Amsal · Proverbs

17:2
Seorang hamba yang berhikmah akan memerintah atas si anak yang membawa malu, dan akan menerima sebahagian warisan di kalangan saudara.

Diskriminasi ialah alasan yang sungguh lemah. Si bebal dan si pemalas harus membuat tuduhan supaya dapat berdalih bagi kekurangan kemajuan kerjaya mereka. Itulah sebabnya sesetengah orang mengadu adanya diskriminasi. Mereka menyatakan bahawa mereka disekat kerana mereka berkulit gelap, tua, perempuan, muda, lelaki, terlalu bertindik, atau agama yang tidak sesuai. Kalau ia tidak pernah didengar, maka mereka akan merekaciptakannya. Mereka menuduh musuh diskriminasi.

Tetapi Salomo lebih tahu. Hamba, atau anak lelaki pun, tidak dinaikkan pangkat kerana malas, bodoh, tidak hormat, atau lamban. Warna kulit, umur, jantina, kepercayaan, atau bangsa kurang pengaruhnya. Orang di kedudukan kekuasaan memerlukan pencapaian dan keberhasilan; mereka akan mengganjari orang yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka, tidak kira apa pun ciri-ciri peribadi mereka.

Berapakah pentingnya hikmah? Hikmah membawa kenaikkan pangkat dan kehormatan – kebebalan membawa penurunan pangkat dan malu (Ams 3:35; 4:8; 12:8; 16:20; 22:4). Ketekunan membawa kemajuan; kekukangan membawa kelaparan (Ams 12:24; 20:4; 22:29). Seseorang yang tidak maju secara profesional tentulah bebal, kekukangan, tidak hormat, lamban, atau gabungan mana-mana yang tersebut.

Seorang hamba yang dinaikkan pangkatnya mengatasi seorang anak yang bebal. Pertimbangkan peraturannya. Si anak dapat memahami isi hati ayahnya dengan lebih mudah. Tetapi seorang pemilik perniagaan atau majikan menuntut pencapaian! Dia tidak peduli akan umur, warna kulit, jantina, kepercayaan, atau bangsa. Dia sangat memerlukan keberhasilan, ketepatan masa, integriti, dan ketaatan. Dia tidak dapat memakai anak yang bebal atau yang malas.

Seseorang hamba yang berhikmah dapat dinaikkan pangkat mengatasi anak lelaki, dan dia mungkin dapat bahagian harta pusaka bersama anak-anak lelaki bos – sebahagian hak milik perniagaan keluarga! Bagaimana? Seseorang pemilik niaga atau bos mendambakan pencapaian orang bawahannya, kerana kalau tidak, dia tidak akan mendapat pulangan yang mencukupi bagi pelaburan gaji pekerja atau modal dalam matlamatnya sendiri. Dia akan mengganjari orang yang bekerja dengan baik bagi tugas-tugas yang diberikan (Ams 27:18).

Hamba yang bekerja keras akan mendahului anak lelaki yang malas (Ams 10:5). Para raja menaikkan pangkat orang demikian (Ams 14:35). Diskriminasi ialah alasan yang bebal, malas, perut-perut lamban! Orang dengan kejayaan membenci para si lamban yang mengadu, yang menuduh keadaan-keadaannya daripada sebaliknya mengaku bebal dan ada pencapaian yang buruk. Mereka menginginkan orang yang akan menyiapkan tugasnya, dan mereka akan mengganjari orang demikian.

Ketika Raja Salomo nampak keberhasilan Yerobeam – cerdas, tekun, dan sistematik dalam perlaksanaan usaha – walalupun dia orang yang muda, Salomo menaikkan pangkatnya ke pangkat pihak pengurusan (1Raj 11:28). Dia tidak memberi pekerjaan itu kepada mana-mana anak lelakinya. Beberapa tahun lagi Yeroboam menjadi raja kepada sepuluh suku kaum Israel, dan anak kesayangan Salomo, Rehabeam, hanya memiliki dua suku kaum!

Kejayaan pada zaman kemakmuran, zaman bergaji besar, dan zaman kekukangan ini adalah mudah bagi seorang Kristian. Ia tergantung seperti buah plum yang masak di atas pokok. Dengan suatu tangga yang bernama hikmah, ia dapat dicapai dengan mudah bagi semua. Hai pembaca, naik tangga itu dan petiklah buah itu! Jangan berdalih; jangan menuduh orang lain; pakailah tangga itu dan petik buah itu sebelum orang lain berbuat demikian. Kitab Amsal ini ialah kitab untuk hikmah.

Para pendatang asing kerap kali ke Amerika dalam keadaan miskin namun membangunkan kehidupan yang sungguh makmur. Mereka tidak mengadu, menyaman, atau bercakap tentang diskriminasi. Mereka bekerja dengan tekun, hidup dengan kedekut, menabung dengan setia, berubah dengan bijak, dan hidup berdamai. Tetapi orang lain dengan keistimewaan yang lebih tidak maju ke mana-mana pun. Apakah bezanya? Walaupun tidak mengenal Allah, sesetengah orang mengamalkan hikmah semula jadi.

Yusuf ialah hamba asing remaja dengan pengalaman kerja sebagai gembala, yang dipandang rendah oleh orang Mesir. Tetapi dia beroleh maju dengan berkat Allah di rumah Potifar (Kej 39:1-6). Walaupun dituduh dan disabitkan kesalahan rogol, kesetiaannya di penjara memperoleh baginya tugas pentadbiran di sana (Kej 39:19-23). Kemudian, dia mendahului anak-anak lelaki Firaun lalu memerintah Mesir (Kej 41:38-46)!

