19:4
Kekayaan mendatangkan banyak kawan; tetapi orang miskin diasingkan daripada jirannya.
Wang dapat membeli kawan, banyak kawan. Orang kaya dengan mudah ada rombongan kawan pengiring yanggembira untuk melayani. Orang miskin, tanpa wang, tidak dapat jiran pun untuk bermesra kepada mereka. Seorang raja yang berhikmah telah menulis amsal ini bagi pelajaran-pelajaran yang dapat membantumu untuk beroleh pemahaman dan menjadi berjaya.
Persahabatan yang berasaskan wang adalah palsu, dan rombongan orang pengiring yang gembira dan yang membantu itu ialah orang yang mementingkan diri sendiri. Sesudah wang itu habis dipakai, teman-teman waktu senang itu akan menghilangkan diri, dan rombongan itu akan lesap. Jiran-jiran yang dahulu suka membantu pun akan mengelak dan menolak orang miskin.
Sesetengah amsal mengajar pelajaran yang cukup terang. “Didiklah seorang anak dalam jalan yang patut dipakainya: dan apabila dia tua, dia tidak akan meninggalkannya”, tidak sukar untuk tanggapi (Ams 22:6). Nilainya diperoleh dengan menyelami erti sepenuhnya didikan yang wajar, perangai naluri budak, jalan yang dia harus pakai, dan apakah maksudnya anak yang sudah tua. Pelajaran itu jelas, tetapi kamu harus menggali untuk butir-butirnya.
Amsal-amsal yang lain mengisytiharkan pemerhatian kehidupan. Pelajarannya hanya ditemui secara tersirat, dan ia tanggungjawabmu untuk mencarinya. Salomo telah menulis banyak amsal jenis demikian, dan inilah salah satu daripadanya. Dia telah menulis pemerhatiannya tentang kesan-kesan wang kepada perhubungan, dan ia istimewa bagi dirimu untuk mengenalpastikan pelajarannya, iaitu kecaman untuk menyukat orang dengan wang.
Pemerhatiannya benar. Manusia mengikut orang dengan wang, sebab mereka harap untuk memperoleh sesetengah itu bagi diri mereka sendiri. Belajar untuk melihat sebalik kata-kata yang palsu dan perilaku orang demikian, yang akan menyusup masuk di antara kawan-kawan yang kaya. Mereka bukan di sana untuk orang kaya itu; mereka di sana untuk kekayaan orang itu. Mereka harap untuk mendapat apa pun yang mungkin melimpah dari kekayaannya.
Bilangan orang kawan tidak harus mengagumkanmu: bilangan besar hanya sementara – sementara wang itu kekal. Kepopularan itu tidak membuktikan apa pun yang baik atau yang mulia oleh orang yang sedang diikuti atau para pengikut. Kamu harus mengenalpastikan kuasa rasuah dan ketamakan manusia, dan kamu harus ada pandangan yang curiga terhadap kepopularan yang disebabkan kejayaan kewangan atau pengaruh.
Cinta akan wang ialah akar segala kejahatan. Ia menyebabkan manusia menjalinkan persahabatan yang berasaskan keuntungan kewangan daripada berasaskan akhlak. Ini semua bukan persahabatan yang benar tetapi persahabatan ketamakan dan kedambaan. Ketika wang itu sudah habis, persahabatan itu tamat. Jiran pun, yang patut ada semangat kejiranan kepada satu sama lain, akan mengelak dan menolak orang yang miskin.
Salomo telah membuat pemerhatian ini bagi anak lelakinya beberapa kali (Ams 14:20; 18:16; 19:6-7). Sementara merupakan anak lelaki kepada raja yang kaya, dia akan dikelilingi oleh para pengampu bagaikan pacat. Dia harus berhikmah dan melihat udang di sebalik batu persahabatan itu untuk menyukat akhlak mereka. Orang yang berprinsip tidak peduli tentang wang atau kelebihan; mereka berada di sana untuk jangka masa panjang (Ams 17:17). Para raja, dan orang yang berjaya, menuntut untuk akhlak supaya dapat hidup (Ams 25:4-5; Maz 101:1-8; 144:11-15).
Kejayaan kewangan sahaja bukanlah suatu sukatan tepat bagi manusia. Ada terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada kekayaan melebihi akhlak dan kemampuan. Ada orang kaya bebal, dan ada orang miskin yang berhikmah. Waktu dan nasib terjadi kepada mereka semua (Pkh 9:11). Jadilah terpelajar: orang berhikmah jauh lebih unggul daripada orang kaya yang bebal (Ams 19:1; 28:6; Pkh 4:13; 9:13-16).
Pertimbangkan dua contoh Alkitab yang menunjukkan bagaimana kekayaan memberi kesan kepada persahabatan. Ayub, yang dahulu kaya, mengadu bagaimana kawan-kawannya yang paling intim dan saudara maranya telah meninggalkannya ketika berada dalam kemiskinan dan masalah yang paling teruk (Ayb 19:8-19). Tetapi Yonatan, putera Israel, teladan yang paling baik seorang sahabat, telah menyerahkan kedudukannya yang tinggi dan kekayaannya yang besar untuk berkawan dengan gembala miskin, Daud (!Sam 18:1-4; 20:30). Sahabat sejati tidak dipengaruhi oleh kekayaan langsung.
Jangan mengasihi orang lain bagi apa yang mereka dapat buat bagimu. Yesus telah berkata, “Apabila kamu menyiapkan suatu jamuan makan malam, jangan memanggil kawan-kawanmu, atau saudara maramu, atau kaum keluargamu, atau jiranmu yang kaya; supaya jangan mereka juga mengundangmu semula, dan suatu pampasan diberi kepadamu. Tetapi apabila kamu menyiapkan suatu jamuan, panggillah orang miskin, orang cacat, orang tempang, dan orang buta: Dan kamu akan diberkati; kerana mereka tidak dapat membayarmu semula: sebab kamu akan diberi pampasan pada waktu kebangkitan orang benar” (Luk 14:12-14). Hanya mengasihi orang yang mengasihimu tidak diperkenankan (Luk 6:32).
Yesus Kristus, Yang sangat kaya, menjadi miskin untuk berkawan dan menyelamatkan orang bedebah yang miskin benar, supaya mereka dapat menjadi kaya oleh kemiskinanNya (2Kor 8:9). Di sinilah persahabatan yang tidak pernah diketahui manusia naluri. Di sinilah pemberian yang tidak terkatakan – injil. Orang yang mengenal Yesus Kristus akan dengan mudah menghanguskan dirinya untuk melayani orang yang tidak boleh bayar balik (2Kor 12:15).