Amsal · Proverbs

17:15
Dia yang memperbenarkan orang jahat, dan dia yang menghukum orang benar, kedua-dua mereka pun kekejian kepada TUHAN.

Dunia telah menciptakan Zaman Kompromi. Masyarakat manusia sudah memakai segala usaha untuk membuang segala kemutlakan. Orang durjana dibela dan dilepaskan, dan lagi dilindungi; orang benar pula dikritik dan dikutuk, dan lagi dihukum. Tetapi TUHAN Jehovah membenci kedua-dua jenis pengkompromi – orang yang memperbenarkan orang durjana, dan orang yang mengutuk orang benar.

Allah Yang Maha Hidup dan Yang Sejati di syurga ada kemutlakan, dan dia mengharapkan manusia untuk mentaati kemutlakan itu dan menguatkuasakannya. Ketika dia memerintahkan para hakim yang dilantik di Israel, Dia memerintah, “Jika adanya perselisihan di antara orang, dan mereka masuk untuk penghakiman, supaya para hakim dapat menghakimi mereka; maka para hakim akan memperbenarkan orang benar, dan mengutuk orang durjana.” (Ula 25:1).

Alkitab ialah pengumpulan hal-hal kemutlakan Allah, namun Alkitab mewajibkan tafsiran dan pemakaian hal-hal kemutlakan itu dengan wajar (2Taw 19:10; Neh 8:8; 2Tim 2:15). Yesus telah mengisytiharkan bahawa melanggari perintah Alkitab yang paling kecil pun adalah perkara yang tidak dapat diterima (Mat 5:19). Menderhakai satu perintah adalah setara dengan menderhakai segala perintah di pandangan Allah (Yak 2:10).

Allah membuat perbezaan di kalangan orang. Tanyalah orang yang tidak percaya atau mentaati Nuh. Tanyalah majlis perbandaran Sodom tentang populasi LGBT mereka. Tanyalah Firaun atau angkatan tenteranya apa yang terjadi kepada Mesir kerana tidak menghormati nabi Allah. Tanyalah orang Kanaan tentang pendapat Allah berkenaan amalan-amalan seks bebas mereka. Contoh-contoh ini dapat disenaraikan dengan tidak terhingga. Tetapi kamu tidak dapat menanya berjuta-juta orang itu kerana Allah telah menghapuskan mereka. Dia telah mengutuk orang durjana.

Allah peduli akan butir-butir. Tanyalah Kain tentang korbannya kepada TUHAN pada waktu dan tempat yang betul. Tanyalah Musa tentang sikap mengamuknya itu ketika dia memukul batu dan tidak bercakap kepadanya. Tanyalah Nadab dan Abihu tentang api asing mereka itu. Tanyalah Daud tentang hal mengalihkan tabut waad dengan memakai kereta lembu baru. Tanyalah Ananias dan Safira tentang perbuatan menipu dalam pemberian mereka. Tanyalah Korintus tentang hal berseronok sedikit di dalam Perjamuan Tuhan. Tanyalah Petrus tentang kompromi dengan orang Yahudi di Antiokhia.

Dalam hal penghakiman dan perhubungan, orang durjana patut dipandang hina dan ditolak, dan orang benar patut dikasihi dan diterima. Daud membenci orang durjana seperti yang dibuat Allah (Maz 5:5; 11:5; 101:3-8; 139:21-22). Dan Daud mengasihi orang benar seperti Allah juga berbuat demikian (Maz 15:4; 16:3; 119:63,79; 122:8; 146:8-9). Para hamba Allah menolak para pendosa dan mengasihi orang baik (Tit 1:8; 3:9-11). Percanggahan besar di antara orang benar dan orang durjana tidak akan berakhir (Ams 29:10,27).

Penghakiman ialah junjungan kebaikan dan pengutukan kejahatan. Ia sudah tentu berlangsung di mahkamah. Tetapi ia juga berlangsung di rumah, di mana perangai kanak-kanak dihakimi. Lagi pula, ia berlangsung di tempat kerja, di gereja, di sekolah, dan juga di kalangan kawan. Di situasi-situasi tersebut dan juga yang lain, orang benar haruslah dihormati, dan orang durjana pula haruslah dikutuk.

