Amsal · Proverbs

16:31
Kepala yang beruban ialah mahkota kemuliaan, jika ia didapati berada di jalan kewajaran.

Adakah hikmahmu menjadikan ubanmu suatu perlengkapan hiasan yang meloyakan atau yang memahkotakan? Jika kamu ada hikmah yang sepadan dengan ubanmu, maka kedua-duanya memperlengkapkan satu sama lain. Jika ubanmu melebihi hikmahmu, maka rambut putihmu ialah bukti yang nyata bahawa kamu seorang bebal. Jika hikmahmu melebihi ubanmu, maka rambut putihmu ialah mahkota kemuliaan, sebab ia mengisytiharkan kehidupan salih yang dihidupi dengan baik.

“Hormatilah orang-orang tuamu” ialah ungkapan yang biasa dipakai bagi suatu perintah penting Alkitab. Kamu harus menunjukkan kemuliaan yang istimewa kepada mereka yang sudah tua. Allah Yang Maha Besar telah menuliskannya sedemikian, “Kamu harus bangun berdiri di hadapan orang yang beruban, dan menghormati wajah orang tua, dan takut akan Allah: Akulah TUHAN” (Ima 19:32). Kamu harus menghormati mereka yang beruban.

Kepala yang beruban ialah rambut yang sudah kelabu atau putih, ketika umur sudah mengubahkan warna muda-mudi kepada kelabu atau putih (Yes 46:4). Beruban dalam Alkitab ialah apa pun yang berwarna putih atau yang kelabu (Ayb 38:29; 41:32). Dan rambut sedemikian yang ada pada orang tua dipertimbangkan sebagai sesuatu yang indah. “Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka: dan keindahan orang tua ialah kepala yang beruban” (Ams 20:29).

Kedua-dua orang tua dan perempuan tua haruslah dihormati. Itulah ordinan Allah. Suatu generasi yang tidak salih dan yang durjana, seperti generasi ini, membenci orang tua (Yes 3:5; Rat 5:12). Walaupun umur akan mengurangkan kemampuan seorang ibu, dia masih harus dihormati (Ams 23:22). Wasiat Baru pun memerintahkan supaya orang tua baik lelaki mahupun perempuan haruslah dihormati (1Tim 5:1-2).

Rambut kelabu atau putih pada orang tua haruslah menjadi lencana kehormatan – mahkota kemuliaan! Ia suatu perubahan yang telah ditentukan Allah berkenaan warna rambut untuk menandakan umur, kematangan, dan pengalaman. Umur seharusnya bermaksud lebih hikmah, lebih kekudusan, lebih kasih Kristus, dan lebih teladan yang salih. Tetapi ini bukan selalunya benar, jadi Salomo yang berhikmah telah mengehadkan amsal ini kepada orang yang ada nilai-nilai murni ini.

Elihu memberi jalan kepada Ayub dan tiga orang kawannya, sebab mereka lebih tua daripadanya. Tetapi mereka tidak berbicara dengan berhikmah, jadi dia kemudian menegur mereka dengan pendapatnya (Ayb 32:1-14). Dan dia membuat kesimpulan bahawa orang tua bukan selalunya berhikmah atau sihat dalam penghakiman. Kepala beruban mereka bukan sepadan dengan jalan kewajaran selepas 29 bab berhujah dengan bebal (Ayb 3-31).

Salomo membandingkan raja bebal yang tua dan yang kaya dengan seorang anak kecil yang miskin tetapi berhikmah (Pkh 4:13). Dan dia menyimpulkan bahawa anak kecil yang berhikmah lebih baik daripada orang tua yang bebal. Tetapi anaknya yang bebal adalah lebih buruk kerana menolak nasihat orang tua yang berhikmah (1Raj 12:6-16). Umur patut membawa pengalaman dan kemudian hikmah, tetapi orang tua yang bebal membuktikan diri mereka sebagai kekecualian.

Semua orang tua telah hidup dengan lanjut umur, tetapi mereka telah memakai masa mereka untuk tujuan-tujuan yang mulia. Mereka harus mengenal lebih kebenaran, memakai lebih hikmah, mengamalkan lebih kekudusan, dan berfikiran lebih rohani. Pada hakikatnya, mereka lebih mendekati syurga dan sudah ada lebih masa untuk menyempurnakan diri. Pertimbangkan bahawa sidang gereja hanya boleh menyokong balu yang telah menghidupi amsal ini (1Tim 5:3-16).

