17:23
Orang durjana mengambil pemberian dari dada untuk mencabuli jalan-jalan penghakiman.
Para penguasa, para hakim, dan para saksi haruslah adanya akhlak yang hebat. Para penjenayah akan menawarkan pemberian atau bayaran untuk membeli keredaan supaya mencabuli keadilan bagi pihak mereka. Orang benar tidak akan goyah oleh tawaran-tawaran sedemikian. Tetapi orang durjana akan mengambil pemberian-pemberian dan menunggangbalikkan penghakiman dan kebenaran supaya dapat memperoleh upah ketidakwajaran mereka yang keji.
Pemberian yang dimaksudkan di sini ialah rasuah, suatu bayaran untuk merosakkan seseorang dan mempengaruhinya untuk bertindak menuruti minat pemberi dengan mengubahkan undang-undang atau mencabuli penghakiman. Oleh sifatnya, rasuah sungguh dirahsiakan, sebab pendedahannya membawa kepada hukuman keras bagi kedua-dua si pemberi dan si penerima. Maka rasuah disembunyikan di dada, di sebalik pakaian, untuk suatu pertukaran yang peribadi (Ams 21:14).
Orang durjana yang mengambil pemberian ialah penerima rasuah itu. Dia mengambil pemberian yang dikeluarkan dari si pembayar punya dada. Dia penguasa, hakim, atau saksi yang relamencabuli jalan-jalan penghakiman kerana ganjaran. Dalam perbuatan rasuah, kesalahan besar ialah oleh si penerima, sebab pihak berkuasa dianggap mempunyai tahap integriti yang lebih tinggi daripada orang yang di bawah kekuasaan.
Takut akan denda, pemenjaraan, bahkan hukuman mati pun menjadi suatu dorongan yang kuat kepada manusia untuk menawarkan wang untuk dilepaskan. Sedikit wang untuk melepaskan diri daripada hukuman nampaknya jalan penyelesaian yang mudah sekali. Tetapi kedurjanaan utama yang dikutuk di sini, dan dikutuk di seluruh Alkitab, ialah perangai jahat orang yang menimbang-nimbang ingin mengambil bayaran sedemikian untuk berbuat salah.
Mengambil pemberian ialah jalan mudah untuk memperkasakan kehidupanmu. Manusia akan menyelitkan kepadamu jumlah wang yang elok sekali, dengan dorongan ketakutan atau dorongan ketamakan, kerana kedudukanmu yang berpengaruh itu. Kamu tidak perlu berbuat apa pun tetapi hanya untuk menoleh atau mengubah sedikit penghakimanmu untuk membuka jalan kepada keinginan si pemberi.
Kalau dibuat dengan kerap kali, transaksi sedemikian menjadikan orang kaya, dengan kurang usaha. Sebenarnya, ia dipanggil sebagai pemberian, kerana ia tidak datang melalui usaha jerih lelah. Dan pendapatan yang sebegitu mudah dapat menarik dan mempengaruhi orang (Ams 17:8; 18:16; 19:6). Bagi orang yang durjana dan yang rosak, ini merupakan wang yang sungguh mudah diperoleh.
Allah mengutuki rasuah. Dia telah menulis, “Dan kamu tidak akan mengambil pemberian apa pun: kerana pemberian membutakan orang berhikmah, lalu mencabuli kata-kata orang benar” (Kel 23:8). Dan sekali lagi, “Kamu tidak akan memutarbelitkan penghakiman; kamu tidak akan memilih bulu dan tidak akan menerima rasuah: sebab rasuah membutakan mata orang berhikmah, dan mencabuli kata-kata orang benar” (Ula 16:19). Hukum Musa juga mengutuk kes bayaran untuk membunuh atau untuk memberi izin bagi seseorang dibunuh (Ula 27:25).