Sistem perundangan Amerika bukan lagi teladan keadilan seperti dahulu. Dari mahkamah rendah sampai ke mahkamah tinggi, orang durjana dibela dan orang benar dihukum. Para hakim dipilih dan diluluskan, bukan kerana integriti mereka yang sempurna tetapi kerana ikatan politik mereka. Sebagai contoh, pengguguran anak dihalalkan untuk memperbenarkan kekejaman dan memperbenarkan perempuan durjana dan untuk mengutuk bayi yang tidak bersalah kepada maut.Para pembunuh yang cabul itu diberi apa yang kononnya hak; mangsa yang tidak bersalah dan yang telah dibunuh itu tidak diberi hak.

Para penjenayah sekarang ada lebih hak daripada mangsa. Para majikan ada kurang hak berbanding para pekerja. Tuan tanah harus menunduk kepada yang menyewa; suami harus menunduk kepada isteri; dan para majistret harus banyak main selok belok politik hanya untuk mendakwa para penjenayah yang jelas-jelas bersalah. Tuntutan mahkamah difailkan dan ditegakkan untuk alasan-alasan yang paling bodoh, dan tuntutan demikian dibawa oleh para pengguna yang paling tidak waras. Orang Sodom dilindungi, tetapi kekuasaan suami dipandang hina dan dijejaskan.

Para pembunuh yang merayu atas dasar ketidakwarasan dibebaskan bagi jenayah mencabut nyawa orang lain. Betapa tidak masuk akal! Jika seseorang membunuh kerana ketidakwarasan, dia ada tambahan alasan untuk dimatikan – dia bukan sahaja seorang pembunuh, tetapi juga seorang pembunuh yang tidak waras. Mengapa tidak pula mengekalkan dan melindungi nyawa anjing gila, sebab anjing itu sepadan dengan pembunuh tidak waras itu, kecuali anjing gila tidak membunuh sesiapa pun? Terimalah kenyataannya, hai dunia!

Tetapi kamu harus melihat lebih dekat kepada rumah daripada memandang sistem undang-undang di negaramu. Sebab di gerejalah berlakunya kebanyakan kompromi, seperti apa yang dinubuatkan Paulus sebagai amaran kepada Timotius (2Tim 3:14:4). Doktrin palsu dan guru-guru haruslah disebut nama mereka dan dikutuk; doktrin sejati dan guru-guru yang setia harus dipertahankan dan dimuliakan.

Banyak yang berkata, “Biar kita bersetuju untuk tidak bersetuju”. Tetapi hakikatnya ialah Allah tidak ada pendekatan yang sebegitu longgar dan yang sebegitu berkompromi terhadap kebenaran. Apa yang betul adalah betul, dan apa yang salah adalah salah, dan setiap isu moral ada satu pendirian yang betul dan banyak pendirian yang salah. Daud telah berkata, “Maka aku menyanjungi segala ketetapanmu akan segalanya sebagai betul; dan aku benci setiap jalan palsu” (Maz 119:128).

Eli menegur anak-anak lelakinya, tetapi tidak mengutuk mereka; dia kehilangan segalanya kerana komprominya. Korintus menyombong bagi perbuatan berkendak yang sedang berlaku di gereja mereka, dan tidak sebaliknya meratap dan menghakimi orang durjana itu. Tetapi pemazmur manis Israel di katil matinya memberitahu Solomo untuk membunuh anak buahnya dan ketua kakitangannya, yakni Yoab. Dan Yohanes Pembaptis terang-terang menegur dan memarahi Raja Herodes.

Banyak orang berkata, “Jangan menghakimi, supaya kalian tidak dihakimi” (Mat 7:1), dan kehilangan perintah Tuhan, dalam konteks, untuk menghakimi sesetengah orang seperti anjing dan babi (Mat 7:6), dan untuk menghakimi dengan penghakiman yang benar (Yoh 7:24). Mereka menghargai berdamai mengatasi kebenaran, meskipun Allah menaruh kebenaran mengatasi berdamai (Amo 3:3; 1Tim 6:3-5). Mereka dengan sungguh-sungguh memberontak terhadap penghakiman Alkitab (Rom 16:17-18).

