17:16
Apa gunanya wang di dalam tangan si bebal untuk mendapatkan hikmah, sedangkan dia tidak ada hati untuknya?
Jangan bersandiwara dengan hikmah! Orang bebal tidak berguna bagi Allah walau betapa hebat lakonan mereka pun. Hikmah paling berharga, dan Allah tersinggung dengan orang yang berborak tentangnya tetapi tidak akan membayar untuknya. Dia akan mendedah dan menghukum pelagak-pelagak yang bersandiwara tentang hikmah.
Orang yang benar-benar cari hikmah membayar harganya. Mereka menamatkan aktiviti-aktiviti yang bebal untuk belajar kebenaran dan pengetahuan (Ams 18:1). Mereka akan melakukan apa yang diperlukan untuk mendapatkan hikmah (Ams 23:23). Mereka akan melaburkan tenaga dan masa untuknya, seperti sesuatu syarikat melombong yang mencari harta karun (Ams 2:1-5).
Apakah itu hikmah? Ia daya penghakiman yang salih. Ia pengetahuan akan respon yang wajar bagi apa pun situasi. Ia pengetahuan akan jalan penyelesaian kepada masalah atau pengetahuan akan mana mencari jalan penyelesaian itu. Ia merupakan pengetahuan dan pemahaman akan Allah Yang hidup dan Yang benar dan sesuatu pandangan dunia yang berdasarkan Alkitab.
Orang bebal berpura-pura menginginkan hikmah, sebab ia menjadikan mereka kelihatan baik. Mereka menghadiri gereja, memegang Alkitab, memberi beberapa keping wang, tanya beberapa soalan, memuji pengkhutbah, dan mungkin beli sebuah buku agama. Tetapi mereka tidak mempunyai hati untuk belajar apa yang benar, untuk mendapat pembetulan dan arahan yang diperlukan.
Orang bebal sungguh berpuas hati dengan dunia khayalan mereka. Mereka menaruh percaya kepada bayangan-bayangan sendiri dan kepada perbuatan sendiri. Mereka mengizin sahabat, sekolah, wayang, dan berita media massa untuk membentuk pendapat-pendapat mereka. Dapatkah kamu membuktikan bahawa kamu berbeza sedikitpun? Adakah kamu ada hati untuk hikmah?
Kebenaran dan hikmah bukanlah hak. Allah tidak menanggung hutang hikmah kepada sesiapapun, dan Dia hanya memberi hikmah kepada sesetengah orang. Dia tidak akan memberinya kepada orang bebal. Sebaliknya, Dia akan merampas hikmah daripada orang bebal iaitu betapa sedikit kebenaran yang mereka fikir mereka ada (Luk 8:18; 19:24). Yesus memanggil mereka anjing dan babi dan mewaspadakan pengikut-pengikutNya supaya jangan membazirkan apapun usaha atau masa dengan mereka (Mat 7:6). Sukar untuk percaya? Percayalah itu!
Alam semesta yang nyata membuktikan kewujudan Allah. Apabila manusia menolak kenyataan itu, Dia menyerahkan mereka kepada akal dan perbuatan yang tidak waras (Rom 1:18-32). Dia suka membuta dan mengelirukan manusia (Ayub 5:12-14). Bacalah sindiranNya akan ahli-ahli bijaksana dan akan para penyembah berhala orang Mesir (Yes 19:11-16; 44:9-20). Dia mungkin juga menyampaikan roh-roh dusta untuk memperdayakan manusia kerana kejahilan angkuh mereka itu (1Raj 22:15-23).
Orang bebal ingin memberitahu pendapat-pendapat sendiri (Ams 18:2). Mereka tidak suka belajar; mereka ingin mengajar. Mereka nak membuktikan bahawa berhujah berbelit-belit daripada kosong boleh menghasilkan sesuatu – idea-idea khayalan mereka sendiri! Suatu pengumpulan orang bebal yang paling besar terjadi di Atena (Athens) dengan kemajuan filsafat Yunani, di mana Paulus cuba mewaspadakan mereka tentang bebelan mereka yang karut (KPR 17:16-31; 1Kor 1:19-24; 1Tim 6:20).
Sudah tentulah orang bebal akan berlagak ingin pengetahuan, kebenaran dan hikmah. Mereka membawa semata-mata bayaran untuk itu. Tetapi Allah yang berhikmah, Yang nampak niat yang paling dalam dan nampak fikiran hati manusia, memutuskan mereka sama sekali. Walaupun mereka menghadiri khutbah atau pengajaran, Allah mengenal niat mereka adalah palsu, maka Dia mungkin juga memperdayakan guru mereka supaya memimpin mereka kepada kesilapan yang lebih besar (Yeh 14:6-11; 33:30-32; Mat 13:10-16). Berilah kemuliaan kepada Allah!
