (Bil 23:11-12). Simei memang mengutuk, tetapi itu pun daripada Tuhan (2Sam 16:10).

Ketika Kayafas fikir dia sedang berkomplot, dia sebaliknya sedang bernubuat (Yoh 11:49-51). Dan Petrus punya jawapan datangnya langsung daripada syurga (Mat 16:17). Para rasul Tuhan dapat berbicara dengan gemilang tanpa apa pun persiapan (Luk 21:12-15; Kis 6:10), dan mereka memang berbicara oleh kuasa Allah dalam pelbagai bahasa yang tidak pernah dipelajari mereka (Kis 1:8; 2:1-13).

Tiada kejahatan yang akan menakutkan atau membingungkanmu, sebab segala itu adalah di bawah kawalan pengawasan TUHAN. Dan setiap fikiran yang baik dan mulia yang kamu ada terhadap syurga, kamu harus beri syukur, sebab Allah telah mempersiapkan hatimu untuk menghala kepadaNya (1Taw 29:9,14,18). Berlari maju dengan berkat sedemikian. Dia tidak berhutang kepadamu untuk memberimu satu lagi fikiran keinsafan. Apa pun fikiran yang baik atau pengakuan ialah bukti kasihNya terhadapmu, sebab dia yang telah menarikmu untuk berbuat demikian (Hos 11:1-4).

Tidak seorang pun pernah memanggil nama Yesus Kristus untuk keselamatan tanpa Allah pertama-tama mencipta semula hatinya dengan penjanaan semula. Sebab tanpa kuasa kebangkitan rahmatNya yang menghidupkan, kamu akan masih membenci Yesus Kristus dengan nafas terakhirmu (Maz 14:1-3; Yes 26:10; Luk 16:27-31; Yoh 1:12-13; 3:3,8; 5:24-20; 6:44-45,65; 8:43,47; 10:26-29; Rom 3:9-18; 1Kor 2:14; Efe 2:1-3; Flp 2:13; 1Yoh 4:15; 5:1). Gagasan keselamatan berasaskan kehendak bebas adalah tidak masuk akal dan kufur, sebab ia membesar-besarkan tanah liat mengatasi Tukang Periuk (Rom 9:15-24). Ia kehendak Allah yang merupakan penentu, pengasas, pengerak, dan penyebab kebaikan (Efe 1:5,11).

Akankah kamu dengan sikap kekukangan menantikan Dia untuk bekerja di dalam dirimu? Biar Allah melarangkannya! Demikianlah alasan durjana orang Fatalis. Bagaimanakah kamu tahu bahawa Dia belum lagi melaksanakan pekerjaanNya? Kamu harus mengerjakan apa yang sudah dikerjakanNya di dalam dirimu (Flp 2:12). Kamu harus menjaga hatimu seteguh semungkin dan berusaha setekun semungkin (Yud 1:21; 2Tim 2:1-4). Tetapi hikmah suci, yang diajar oleh amsal ini, memberi segala wibawa dan pujian kepada rahmat Allah (1Kor 15:10).

Dapatkah kamu mengubahkan hati orang lain? Tidak! Dapatkah kamu membantu mereka mengakui iman yang menyenangkan Allah? Tidak mungkin! Hanya Allah yang dapat mengubahkan hati dan menimbulkan pengakuan yang ikhlas daripada mereka. Abraham tahu bahawa kebangkitan Lazarus daripada maut tidak mungkin membantu saudara-saudara orang kaya itu (Luk 16:27-31). Yesus tahu bahawa hanya kerja pendahuluan Allah yang dapat menyebabkan seseorang untuk percaya kepadaNya (Yoh 3:3-8; 6:44; 8:43-45; 10:26-28). Paulus tahu bahawa khutbahnya tidak pernah mempersiapkan sesiapa pun – ia hanya dapat menyatakan apa yang sudah sedia ada (1Kor 1:18,22-24; 2:14-15; 2Kor 2:14-17; 4:1-7).

Tunduklah kepada Allah Yang Maha Mulia pada hari ini. Biar Dia menjadi ketakutanmu dan kegentaranmu (Yes 8:13-15). Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan. Percayalah kepadaNya sepenuh-penuhnya. Taatilah Dia tanpa bersyarat. Beri syukur yang abadi bagi apa pun pengetahuan atau keinginan yang kamu ada terhadap Dia atau terhadap syurga. Dia yang telah memberi itu kepadamu, dan Dia dapat mengambil itu balik atau menambahkan lebih lagi. Berdoa kepadaNya untuk melakukan persiapan-persiapan lanjut dalam hatimu kepadaNya, seperti juga yang didoakan Daud (Maz 51:10; 86:11; 119:32,36,80; 141:4).