Amsal · Proverbs

19:25
Pukul si pencemuh, dan orang pandir akan berhati-hati: dan cela seorang yang ada pemahaman, dan dia akan memahami pengetahuan.

Kasih yang keras berkesan, secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kamu menghukum seorang pencemuh, ia patut menutupi mulutnya yang memberontak, dan kamu juga menyampaikan amaran kepada orang bebal yang melihat yang sedang memikir tentang pemberontakan.

Orang berhikmah hanya memerlukan celaan, dan mereka akan bertumbuh dalam pengetahuan. Banyak kebaikan boleh terjadi melalui kasih yang keras, yang merupakan hukuman atau celaan bagi orang yang memerlukannya (Ams 21:11).

Generasi ini memanggil untuk pelayanan yang lemah-lembut bagi kanak-kanak, muda-mudi, para penjenayah, dan tawanan peperangan. Amerika lebih keperempuanan daripada perempuan yang sedang akhil baligh. Kebanyakan gereja sekarang mengajar bahawa memanja ialah layanan yang paling baik dan yang paling berkesan bagi ahli-ahli gereja yang berdosa.

Celaan, teguran, dan penghakiman haruslah dipulihkan di rumah Allah dan di tempat-tempat lain juga (Yes 58:1; Yer 4:1-10; 2Tim 4:3-4; Tit 2:15; 1Kor 5:1-5). Berdoalah bagi orang kudus seperti Elia, Yohanes Pembaptis, dan Paulus untuk bangkit dan melepaskan sangkakala firman Allah terhadap dosa dan para pendosa.

Kalau kamu menerima generasi ini punya pendidikan yang cabul, kamu akan percaya bahawa hanya kemurahan atau kaedah saling berhujahan patut dipakai dengan seorang pencemuh, dan bukan kekerasan atau hukuman. Mereka menyatakan bahawa kepedihan bukanlah pencegahan. Tetapi kamu harus percaya kepada firman Allah dan membenci segala akal/gagasan palsu manusia (Maz 119:128). Kepedihan yang cukup akan menghentikan para pesalah, dan amsal ini mengajar bahawa ia akan memberi amaran kepada orang lain juga.

Ketika Yesus berkhutbah, orang ramai bersukacita untuk bertumbuh dalam pengetahuan (Mar 12:37; Luk 13:17; 19:48; 21:38). Tetapi para pencemuh dibungkamkan mulut mereka dan takut lebih lanjut menyoal Yesus (Luk 13:17; 20:40). Israel tidak pernah mendengar seorang pengkhutbah sedemikian untuk sekian lama, kerana guru-guru mereka yang mesra politik, keperempuanan, dan yang halus adalah tidak terhormat (Mat 7:28-29).

Menghukum para pencemuh secara umum ada manfaat sampingannya. Allah mewajibkan muda-mudi yang pemberontak di Israel untuk direjam mati, dengan kesan yang cukup terang bagi para remaja lain yang melihatnya (Ula 21:18-21). Paulus menulis kepada Timotius, “Mereka yang berdosa tegur di hadapan semua orang, agar yang lain juga takut” (1Tim 5:20). Peraturan Paulus dengan utama dipakai untuk para penatua yang berdosa, tetapi ia juga mengesahkan pelajaran amsal ini bagi semua orang.

Membuat contoh yang terang di khalayak ramai ialah hikmah. Ini boleh terjadi di gereja, rumah, sekolah, pejabat, tentera, atau bagi manfaat negara. Ketika seorang ketua kejahatan dijatuhkan dan dihukum, para pengikut yang bodoh juga mendapat pesanan yang jelas yang tidak boleh dikomunikasikan dengan perkataan semata-mata. Pihak berkuasa atas sebuah kumpulan terutamanya haruslah mengekalkan kuasa mereka dengan cara demikian.

Hai ibubapa, jika kamu harus mendisiplinkan seorang anak, lakukannya terang-terang di hadapan seluruh keluarga bagi manfaat anak-anakmu yang lain. Jika ini dilakukan secara konsisten dengan anak yang paling tua, maka yang muda akan bertumbuh untuk menghormati dan mentaatimu. Jika kerajaan telah belajar hikmah Allah, hukuman yang umum dan hukuman mati akan membawa manfaat kepada negara (Ula 17:8-13; 19:16-21; 21:18-21).

