16:32
Dia yang lambat marah lebih baik daripada orang gagah; dan dia yang menguasai rohnya lebih baik daripada dia yang menakluki kota.
Di sinilah pelajaran bagi hal kehebatan peribadi. Berapa kuatnya dirimu? Apakah yang telah kamu capai? Ujian akhlak yang paling baik adalah untuk mengawal emosimu, terutamanya kemarahan. Pencapaianpaling besar yang dapat dimilikimu adalah untuk mengehadkan keghairahanmu kepada apa yang baik sahaja.
Setiap lelaki sejati mahu menjadi orang yang gagah perkasa. Setiap perempuan sejati mahu menjadi perempuan mulia yang layak untuk lelaki sedemikian. Alkitab mencatatkan banyak perbuatan-perbuatan handal oleh lelaki yang gagah perkasa dan perempuan yang mulia. Tetapi amsal ini mengajar suatu lagi sukatan yang lebih hebat bagi kemuliaan individu – kemampuan untuk menyangkal kemarahan dan untuk menguasai rohmu. Orang yang dapat menahan menjadi marah atau menahan kehilangan kawalan rohnya adalah lebih mulia daripada lelaki yang ada pencapaian tentera yang hebat.
Pertimbangkan sesetengah lelaki yang gagah perkasa. Gideon telah mengalahkan angkatan besar tentera orang Midian dengan hanya memakai 300 orang, dan Yefta membinasakan 20 kota orang Amon dengan memakai angkatan yang kecil. Simson membunuh 1000 orang Filistin dengan memakai tulang rahang keldai, dan Samgar membunuh 600 lagi dengan memakai angkusa lembu. Yoab menakluki kubu Yebus, yang menjadi Yerusalem. Adino membunuh 800 orang pada suatu kali dengan tombaknya, dan Abisai berbuat sama dengan 300 orang. Kaleb merayu untuk gunung di Kanaan iaitu tempat yang didiami gergasi yang menakutkan, lalu Kaleb membinasakan mereka dan mengambil alih kota-kota mereka.
Tetapi kamu boleh menjadi lebih handal daripada orang-orang tersebut! Kamu berbuat demikian dengan berhati-hati dan lambat untuk marah dan dengan kawalan dan penguasaan rohmu. Itu memerlukan lebih ketabahan, lebih disiplin, lebih kekuatan, dan lebih hikmah untuk menahan emosi ghairah seperti kemarahan daripada apa yang diperlukan untuk menakluki kota.
Dapatkah kamu mengawal perasaan kemarahan ganas dan kekal rohmu tenang dan berhikmah? Akankah kamu berbuat demikian? Inilah caranya orang yang dilahirkan bebal dapat menjadi berhikmah dan mulia (Ams 14:29; Pkh 7:9; Yak 1:19-20). Jika kamu menangguhkan kemarahan dan melangkaui kesilapan dan penyinggungan orang lain terhadap dirimu, maka kamu sungguh mulia (Ams 19:11).
Tetapi rohmu berseru kuat untuk membalas dengan keras! Ia benci dikongkong. Ia harus melepaskan diri, dengan penuh keberangan, sekarang juga! Kata-kata keras membakar di lidahmu dan harus diucapkan. Kamu memberitahu orang lain bahawa kamu tidak dapat membantu dirimu sendiri. Kamu mungkin menuduh Allah kerana memberimu roh yang terlalu kuat untuk dikuasai.
Dunia ini berbohong bahawa kemarahan ialah ciri orang yang gagah perkasa, hak untuk orang yang merdeka, dan alat untuk para pemimpin yang kuat. Mereka menyatakan amarah yang dilepaskan membawa kelegaan, tetapi itu hanya bagi jiwa yang rosak. Jika hati nurani kekal, kamu tidak lama kemudian didukakan bagi keganasan yang terlanjur dari mulutmu.
Daripada menguasai roh mereka, kebanyakan orang sebaliknya dikuasi roh mereka. Daripada menakluki kemarahan, mereka sebaliknya menjadi tawanan kepada keghairan-keghairahan mereka. Daripada memikir sebelum berucap, mereka sebaliknya berucap tanpa berfikir dan memakai perasaan mereka sahaja. Dan itu sungguh berbahaya dan lancang.
Pertempuran yang dihadapimu melampaui apa pun ekspedisi tentera. Sebuah kota dapat ditakluki dengan hanya pengepungan sekali, tetapi kamu akan melawan keghairahan kemarahan untuk sepanjang hayatmu. Pertempuran diperjuangkan dengan usaha banyak orang, tetapi kamu harus berjuang sendiri. Kewaspadaan, usaha, dan kesabaran yang diperlukan untuk menguasai kemarahan menyebabkan kebanyakan orang tertewas dalam pertempuran lalu menjadi hamba kepada kebebalan mereka sendiri.
Dunia dipenuhi dengan ilustrasi orang yang tidak dapat menguasai roh mereka. Kamu memilikinya di keluargamu sendiri. Kamu besar kemungkinan ada beberapa juga di dalam pengalaman peribadimu. Aleksander Agung telah menakluk dunia yang dapat dikenali pada zamannya, tetapi dia tidak dapat menakluk binatang buas di dalam dirinya yang merosakkan dirinya di rumah dan di kalangan kawan-kawannya. Peter Agung pernah dilaporkan untuk berkata, “Aku dapat mengawal rakyatku, tetapi bagaimana mungkin aku mengawal diriku sendiri?” Jika kamu dapat mengalahkan raksasa ini, maka kamu akan memiliki kemenangan atas suatu musuh yang telah menewaskan banyak orang penakluk kota. Kamu akan menjadi lelaki yang gagah perkasa!
