17:25
Anak yang bebal ialah kepiluan kepada ayahnya, dan kepahitan kepada perempuan yang melahirkannya.
Berapa banyak kepedihan yang kamu bawa kepada ibubapamu? Berapa banyak kepedihan yang akan dibawa anak-anakmu kepadamu? Solomo telah memerhatikan malapetaka ini di dalam keluarga-keluarga, yang anak-anak bebal boleh menyebabkan kedua-duaibubapa kepedihan yang besar. Pelajaran-pelajarannya mudah – taatilah dan hormatilah ibubapamu, dan didiklah anak-anakmu.
Ibubapa yang salih tahu bahawa amsal ini benar. Ayah berdukacita ketika anak bebal, dan ibu disakiti ketika melihat anak menolak hikmah untuk memeluk kebebalan. Ibubapa yang duniawi kurang rasa terganggu, kerana mereka tidak memahami hikmah, dan mereka tidak dapat cam anak yang bebal.
Ibu menahan sakit ketika bersalin melahirkan anaknya ke dalam dunia (Kej 3:16; Yoh 16:21), dan mereka bekerja keras dan lama untuk membesarkan anak itu supaya matang (1Tim 5:8). Tetapi jika anak mengabaikan didikannya dalam jalan Tuhan, maka anak itu boleh membawa jauh lebih dukacita dan kepedihan pada masa depan daripada kelahiran anak atau daripada tahun-tahun membasuh kainnya tanpa dihargai (Ams 29:15).
Apakah yang harus kamu belajar? Pertama, taatilah ibubapamu. Ketika kamu tidak mentaati, kamu menyebabkan mereka kepedihan. Jika kamu tidak mentaati mereka, kamu akan menuai apa yang ditaburkanmu – kepedihan masa depan daripada anak-anakmu sendiri (Gal 6:7). Tiada apa pun yang lemah untuk mengingati bagaimana perasaan ibumu ketika dia mendapat tahu akan dosa-dosamu. Fikiran-fikiran demikian telah menahan sesetengah orang daripada melakukan jenayah. Allah mempertahankan ibubapa, dan hukumanNya bagi anak-anak yang memberontak adalah sungguh teruk (Ams 20:20; 30:17).
Kedua, hormatilah ibubapamu. Ini lebih jauh daripada mentaati mereka. Menghormati ibubapa ialah perbuatan melayani mereka dengan sayang, murah hati, dengan keseganan dan keistimewaan. Adakah kamu menunjukkan hormat bagi mereka pada setiap masa? Allah mengutuk hal merendahkan ibubapamu dalam percakapanmu (Ula 27:16). Allah mengutuk air muka yang tidak menghormati (Ams 30:17). Oleh sebab Allah menghormati ibubapa, Dia menjanjikan banyak ganjaran bagimu kerana menghormati mereka – suatu kehidupan yang baik dan yang panjang (Efe 6:2-3).
Ketiga, pilihlah hikmah. Sesudah mentaati dan menghormati ibubapa, kamu patut pilih gaya hidup yang salih dan yang berhikmah yang mengabdikan diri kepada kewajaran dan kebenaran. Alasan-alasanmu yang tertinggi untuk berbuat demikian haruslah untuk kemuliaan Allah dan untuk melayani kerajaanNya di bumi. Tetapi sebelum kamu mempertimbangkan kemakmuranmu dan kenikmatanmu sendiri di bawah berkat Allah bagi kehidupan yang demikian, kamu patut mempertimbangkan hal menunjukkan ibubapamu akhlak dan perangai yang paling baik bagi damai sejahtera dan kesenangan besar mereka.
Apakah lagi yang patut kamu belajar? Didikan anak, yang memerlukan korban dan pelaburan, ada pulangan yang besar bagai semua pihak. Ia akan menyelamatkanmu daripada dukacita dan kepahitan yang telah dijelaskan, dan ia akan membawa sukacita dan kesenangan untuk melihat anak-anakmu hidup dengan salih dan dengan berhasil dalam kehidupan (Ams 10:1; 15:20; 17:21; 19:13,26; 23:15-16,24-25; 27:11; 29:3,17). Ia akan juga membawa kemakmuran dan kejayaan kepada anak-anakmu, dan kamu akan menyenangkan Allah yang telah meminjam kepadamu anak-anakmu.