Akhlak yang penting dalam para penguasa dan para hakim haruslah melibatkan kebencian terhadap kedambaan. Yitro memberitahu Musa, “Di samping itu, kamu akan mengerah orang yang berkemampuan dari kalangan umat, iaitu orang yang takut akan Allah, orang benar, yang membenci kedambaan; dan tempatkan orang demikian atas mereka, untuk menjadi penguasa kepada seribu, dan penguasa kepada seratus, penguasa kepada lima puluh, dan penguasa kepada sepuluh” (Kel 18:21). Betapa eloknya jika semua pegawai yang dilantik dengan para pegawai bawahannya dituntut untuk mencapai tahap piawai ini.
Penatua Wasiat Baru pun harus tiada kecondongan kepada wang, sebab mereka akan tergoda untuk mengubahkan khutbah atau penghakiman mereka untuk mengekal atau menambahkan pendapatan mereka (1Tim 3:3,8; Tit 1:7). Para hamba Allah tanpa pengalaman atau kejayaan dalam perniagaan akan terutamanya tergoda untuk mengkompromikan doktrin atau kekuasaan untuk mengekalkan keredaan para penyumbang besar dan untuk mengekalkan nafkah sendiri. Banyak pastor telah mengubahkan pesanan mereka untuk menjamin atau menambahkan kedatangan orang di gereja supaya memperkasakan kedudukan dan pendapatan mereka.
Samuel merupakan orang yang hebat akhlaknya dan yang beriman besar. Dia mengurapi ayah Salomo sebagai raja Israel. Orang yang mulia ini melayani bangsanya sepanjang hayatnya. Tetapi inilah apa yang ahli sejarah berilhamkan Roh menulis tentang anak-anak lelaki Samuel, “Dan anak-anaknya tidak berjalan menurut jalan-jalannya, tetapi berpaling kepada laba, dan menerima rasuah, dan mencabuli penghakiman” (1Sam 8:1-3). Bahasanya ialah natijah yang tepat sekali bagi amsal ini. Maka ketika Samuel menghampiri ajalnya, Samuel meminta bangsa supaya bersumpah menyatakan bahawa dia tidak pernah mengambil rasuah sesekali pun sepanjang waktu dia memegang jawatannya (1Sam 12:3-5).
Negara yang durjanalah yang ada para pegawai rosak yang menerima rasuah. Allah beberapa kali mengutuk Israel kerana itu (Yes 1:23; Yeh 22:12). Nabi Mikah menceritakan suatu tahap korupsi yang melibatkan suatu komplot untuk rasuah yang berleluasa (Mik 7:2-4). Tetapi nabi itu mengakhiri ceritanya dengan amaran penghakiman Allah yang menjelang.
Daripada hal perpecahan di Eropah selepas Perang Dunia Kedua kepada hal polis trafik ditawarkan tunai supaya tidak memberi saman, amaran amsal ini masih kekal lantang dan jelas. Dan semakin besar birokrasi dan semakin luas penglibatan mereka dalam perniagaan swasta, semakin banyak usaha dibuat untuk membeli keredaan kerajaan untuk keuntungan.
Para pegawai yang dilantik bergantung kepada sumbangan-sumbangan swasta bagi kempen mereka, dan godaannya sungguh besar untuk mencabuli penghakiman kerana sumbangan itu dan untuk undi itu. Kota pesat dengan dengan para pelobi dan orang lain, yang tujuan kewujudan mereka hanya untuk menolak dan menarik para penggubal undang-undang untuk memihak kepada mereka. Godaan untuk berkompromi adalah sungguh besar. Misalnya, suatu jawatan kerja yang lumayan bagi cucu akan menjadi rampasan kuasa sekeluarga, hanya jika ahli dewan negaramembuang undi supaya memihak kepada tarif gula.