Kemarahan menandakan orang yang pengalah. Terjamin! Kemarahan membutakan dirimu untuk salah tanggap situasi, menyebabkan dirimu untuk berkata dan berbuat hal-hal yang bodoh, tidak mencapai apa pun yang baik, dan menghalau keluargamu dan kawan-kawanmu jauh-jauh (Ams 14:17; 15:18; 21:24; 22:24-25; 29:22). Jika kamu menjadi marah dan tidak menguasai rohmu, maka kamu tidak dapat disamakan dengan seorang pewira tentera; kamu sebaliknya harus disamakan dengan sebuah kota yang temboknya sudah roboh dan rentan kepada segala jenis kecelakaan (Ams 25:28; Yak 3:14-16).
Bukan semua kemarahan ialah dosa. Jangan biar orang Kristian yang salah dipimpin memberitahumu sebaliknya. Yesus mengutuk kemarahan yang tidak berasas (Mat 5:22), dan Paulus berkata untuk menjadi marah tetapi jangan berdosa (Efe 4:26). Kemarahan adalah baik, ketika ia diarahkan terhadap dosa bagi kemuliaan Allah. Tetapi kemarahan pada waktu sesak jalan, atau bagi susu yang tertumpah, atau bagi kata-kata kasar yang disebut terhadap dirimu, atau kerana kamu dipandang hina, atau kerana ingin membalas dendam, atau kerana apa yang dihajatkan tidak tercapai, semuanya salah!
Ada lebih jenis keghairahan daripada hanya kemarahan, dan kamu juga harus menguasainya. Mudah ada angin ialah tanda anak yang tidak matang, dan bukan lelaki yang gagah perkasa. Orang demikian memerlukan pukulan, dan bukan penghiburan. Merungut ialah aduan dari hati yang durjana yang sedang menggerakkan lidah yang keiblisan, yang tidak harus jadi. Ucapan yang mengkritik atau yang kasar ialah racun yang melimpah dari ahti yang mementingkan diri sendiri. Orang hebat ada hati yang suci yang menghasilkan ucapan yang berbudi baik (Ams 22:11; Kol 4:6).
Ada lagi jenis keghairahan yang harus dikuasai. Ketakutan sungguh melemahkan, tetapi itu tidak harus ada ruang di dalam kehidupanmu, sebab Allah tidak memberimu roh yang demikian (2Tim 1:7), dan takut akan orang lain akan memerangkap dirimu untuk membuat pilihan-pilihan yang bebal dan yang berdosa (Ams 29:25). Kedambaan, keinginan untuk apa yang orang lain ada atau apa yang kamu tidak ada, disamakan dengan sembahyang patung berhala (Efe 5:5). Kepuasan, iaitu kunci kepada kebahagiaan sejati dan untung yang besar sukatannya, ialah pilihan yang terserah kepadamu (1Tim 6:6; Ibr 13:5-6).
Apakah yang dapat dilakukanmu untuk menjadi hebat di pandangan Allah dan manusia? Perlahankan diri! Jangan sesekali menyatakan atau berbuat apa pun dengan serta-merta menurut gerak hati. Dengar sebelum berucap. Pilihlah untuk belajar setiap perkara sebelum memberi pendapatmu. Tunggu sebelum bertindak, ketika kamu mendengar atau mengalami apa pun peristiwa yang negatif. Kurangkan setengah kata-katamu. Selalu berbudi baik di dalam ucapanmu, terutamanya dengan keluargamu. Biarlah kata-kata amsal ini mendorongmu untuk menjadi lelaki yang gagah perkasa.
Tetapi kamu tidak dapat mencapai kemenangan ini tanpa bantuan, dan bantuan itu ada di dalam Tuhan, firmanNya, dan orang-orang kudusNya. Paulus belajar bahawa segalanya dapat dilakukan melalui Kristus, Yang menguatkan dirinya (Flp 4:13). Roh Kudus, yang diizin menghasil buah melalui kehidupan yang kudus dan yang suka menunduk, boleh memenuhimu dengan kasih, sukacita, damai sejahtera, panjang sabar derita, dan sebagainya (Gal 5:22-23). Alkitab dapat memalingkan iwamu dengan menunjukkan kebebalan kemarahan dan kemuliaan damai sejahtera. Dan saudara saudari dalam Kristus, ketika melaksanakan tanggungjawab mereka, dapat menggalakkan dan memberi amaran kepadamu seperti yang diperlukan.
Lelaki yang gagah perkasa tampillah diri kalian! Perempuan yang mulia di bumi tampillah diri kalian! Kamu tidak perlu menunggu lama-lama untuk menghadapi musuhmu. Tuhan Sendiri akan mengaturkan keadaan untuk menguji penguasaan rohmu. Janganlah terkejut oleh apa-apa pun yang terjadi. Bertekad sekarang juga untuk menjadi lambat dan berhati-hati dalam responmu dan untuk menguasai keberangan yang tidak tertib itu di batinmu dan di lidahmu. Semoga rahmat Yesus Kristus memberimu kemenangan penuh!