Amsal · Proverbs

17:3
Kui peleburan adalah untuk perak, dan perapian adalah untuk emas: tetapi TUHAN menguji hati.

Perak dan emas ditapis keluar daripada bijih dan dijadikan lebih baik oleh api. Kehangatan melebur segala tahi leburan dan logam nilai rendah untuk meninggalkan perak dan emas yang tulen, sesuai bagi tukang barang kemas (Ams 25:4). Hanya TUHAN dapat menguji dan menyucikan hati kamu dengan demikian – melalui perapian penderitaan dan dugaan.

Manusia mencubai, meneliti, atau memurnikan perak dan emas, logam-logam berharga itu. Tetapi mereka tidak dapat mencubai, meneliti, atau memurnikan hati manusia. Mereka memakai kui peleburan untuk menguji perak, dan mereka memakai perapian untuk menapis emas, tetapi hati manusia tidak sebegitu mudah untuk ditelitikan dan untuk disempurnakan.

Hatimu lebih memperdayakan daripada apa pun yang lain, dan ia sungguh-sungguh durjana. Tidak seorang pun yang dapat tahu kesilapan sebenar dalam hatinya sendiri (Yer 17:9-10; Psa 19:12). Jadi TUHAN mencubai hati itu untuk mendedahkan apa yang ada di dalamnya, dan Dia memberi ganjaran dengan sewajarnya (1Raj 8:9). Tidak seorang pun yang dapat terlepas pandangan mata Dia yang melihat segala-galanya, Dia yang harus kita menghadap (Ibr 4:12-14; Wah 1:14; 2:18; 19:12).

Alkitab kerap kali berbicara tentang Allah menyucikan orang kudusNya (Ayub 23:10; Yes 1:25). Yesus telah datang sebagai Pemurni; apiNya membakar musuh-musuhNya dan menyucikan imam-imam yang baru untuk mempersembahkan korban-korban yang diperkenan Allah (Mal 3:1-5). Pencubaan-pencubaan yang disampaikanNya mungkin menjadikan hatimu luluh, namun ia menjadikan imanmu lebih kuat (1Pet 1:6-7). Dia membawa umatNya untuk mengharungi api untuk menyempurnakan mereka (Zak 13:9). Dan dari kalangan mereka, Dia memilih barang kemasnya yang disukaiNya (Mal 3:16-18).

TUHAN boleh mencari dengan cukup lekas apa yang ada dalam hatimu. Dia mengenal ketakutanmu yang paling besar, godaanmu yang paling besar, khayalanmu yang rahsia, saat-saat kelemahanmu, apa-apa yang boleh menjadi pencetus dirimu, dan dosa-dosa yang mudah melekat padamu. Dia mencubai, meneliti dan memurnikanmu dengan mudah. Jadilah gementar di hadapanNya! SembahyangkanNya! Jadilah rendah hati kepadaNya sebelum Dia merendahkanmu.

Allah memakai perapian kesusahan untuk mencubai imanmu melalui kesesakan (Yes 48:10). Dia memakai perapian kedaifan untuk membina kebergantungan kepada rahmatNya (2Kor 12:9-10). Allah memakai perapian godaan untuk menyukat ketaatan (Kej 22:1-2; Ibr 11:17-19). Dia memakai perapian kemakmuran atau pujian untuk menyukat sikap rendah hati dan keutamaanmu (Ula 32:15; Ams 27:21).

Tahukah kamu apa yang Allah buat kepada Hizkia, raja yang hebat itu? Dia meninggalkannya – salah sesuatu perkarayang paling menakutkan yang Allah boleh buat kepada manusia. Allah meninggalkan Hizkia untuk mendedahkan apa yang ada di dalam hatiNya (2Taw 32:31). Apakah yang telah ditemui oleh kaedah pemurnian ini? Hizkia dengan bebal sudah menjadi sombong kerana Allah menambahkan lima belas tahun kepada hayatnya (2Taw 32:25).

Allah menyerahkan Daud kepada Syaitan, dan dia menghitung bilangan Israel, lalu menggadaikan 70,000 nyawa tetapi membawa kemuliaan besar kepada Allah dan kerendahan hati yang mendalam kepada Daud (2Sam 24:1; 1Taw 21:1). Yesus berbuat perkara yang sama kepada Petrus, dan dia telah belajar suatu pelajaran yang besar melaluinya (Luk 21:31-34; Yoh 21:15-17). Kedua-dua Daud dan Petrus menjadi lebih suci setelah dimurnikan tangan Tuhan.

Penderitaan dan godaan menyakitkan, tetapi ia bagi kemuliaan Allah dan bagi keuntungan dan penyempurnaanmu, jika respon kamu betul terhadapnya. Allah telah mengilhamkan Alkitab dengan arahan dan gambaran-gambaran kehidupan orang lain untuk membantumu memilih respon dengan betul (Rom 15:4; Yak 5:11).

Bagaimanakah mungkin emas ditemui tanpa api? Bagaimanakah ia dapat disucikan tanpa kehangatan? Hanya oleh perapian Allah dapatlah kamu menyingkirkan dosa-dosa rahsia, takut akan manusia, sikap tertarik kepada dunia, keangkuhan, kepercayaan kepada manusia, kasih yang terlampau bagi manusia, sikap menganggap diri sendiri benar, dan sanga-sanga yang lain. Hanya melalui perapian imanmu, kasihmu, dan harapanmu disucikan dan dijadikan lebih baik. Proses itu menyakitkan; Hasil itu memuliakan. Hai pembaca, tundukkanlah hatimu kepada apiNya (Psa 139:23-24).

Dengan hikmah, kamu patut bersukacita dalam perapian pencubaan, sementara tahu bahawa ia menyempurnakanmu (Yak 1:2-4; Rom 5:3-5). Kamu akan mengenal keuntungannya yang besar; kamu tidak akan menganggapnya sebagai aneh; tambahan pula, kamu akan berdoa supaya Allah akan menyelami dan mengujimu (Maz 26:2; 119:67,71,75; 1Pet 4:12). Kamu akan mematuhi kaedah-kaedah yang telah disyorkan untuk menyucikan hatimu sendiri (Yak 4:8-10; 2Kor 7:1).

TUHAN merupakan pemurni yang paling mahir; Dia tidak akan hilang satu auns, satu gram, atau satu butir emasNya di dalam perapian. Percayalah kepadaNya, hai percayawan yang menderita. PencubaanNya akan berakhir dengan belas kasihan (Maz 66:8-17; Ayub 5:11); HukumanNya dilaksanakan dengan kasih yang lemah-lembut (Ibr 12:10-11; Wah 3:19).