Daniel merupakan tawanan Yahudi yang remaja yang kemudian dijadikan sida-sida. Tetapi dia mencapai pangkat pertama di kelasnya dalam program pengurusan raja (Dan 1:18-21). Walaupun dia orang asing, pangkatnya dinaikkan mengatasi semua orang Babel dan dia menjadi ketua para pekerja Raja Nebukadnezar. Dia mengekalkan kedudukannya yang tinggi untuk 70 tahun, bahkan pada waktu Cyrus, orang Parsi, mengambil alih kekuasaan empayar itu.

Daud memperlakukan dirinya dengan berhikmah dan seluruh negara mengasihinya (1Sam 18:30). Apakah latar belakangnya? Dia seorang gembala dari desa Betlehem yang terpencil, tidak dipedulikan oleh keluarganya sendiri ketika mereka menampilkan anak-anak lelaki untuk kehormatan. Dia dengan mudah mendahului tujuh orang abangnya. Dan keluarga raja berpihak kepada Daud daripada berpihak kepada ayah mereka sendiri. Biar Allah benar!

Apakah sumber kejayaan dalam amsal ini? Hikmah! Itulah kualiti yang merangkumi seluruh arahan kitab ini. Seorang perempuan yang berkulit gelap, dari Sri Langka dengan percakapan tergagap-gagap dan dengan kaki tempang masih dapat maju, jika dia mengamalkan hikmah Amsal. Tetapi jika dia tidak, si bebal itu akan akhirnya melayani orang yang berhikmah (Ams 11:29)! Yang mana satu kamu ingin jadi, hai pembaca?

Seorang anak miskin boleh dinaikkan pangkat mendahului seorang raja tua hanya kerana satu sebab yang mudah – hikmah (Pkh 4:13). Raja membenci teguran, jadi dia menolak pembetulan. Orang yang terlalu angkuh untuk mendengar orang lain adalah lebih teruk daripada orang bebal (Ams 26:12). Seorang anak yang berhikmah rela untuk belajar (Ams 9:9). Dia tidak ada masalah untuk disuruh berbuat apa-apa. Pemuda itu sedang maju! Raja itu, tidak!

Apakah maksud ketekunan? Kerja keras dan lekas tanpa berhenti sehingga tugas itu selesai. Ketekunan mencari tugaskemudian, menyerang tugas itu dengan keghairahan, dan menyelesaikannya tanpa mengadu atau berehat. Hikmah tidak memikir tentang sarapan sepanjang pagi dan tidak memikir tentang waktu habis kerja sepanjang petang. Ia berusaha untuk melakukan tugas sebaik semungkin, dengan lekas, sehingga tugas itu diselesaikan dengan sempurna.

Hai pembaca, Allah melalui Raja Salomo telah memberimu banyak harapan yang profesional, jika kamu mahu membaca dan percaya amsal ini. Lupakan alasan! Ingatlah pencapaian! Berhenti menuduh keadaan-keadaanmu dan berusaha melebihi jumlah kerja orang lain di sekitarmu. Belajar supaya bekerja pintar. Tepati masa, hormati orang, dan hidup jujur. Krim selalu naik ke atas. Belajar kitab Amsal dan pakailah pelajarannya setiap hari. Akuilah kesalahan dan tambahkan dua kali ganda usahamu. Cintailah kerjamu, dan lakukannya dengan segala kekuatanmu (Pkh 9:10). Percaya kepada Allah untuk menaikkan pangkatmu (Maz 75:6-7; Kol 3:22-25). Dia pasti akan berbuat demikian!

Yesus mengajar doktrin ini berkenaan hal rohani bagi para pengikutNya dan para rasul (Luk 12:35-48). Hamba-hamba yang tekun pada waktu tuan tidak hadir akan dinaikkan pangkat untuk memerintah atas segala yang dimilikinya. Tetapi orang yang malas bekerja akan dipecat dan dilemparkan keluar bersama para pembohong. Pertimbangkan tahap piawai tinggi panggilanmu itu. Jerih lelah tidak sia-sia dalam Tuhan.

Jadilah setia dan tekun di kerajaan syurga lalu terimalah berkatNya, daripada mengadu bahawa Dia terlalu keras dan berdiskriminasi (Mat 25: 14-30). Yesus mengutuk hamba yang durjana dan yang kekukangan itu, merampas segala wangnya, dan melemparinya ke kegelapan di luar di mana hamba itu menggertak gigi dan menangis tentang nasibnya. Dan Dia memberi wang hamba itu kepada orang yang berhasil. Orang kaya menjadi lebih kaya oleh hikmah, dan orang miskin menjadi lebih miskin tanpa hikmah.

Pekerja Kristian haruslah orang yang paling baik dalam apa pun bidang kerja (Rom 12:11; Kol 3:22-25; 1Tes 4:11-12; 1Tim 6:1-2; Tit 2:9-10). Perangai yang luar biasa dalam pekerjaan menghiasi doktrin Allah Juruselamatmu dan menyelamatkan agama Kristian daripada kekufuran jauh melebihi perkataan semata-mata. Perbuat segalanya yang kamu buat seperti kepada Tuhan Yesus Kristus sendiri, dan Dia akan mengganjarimu sekarang dan kemudian.

Yesus Kristus dijadikan sedikit lebih rendah daripada para malaikat ketika sebagai Hamba Allah yang manusia (Mat 12:18). Tetapi Dia juga dengan berhikmah dan dengan setia menyelesaikan kerja yang paling sukar yang pernah ditugaskan sehingga Dia dinaikkan pangkat jauh mengatasi segala anak-anak lelaki malaikat Allah (Ayb 1:6; 1Pet 3:22). Dia tidak pernah malas atau beroleh kecewa, dan pada hari ini juga Dia sedang memerintah atas segalanya (Flp 2:5-11).