Apakah yang dapat ditawarkan seseorang kontraktor pertahanan awam untuk memperoleh kontrak yang kemudian bagi syarikatnya? Apakah yang seorang doktor rela bayar untuk membatalkan tuduhan membunuh orang? Apakah yang mungkin dapat ditawarkan sebuah institusi pendidikan kepada para pekerja ahli dewan negara, jika ahli dewan negara itu membuang undi supaya memperuntukkan badjet yang besar kepada institusi pendidikan itu? Apakah yang mungkin rela dibayar seorang ahli keluarga atau kawan untuk mempengaruhi presiden atau raja supaya mengampuni sanak saudara di penjara? Banyak lagi contoh yang boleh diberikan.
Godaan bagi para penguasa memang besar. Di masyarakat yang tidak bermoral atau yang tiada kecerdikan moral, pemberian ditawarkan kerap kali. Korupsi wujud di setiap lapisan masyarakat. Ada banyak orang benar di tempat yang tinggi, dan kamu harus berdoa bagi mereka. Mereka menghadapi godaan yang kamu tidak hadapi, dan kamu harus merayu kepada TUHAN untuk melindungi mereka dan memberi mereka keinsafan dan kekuatan untuk menegakkan keadilan.
Cerita Bileam ialah kisah seorang nabi yang kedambaan yang telah ditawarkan wang untuk mengutuk Israel. Petrus memanggil nabi itu gila, menyatakan pilihan Bileam sebagai kedurjanaan, dan memanggil rasuahnya sebagai upah ketidakwajaran (2Pet 2:15-16). Yudas Iskariot mengikuti teladannya yang buruk benar dengan bersetuju untuk mengkhianati Tuhan Yesus Kristus kita bagi semata-mata tiga puluh keping wang perak, iaitu harga untuk seorang hamba (Mat 26:14-16).
Hari sedang menjelang ketika Allah Yang Maha Tahu akan mendedahkan setiap rasuah yang rahsia, sebab apa yang disembunyikan mereka daripada manusia tidak pernah disembunyikan daripadaNya (Pkh 12:14; Rom 2:16). Mereka menyembunyikan rasuah mereka, sebab mereka takut kritikan manusia lebih daripada kengerian Allah Yang Maha Kudus, tetapi hukuman yang menjelang akan jauh melebihi apa pun yang manusia boleh buat terhadap diri mereka.
Allah akan memberkati orang sebesar-besarnya, iaitu orang “yang mengebas tangannya daripada perbuatan memegang rasuah” (Yes 33:15-16). Orang yang “tidak mengambil ganjaran untuk menentang orang yang tidak bersalah” tidak akan goyah. Dia akan berdiam di bukit kudus Allah (Maz 15:1-5). Dengarlah panggilan yang diberi Allah kepada Abraham, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa; berjalanlah di hadapanku, dan jadilah dirimu sempurna” (Kej 17:1).
Paulus sebegitu benar sehingga dia tidak akan memberi wang yang diingini Feliks supaya melepaskannya. Itulah perbuatan yang sudah tentu akan melanggari kedua-dua hukum ilahi dan hukum Rom (Kis 24:25-27). Sementara Paulus ada banyak kawan, wang itu dengan mudah sudah dapat diperoleh. Tetapi meskipun matlamat memperbaharui pemberitaan injil dapat tercapai dengan cara tersebut, rasul itu tidak ingin berbuat jahat supaya kebaikan dapat datang, dan dia menjauhi segalanya yang nampak jahat (Rom 3:8; 1Tes 5:22).
Tetapi teladan yang paling benar yang mengatasi segala teladan yang lain ialah teladan Tuhan Yesus Kristus. Mazmur kasih, yang Paulus petik ketika memuliakan Anak Allah, menyatakan ini tentang Yesus, Raja Yang Maha Besar: “Takhtamu, Ya Allah, adalah untuk selama-lamanya: cokmar kerajaanmu adalah cokmar kewajaran. Engkau mengasihi kewajaran, dan membenci kedurjanaan: maka Allah, Allahmu, telah mengurapimu dengan minyak kegembiraan mengatasi teman-temanmu” (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Amin!