Jika kamu mendidik anak-anakmu ketika mereka muda, mereka akan memberimu kesenangan ketika tua, dengan berjalan dalam jalan yang kamu tahu adalah baik (Ams 22:6). Allah telah meminjam mereka kepadamu dengan kebebalan yang tertambat pada hati mereka, tetapi Dia telah memberitahumu bagaimana untuk mengusir kebebalan itu jauh-jauh daripada mereka (Ams 19:18; 22:15; 23:13-14). Hai ayah, didikan bukanlah suatu pilihan (Efe 6:4). Dan ibu, kamu harus mengambil bahagian juga (Ams 1:8; 6:20). Pilihannya terpulang kepadamu, tetapi kesan-kesannya sudah tentu.
Hai ibubapa, adakah kamu memiliki suatu pendekatan yang salih terhadap didikan anak? Atau adakah kehidupan hanya berlangsung bersahaja di rumahmu? Adakah kamu sebegitu teralih perhatian, geram, dan letih sehingga kamu sedang membesarkan mereka dengan makanan dan pakaian, tanpa didikan? Adakah anak-anakmu membesar tanpa pembetulan harian dan arahan dalam kebenaran? Pastor tidak boleh melakukan itu bagimu, dan pendidikan kerajaan atau swasta pun menentang kebenaran. Allah telah memilih untuk ada hikmah yang dikomunikasikan oleh ibubapa kepada anak-anak (Ula 6:4-9; 29:29).
Mengapakah kamu memperanakkan anak? Jika kamu tidak mahu mengajar mereka takut dan kasih akan Allah, kamu tidak patut memperanakkan anak (Maz 34:11). Salah satu masalah yang paling besar di dunia pada hari ini ialah ayah yang TIDAK HADIR – lelaki yang mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengajar dan mendidik anak dalam kesalihan dan dalam hikmah (Ula 6:6-9; Efe 6:4). Kepedihan yang dijelaskan dalam amsal ini akan menimpa kedua-dua ibubapa, tetapi kenikmatan besar bagi semua pihak boleh terjadi kerana hasil ibubapa yang telah melaksanakan tugas mereka.
Jika kamu telah mendidik anakmu, dan kamu masih ada si bebal, dia akan menanggung bebannya sendiri (Gal 6:5). Tidak pernah ada ibubapa yang sempurna, dan Allah mengenal itu. Jika semua anakmu baik, maka kamu punya tahap kebaikan mungkin terlalu rendah, mungkin ini bukan zaman yang membahayakan, Yesus mungkin ketiadaan pedang pemisahan keluarga, amaran-amaran Alkitab mungkin tidak benar, dan orang kudus dengan yang anak-anak bebal sudah pastilah orang yang sudah kalah. Jadilah terhibur. Ada lebih pengaruh lain dalam kehidupan anak-anakmu daripada didikanmu sahaja.
Ingat lelaki dan perempuan hebat dalam Alkitab dan masalah-masalah mereka dengan anak-anak, supaya jangan kamu murung. Pertimbangkanlah Nuh (Ham), Ishak dan Ribka (Esau), Yakub (Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, dan yang lain), Manoah dan isterinya (Simson), Eli (Hopni dan Finehas), Samuel (Yoel dan Abiah), Ayub (anak-anak lelaki), Daud (semua anaknya), Hizkia (Manasye), dan Maria (Yesus punya adik-adik yang tidak percaya). Ibubapa yang berdukacita ini merupakan orang-orang kudus yang paling baik dalam Alkitab.
Hai orang Kristian, adakah kamu pertimbangkan dukacita yang kamu bawa kepada Bapa syurgawimu oleh kebebalan dan keduniawian (Maz 95:10)? Sementara Dia benar-benar terasing daripada luka oleh dosa-dosamu (Ayb 35:5-8), pengaruhNya boleh didukakan atau dipadamkan dalam kehidupanmu (Efe 4:30; 1Tes 5:19). Kamu boleh menyenangkan atau tidak menyenangkan Bapa syurgawimu (2Sam 11:27; 1Raj 3:10). Hayatilah maksud kata-kata ini: “Maka kalian jadilah pengikut-pengikut Allah, sebagai anak-anak yang tersayang” (Efe 5:1).