Hikmah hanya bagi orang yang berusaha kuat untuknya, membelinya pada harga apa pun, dan tidak akan menjualnya (Ams 2:1-5; 4:7; 9:6-8; 18:1; 23:23; Mat 13:44-46). Orang bebal dan pencemuh harus diputuskan daripada pengetahuan dan kebenaran (Ams 14:6-7; 23:9; 26:4,12; Mat 7:6; 21:27). Hamba Allah harus mengelak dan menolak mereka dan soalan-soalan mereka (1Tim 1:4; 4:7; 6:4-5; 2Tim 2:14,16,23; Tit 3:9).
Paulus berdoa supaya dibebaskan daripada orang tidak beriman yang tidak munasabah dan jahat (2Tes 3:1-2), dan dia memuji orang Berea yang mulia kerana semangat mereka akan kebenaran (Kis 17:11). Dia mewaspadakan orang supaya jangan memandang hina nubuatan, sebab mereka harus mengasihi khutbah (1Tes 5:20). Orang Yahudi di bawah Ezra ialah teladan yang paling baik berkenaan kehadiran dengan hati yang ikhlas (Neh 8:1-18).
Kamu hidup pada masa yang membahayakan di akhir zaman (2Tim 3:1-4:5). Kebanyakan orang Kristian mempunyai suatu bentuk kesalihan tetapi tiada kuasa di dalamnya. Mereka menghadiri kebaktian dan mendengar guru-guru, tetapi mereka membenci khutbah yang berdoktrin (2Tim 4:3-4). Mereka selalu belajar dan tidak mampu mendekati pengetahuan akan kebenaran. Mereka mungkin bayar sedikit tetapi memang tidak ada hati untuk hikmah.
Mereka lebih suka kumpulan ahli muzik puji sembah dan kesaksian olahragawan daripada mahu mendengar firman Allah dibaca dengan teliti dengan tafsiran yang betul diberi (Neh 8:8). Kaum wanita lebih suka berangkat jauh ke sesuatu persidangan seorang nabi wanita yang mengangkat-angkat mereka daripada mendengar seorang hamba Allah lelaki mengajar mereka untuk menghormati suami mereka (Ams 23:13-14) dan mengutuk perbuatan menipu suami (1Kor 7:1-5).
Berapa banyak kemahuanmu untuk hikmah dan kebenaran? Hikmah dan kebenaran Allah pula? Jangan hiraukan pengkomplotan politik, teori kewangan Austria, Freemason, geosentrik, orang Nephilim, atau perubatan alternatif. Adakah kamu mendambakan pengetahuan akan Tuhan Kristus Yesus? Jalan kebenaran? Jika jawapanmu ya, apakah usaha-usaha ikhlas yang akan kamu buat untuk mendapatkan hikmah itu pada hari ini?
Jika kamu mempunyai sebuah Alkitab di dalam rumahmu tetapi terlalu sibuk untuk membacakannya (KPR 17:11), maka kamulah orang bebal yang dinyatakan amsal ini. Jika kamu memakai rantai tangan WWJD (What Would Jesus Do), tetapi hanya menghadiri gereja sekali sebulan (Ibr 10:25), kamulah orang bebal yang dikatakan amsal ini. Jika kamu membawa keluargamu ke gereja pada hari Ahad, tetapi tidak mengajar mereka setiap hari, kamulah orang bebal yang dikatakan amsal ini (Ula 6:6-9).
Yesus Kristus ialah Tuhan segala-galanya! Dia mengenalmu lebih baik daripada kamu mengenal diri sendiri (Ibr 4:12-14). Dia tahu jika kamu benar-benar mengasihi hikmah atau tidak. Dia menemui banyak orang di bumi yang memikir mereka percaya akan Dia atau mengatakan mereka percaya akan Dia, tetapi Dia tidak akan membazirkan masaNya dengan mereka. Dia tahu bagaimana menghalau mereka dengan sedikit doktrin keras sahaja (Yoh 2:23-25; 6:60-71; 8:30-47).
Adakah kamu mendambakan doktrin sihat akan kebenaran dan hikmah? Adakah kamu mengingini takut akan TUHAN dan pengetahuan Allah? Banyak lagi orang tuntut bahawa mereka mencari kebenaran tetapi mereka bukan benar-benar mencarikannya! Ada banyak orang yang berpura-pura, banyak orang bebal. Hanya ada segelintir orang pencari yang benar (Mat 7:13-14). Siapakah kamu? Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk membuktikan kepada Allah bahawa kamu mengingini hikmahNya?