Bersukacitalah dalam kehormatan yang diberi kepada Yakob, Samuel, Elisa, dan Yoyada (Kej 47:1-12; 1Sam 25:1; 2Raj 13:14; 2Taw 24:15-16). Orang-orang ini hidup menurut jalan kewajaran.Mereka telah memakai kebanyakan tahun umur mereka untuk bertumbuh dalam hikmah dan kesalihan. Umur tua dan kepala beruban ialah lencana kehormatan bagi lelaki yang telah hidup dengan berhikmah untuk banyak tahun.

Orang tua haruslah menjadi guru (Ibr 5:12-14). Mereka harus menjadi teladan bagi sikap terkawal, keseriusan, penguasaan diri, iman, belas ihsan, dan kesabaran (Tit 2:1-2). Bilangan tahun jangka hayat yang banyak bukanlah suatu berkat, jika ia dipakai untuk berdosa, sebab orang yang sebegitu berada di bawah kutukan Allah (Yes 65:20). Tiada pemandangan yang lebih memedihkan daripada pemandangan orang tua yang menghampiri maut, dan kepapaan dalam nilai rohaninya bagi tahun-tahun yang telah dihidupinya.

Wahai orang tua, sudahkah kamu mengerjakan kemuliaan yang layak diterima bagi umurmu? Adakah kamu suatu teladan? Adakah kamu kemuliaan bagi anak-anakmu dan cucu-cucumu (Ams 17:6)? Adakah kamu suatu tiang di bait Allahmu (Maz 92:12-15)? Tiada masa yang lebih elok daripada sekarang untuk mengejar matlamat-matlamat ini. Kamu harus memakai tahun-tahunmu yang sisa untuk tekun mengejar dan mengamalkan hikmah.

Dapatkah kamu menamakan pasangan tua yang lebih mulia daripada Zakaria dan Elisabet (Luk 1:5-7)? Mereka kedua-duanya benar di hadapan Allah, dengan tidak tercela menjalani hidup dalam segala perintah dan ordinan Tuhan. Mereka memakai mahkota-mahkota perak iaitu rambut yang menyatakan kebijaksanaan tahun-tahun kehidupan mereka. Apakah yang telah Allah buat bagi mereka? Dia memberi kepada mereka Yohanes Pembaptis, iaitu lelaki yang paling hebat yang pernah dilahirkan perempuan.

Simeon merupakan orang tua, yang bercita-cita untuk melihat Kristus dan bukan untuk menjanakan untung wang berjuta-juta (Luk 2:25-35). Balu tua, Hana, telah menyerahkan dirinya kepada Tuhan dalam sembahyang yang kudus dan yang mendalam (Luk 2:36-38). Paulus, yang menghampiri maut, tidak menghitung aset-asetnya tetapi sebaliknya menyatakan kesetiaan kehidupannya (2Tim 4:6-8). Kepalanya yang sudah tua telah berada di jalan kewajaran (Flm 1:9).

Setiap ayah harus bersedia sekarang untuk menjadi ayah yang hebat dengan mendidik anak-anaknya di dalam takut akan Tuhan (Efe 6:4; Maz 71:18; 78:1-18; Yoe 1:2-3). Setiap anak dan cucu ialah peluang bagimu untuk membina salasilah keluargamu di dalam kerajaan Allah. Dan mereka akan memuliakan kepala berubanmu sebagai mahkota kemuliaan kerana pelaburanmu ke dalam jiwa-jiwa mereka, jika mereka merupakan cucu yang salih dan yang berakhlak mulia yang dihasilkan dengan didikan yang wajar (Ams 17:6).

Yesus Kristus pada penampilannya dalam bentuk dipermuliakan ada kepala yang berambut putih seperti bulu domba, dan seputih salji (Wah 1:14), Dia mengasihi kewajaran dan membenci kedurjanaan dengan tiada bandingannya – kehidupanNya sempurna (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). RambutNya memang suatu mahkota kemuliaan bagiNya. Dia merupakan Dia Yang Maha Berusia dan Bapa Yang Abadi, walaupun langsung tidak berusia (Wah 1:18).