Orang Kristian yang duniawi pada zaman kini memenuhi dosa-dosa keji amsal ini. Paulus telah menerangkan hal suatu kemunculan Kristian jenis yang keperempuanan dan yang akan memandang hina orang yang baik dan yang akan mengampu perempuan yang bernafsu dan yang berdosa (2Tim 3:1-7). Mereka akan ada bentuk kesalihan – suatu upacara agama – tetapi mereka tidak akan ada kuasa injil dalam gaya hidup mereka. Mereka akan suka kenikmatan melebihi Allah, dan ia akan ditunjukkan dengan memanjakan para pendosa.

Situasi politik dan agama pada hari ini adalah sama seperti pada abad pertama di Palestin. Para pemimpin agama yang konservatif dan wakil bangsa yang paling besar di bumi berkerjasama untuk memperbenarkan pembunuh yang penghasut itu, yakni Barabas, dan mengutuk pula Yesus dari Nazaret yang tidak berdosa dan yang benar. Cubalah hidup dan berbicara seperti Yesus Kristus pada hari ini, dan mereka akan menyalibkanmu juga, sementara mereka membela para penjahat di mahkamah dan menyanjungi mereka melalui media-media massa hiburan.

Kamu tidak boleh menjadi berkecuali [neutral], sebab keneutralan itu ialah penolakan Alkitab dan pemberontakan terhadap Allah, sebab Dia dan Alkitab tidak neutral. Kebebalan dan kedurjanaan adalah terkutuk, dan hikmah dan kewajaran disanjungi. Para pendosa haruslah dipandang hina, dan orang baik haruslah dimuliakan (Maz 15:4; 31:6; 101:3-8). Tolaklah generasi yang keperempuanan ini berserta komprominya. Buat pendirian dan sungguh-sungguh berjuang bagi iman yang dahulu telah disampaikan kepada orang-orang kudus (Yud 1:3).

Tolaklah gereja-gereja yang “peka pencari” [seeker sensitive] dan yang “semakin popular” [emerging] pada zaman kini, sebab merekalah sebabnya amsal ini berlaku pada generasi ini. Mereka telah mencairkan tahap-tahap piawai [standard] kepada tahap yang kebanyakan apa pun dibenarkan dan ditoleransikan, atau dipertahankan dan dilindungi. Mimbar dipakai untuk suatu konsep kasih dan damai yang lembik dan yang buatan manusia berbanding kebenaran Allah tentang kekudusan dan penghakiman. Kebanyakan orang Kristian suka untuk mengadakannya – melayani dongeng daripada melayani kebenaran.

Hari menjelang di mana segala penghakiman akan menuruti kebenaran secara maksud yang paling mutlak. Kitab-kitab akan dibuka, dan tidak akan ada perbicaraan yang salah, rayuan, juri yang tergantung, pengampunan, atau pembebasan. Pakar-pakar liberal dan pastor-pastor ajaran sesat dan paus tidak akan memperbetul, mengkritik, atau mengutuk Hakim ini. Orang benar akan menerima hidup kekal di syurga, dan orang durjana akan dibuang ke dalam neraka untuk selamanya (Mat 13:41-43; Yoh 5:28-29; Wah 20:11-15).

Bagaimana mungkin adanya orang yang dihakimi benar sementara semua orang berdosa (Rom 3:23)? Bagaimana mungkin Alkitab berkata bahawa Allah memperbenarkan orang yang tidak salih (Rom 4:5)? Oleh Yesus Kristus (Rom 3:26)! Yesus taat bagi orang pilihan (Rom 5:19) dan telah mati bagi mereka (Yoh 10:11,15), dan Dia sekarang hidup untuk membuat doa syafaat berterusan bagi mereka (Rom 5:10; 8:34; Ibr 7:25). Hukuman keras yang telah dicurahkan Allah kepada Yesus Kristus menunjukkan terang-terang pengutukanNya terhadap para pendosa (Yes 53:5-11).