Pertimbangkan contoh-contoh Alkitab. Merejam mati orang yang telah dengan sikap mencemuh mengumpul ranting pada Hari Sabat telah mendapat perhatian Israel (Bil 15:30-36). Merejam mati orang yang telah mengubahkan sembahyang Allah adalah berkesan bagi seluruh gereja (Ula 13:6-11). Ananias dan Safira telah mencemuh para rasul Allah lalu disambar mati bagi kebangkitan ketakutan di gereja Yerusalem (Kis 5:1-11).

Ketika hukuman tidak dilaksanakan dengan lekas, kedua-dua pencemuh dan orang pandir mengeras hati dalam jalan mereka untuk berbuat jahat (Pkh 8:11). Jika kamu ada kekuasaan di rumahmu, tempat kerjamu, kerajaanmu, atau gerejamu, ia tugasmu untuk mengamalkan amsal ini bagi hukuman para pencemuh dan memberi amaran kepada orang pandir. Hikmah dan kewajaran disanjungi dan disebarkan dengan tindakan-tindakan yang demikian.

“Sepatah dua kata kepada orang berhikmah adalah mencukupi”, memang benar. Ia bermaksud bahawa orang berhikmah memerlukan hanya sedikit teguran atau amaran untuk belajar pengetahuan (Ams 1:5; 9:9). Hukuman tidak wajar bagi orang-orang ini. Tongkat dan sebatan akan keterlampauan. “Satu teguran lebih memasuki orang berhikmah daripada seratus sebatan bagi orang bebal” (Ams 17:10). Hikmah ialah kemampuan untuk membeza-bezakan ini.

Oleh sebab orang baik ada hati yang mulia dan mencari pembetulan, tugasmu untuk menegur dan mengajar mereka ialah suatu kehormatan (Ams 9:8; 25:12). Teguran terbuka lebih baik daripada kasih yang rahsia, dan luka seorang sahabat adalah setia (Ams 27:5-6; Ima 19:17). Orang berhikmah mengekalkan tenaga dan masa mereka yang terhad dengan mengelak para pencemuh mana-mana ia mungkin dan memberi lebih perhatian kepada orang baik.

Orang berhikmah mengenal para pendengar mereka dan mengubahkan cara layanan terhadap mereka dengan sewajarnya. Jika mereka ada bersama orang yang terkawal dan yang mulia, mereka tahu bahawa teguran yang lemah-lembut atau yang amaran murah hati sudah mencukupi untuk berkesan. Mereka tidak dengan bergegas atau dengan jahil memakai kaedah yang salah terhadap pendengar yang tidak sesuai. Mereka tahu bagaimana membezakan tindakan simpati bagi sesetengah orang dan yang lain untuk menarik keluar dari api (Yud 1:22-23).

Hayatilah ketiga-tiga pelajaran dari amsal ini. Pertama, hukumlah para pencemuh terang-terang di khalayak ramai bagi manfaat sampingan bagi orang bebal yang sedang melihat. Kedua, ketika perlu, tegur orang berhikmah pun, kerana mereka akan dengan lebih lanjut bertambah dalam pengetahuan. Ketiga, pastikan kamu bukan seorang pencemuh atau orang yang pandir, tetapi sebaliknya menjadi seorang berhikmah yang menghargai teguran dan bertumbuh dalam pengetahuan dengan itu.

Pernahkah kisah-kisah dalam Alkitab seperti hukuman para pencemuh Kain, Korah, dan Yudas, memberi suatu kesan terhadap dirimu? Atau adakah kamu dengan bebal terus hidup dengan berfikir bahawa segalanya adalah baik dengan kehidupanmu? Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu! Allah syurgai tidak akan bertahan dengan dosa; Dia akan menghukumnya. Pilihlah untuk hidup dengan terkawal dan dengan berhikmah. Pilihlah untuk mencari dan mengasihi hikmah, meskipun ia melibatkan teguran.

Allah telah mentahbiskan supaya anak-anakNya menyertai gereja tempatan. Di sana mereka melihat hukuman para pencemuh di dalam Alkitab oleh Allah dan para pencemuh di sekeliling mereka oleh seorang pastor yang setia. Di sana mereka ada para ahli gereja yang mengasihi dan yang berhikmah untuk mencela dan memberi amaran kepada mereka tentang kesalahan dalam kehidupan mereka bagi penyempurnaan mereka di hadapan Allah dan manusia. Adakah kamu berada dalam gereja yang sedemikian?