Amsal · Proverbs

17:26
Lagi pula, menghukum orang benar tidak baik, dan memukul para penguasa untuk kesaksamaan pun tidak.

Hikmah mengenal betul dan salah. Di sinilah dua kesalahan politik kekuasaan sivil yang harus diketahuiorang yang ada pemahaman. Walaupun dunia merosakkan maksud apa yang betul dan apa yang salah, ia tugasmu dan keistimewaan bagimu untuk tahu perbezaannya dan jangan sesekali mengkompromikan keadilan yang sejati.

Pemberontakan anak sungguh teruk. Ia merosakkan hubungan ibubapa-anak, seperti amsal yang sebelum ini telah nyatakan (Ams 17:25). Tetapi ada dua kejahatan yang berkaitan dengannya yang melibatkan kekuasaan sivil dan dua kejahatan tersebut juga sungguh teruk. Ia suatu kesalahan ketika para penguasa negara menghukum rakyat yang benar. Dan ia salah untuk rakyat bangkit terhadap para pengausa kerana melakukan kerja benar mereka untuk menguatkuasakan keadilan dan kewajaran – kesaksamaan. Kedua-dua pihak berkuasa dan pihak yang dikuasai bertanggungjawab kepada Allah.

Penanda wacana, “lagi pula” menandakan suatu perbandingan dengan amsal yang sebelumnya (Ams 17:25). Sementara anak yang tidak taat mengacau kesejahteraan rumah dan membinasakan ibubapa, demikian juga suatu keruntuhan kekuasaan sivil merosak dan membinasakan kota dan bangsa. Penanda wacana ini mengajar hikmah. Kekuasaan pertama yang ditemui dalam kehidupan ialah ibubapa. Jika mereka tidak dipedulikan atau kekuasaan mereka yang diberi Allah tidak diperkuatkuasakan, maka kanak-kanak memasuki kehidupan dengan nilai-nilai yang cabul dan dengan pemberontakan dalam hati mereka.

Ia tidak baik untuk menghakimi orang benar. Ketika kerajaan menggubal undang-undang atau menguatkuasakan undang-undang yang menyakiti rakyat yang jujur, ia tidak baik. Ungkapan “tidak baik” ialah kiasan kesusasteraan yang dipanggil meiosis, suatu ungkapan merendah yang dengan jelas difahami oleh konteks dan/atau sifat hal itu (Ams 16:29; 18:5; 20:23; Maz 51:17; Yeh 36:31). Para penguasa yang menghukum rakyat yang benar adalah jauh lebih teruk daripada semata-mata “tidak baik”; ia kekejian kepada TUHAN (Ams 17:15).

Apakah kesaksamaan? Ia merupakan penghakiman yang adil, benar, dan wajar (Ams 1:3; 2:9; Maz 98:9; 99:4). Ketika para penguasa mengadakan penghakiman yang saksama, salah satu pihak dalam pertikaian itu dipuji dan satu lagi dikutuk. Ia suatu kekejian bagi orang yang di bawah kekuasaan untuk memukul balik para penguasa mereka kerena melakukan tugas yang Allah beri kepada mereka untuk dilaksanakan. Amsal ini mengutuk dua percabulan kekuasaan – pihak berkuasa menghukum rakyat yang baik, dan pihak yang dikuasai memberontak terhadap pihak berkuasa.

Allah menjadikan para penguasa suatu kengerian kepada orang jahat, bukan kepada orang baik (Rom 13:1-6; 1Pet 2:13-17). Abraham merayu kepada Allah dengan memakai ciri Allah itu (Kej 18:25). Para penguasa menyalahgunakan kuasa mereka dan akan dihukum oleh Allah, ketika mereka menjadi kengerian kepada orang yang baik (Ams 17:15; 24:23-26; Kel 23:7; Ula 27:25). Dia mengambil kekayaan Mesir, kerana penderaan ganas terhadap orang Israel. Dia menyampaikan anjing-anjing untuk memakan Permaisuri Izebel, kerana dia menyebabkan Nabot dibunuh demi mendapat kebun anggurnya. Apakah yang akan Dia buat kepada negara Amerika kerana membunuh budak yang belum lahir untuk kemudahan ibu-ibu mereka yang sundal?

Allah mentahbiskan kekuasaan sivil. Itu tidak kena mengena dengan apa pun komplot di mana-mana pun. Jika kamu berbicara dan menentang para penguasa politik tanpa mandat ilahi, maka kamu sedang menentang Allah Sendiri (Rom 13:1-6; 1Pet 2:13-17; Ayb 34:16-19). Tuhan menganggapmu sebagai binatang buas yang perlu dibinasakan (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Jika kamu mengaitkan diri dengan orang sedemikian, maka kebinasaanmu yang celaka akan datang tidak lama lagi (Ams 24:21-22). Yesus dan Paulus menunjukkan kehormatan kepada para penguasa yang menyalahgunakan kekuasaan mereka (Mat 26:62-64; Yoh 18:22-23; Kis 23:1-5).

Setiap penguasa dan kerajaan patutlah menyelidiki hukum dan amalan mereka sebaik-baiknya dari segi bagaimana ia memberi kesan kepada orang benar, kerana Allah Yang Berbahagia di syurga tidak akan bersabar dengan apa pun layanan yang tidak adil terhadap mereka. Dia akan dengan agresif mempertahankan orang miskin, orang tidak bermaya, dan orang yang tidak salih (Pkh 5:8; Maz 2:10-12; 12:5; 68:5; 82:1; 105:13-15; Yes 10:5-19). Walaupun orang lain mungkin gementar di hadapan hadirat dan kuasa mereka, ada Allah di syurga yang tidak tergoyah sedikit pun oleh mana-mana raja. Tanyalah sahaja Senherib, Belsyazar, Aleksander Agung, Hitler, Stalin, Mao, atau orang lain.

Setiap rakyat di setiap negara haruslah merendahkan dirinya sendiri di bawah kekuasaan-kekuasaan yang telah Allah lantik. Tidak kira betapa banyak kamu tidak menyukai mereka, Allah telah menempatkan mereka di jawatan mereka mengatasimu. Kamu mengharapkan anak-anakmu untuk mentaati dan menghormatimu, meskipun kamu merupakan teladan yang buruk atau memainkan peranan keibubapaan dengan teruk; dan Allah mengharapkanmu mentaati para penguasamu, meskipun mereka durjana secara peribadi atau menegakkan dan menguatkuasakan hukum yang kurang masuk akal dan menyusahkanmu. Allah mengutuk lagi perbuatan menyumpah seorang raja di dalam fikiranmu yang peribadi dan yang persendirian (Pkh 10:20).

Kederhakaan kepada ibubapa ialah tanda masyarakat yang jahanam dan agama Kristian yang badaniah (Rom 1:30; 2Tim 3:2). Ben Spock dan James Dobson membantu merosakkan didikan anak di Amerika, tetapi ibubapa yang salih akan masih mengikuti satu-satunya buku panduan mendidik anak yang berilham (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20-21). Ibubapa harus dengan giat menguatkuasakan kekuasaan yang telah Allah beri kepada mereka, supaya jangan anak-anak mereka bangkit dalam pemberontakan terhadap lingkungan kekuasaan lain yang dilantik Allah lalu menunggangbalikkan dasar-dasar masyarakat (Ams 22:15; 29:15; Maz 82:1-8).

Tiada kekuasaan yang sempurna di kalangan manusia. Tetapi kekuasaan yang tidak sempurna di lima lingkungan kekuasaan yang ditahbiskan Allah dapat membawa kepada kebahagiaan dan kemakmuran rumah tangga, perkahwinan, perniagaan, gereja, dan bangsa. Satu-satunya kekuasaan yang sempurna ialah Tuhan Yesus Kristus. Dia Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan. Dia akan datang tidak lama lagi untuk membinasa dengan pedang yang menyala semua orang yang telah memberontak terhadapNya (2Tes 1:7-11; 1Tim 6:13-16).