Amsal · Proverbs

19:3
Kebebalan orang mencabuli jalannya: dan hatinya gusar terhadap TUHAN.

Manusia ada masalah di dalam kehidupan oleh sebab kebebalannya sendiri, namun, kemudian, mereka menuduh Tuhan bagi itu! Betapa cabul kejahatan ini! Dia tidak ingin hidup menurut hikmah Allah, sebab dia ingin bertindak menurut jalannya sendiri. Tetapi apabila kesan-kesan pilihannya yang bebal itu mengigitnya, dia merungut dan menuduh Allah bagi kesusahan-kesusahannya itu. Betapa meluat, ingkar dan tidak bersyukur orang bedebah ini!

Allah baik terhadap semua, dan belas kasihanNya itu diatas semua orang. Dia menawarkan hikmah secara percuma kepada sesiapa sahaja yang inginkannya (Ams 8:1-5,32-36; 9:1-6). Tetapi orang bebal ketawakan hikmah; mereka ingat cara mereka lebih baik. Mereka akan memakan buah hasil kebebalan mereka itu (Ams 1:29-33). Orang yang kekurangan hati nurani di dalam amsal ini menuduh Allah akan ketidakadilan jalan-jalanNya, tetapi jalan-jalan orang bebal itulah yang tidak adil (Yeh 18:25)!

Para pembaca, adakah amsal ini benar tentang kehidupanmu? Sudahkah kamu memilih jalanmu sendiri dan telah bertemu dengan kesakitan dan masalah sebagai kesan pilihan itu? Pernahkah anda memikir bahawa Allah itu tidak adil? Pernahkah anda berasa geram terhadapNya kerana tidak menyelamatkan kamu atau menjawab doa-doamu itu? Adakah kamu membenarkan fikiran-fikiran marah, tidak puas hati, gusar, atau memperbenarkan diri sendiri itu muncul terhadap TUHAN? Salah kamulah kesan-kesan itu terjadi akibat pilihan-pilihan teruk kamu di dalam kehidupan.

Perhatikan dengan teliti bahawa hati orang bebal itulah yang merungut. Fikiran-fikiran dalamanmu itulah yang harus ditelitikan, dan ucapan-ucapan keagamaanmu di dalam gereja tidak akan menutupinya. Apa yang sedang difikirkan di dalam hatimu, sementara semua orang disekelilingmu tidak boleh nampak? Bagaimanakah cara kamu berfikir? Tuhan nampak kesemua kegusaranmu itu. Dia nampak kesemua fikiran marah, murung atau tidak puas hati itu. Kamu harus menujukan kegusaran kamu itu terhadap dirimu sendiri dan terhadap kebebalanmu daripada terhadap Allah.

Kegusaran sebegitu ialah dosa! Tiada sesuatupun yang kamu miliki milik kamu. Semuanya itu hadiah daripada syurga. Allah telah menetapkan di dalam kehidupanmu, kemampuanmu, ibubapamu, kesihatanmu, kanak-kanak, kerja, pasanganmu, masa, dan apapun yang lain yang dapat kamu namakan. Harus mengapa kamu merungut terhadapNya bagi hadiah-hadiah ini? Semuanya itu bukan kamu punya; ia kepunyaan Allah. Dia meminjamkannya kepadamu, dan Dia mengharapkan pulangan yang cukup berhasil. Kamu berhutang kepadaNya! Dia langsung tidak berhutang kepadamu kecuali menyiksa jiwamu di dalam kekekalan. Apapun yang kurang daripada itu ialah belas kasihan yang suci.

Tetapi apabila kamu gusar terhadapNya selepas mencabuli pemberian-pemberianNya melalui kekukangan atau kebebalan, fikiran merungut kamu itu racun pemberontakan daripada neraka yang meleleh keluar daripada hatimu. Kamu menambahkan kejahatan kepada dosa-dosamu. Hancurkan semua fikiran berdosa itu. Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah. Carilah kesukaan dan kepuasan kamu di dalamNya, daripada hadiah yang diberikanNya. Terimalah tindakanNya menahan hadiah. Akuilah kebebalanmu yang membawa kemalanganmu itu.

Adam telah membawa malu dan maut ke atas dirinya sendiri di Taman Eden, dan dia telah menuduh Allah baginya (Kej 3:11-12). Kain telah dikutuk kerana membunuh adik lelakinya, dan dia telah menuduh Allah bagi hukumannya yang terlalu berat (Kej 4:13-14). Ahab mendapati dirinya terlibat di dalam peperangan akibat pembunuhan kejam Nabot, dan dia membuat tuduhan bahawa Allah tak pernah memberkatinya (1Raj 22:8). Dimanakah ketiga-tiga orang ini pada hari ini? Besar kemungkinan dimana mereka patut ada! Dimanakah kamu berada pada hari esok?

Kebanyakan masalah yang menimpa dirimu disebabkan oleh kesalahanmu sendiri. Kamu telah cuai memegang Firman Allah dengan setia. Kamu secara bebal telah memilih jalanmu sendiri. Kesungguhanmu untuk mengikut hikmah suam-suam sahaja. Tidakkah kamu nampak kenyataan ini?Akuilah kebebalan cara jagaanmu akan apa yang telah diamanahkan kepadamu. Jika kamu tidak, kesakitanmu itu akan bertambah (Ayub 36:16-18).

Di dalam segi kehidupan apakah yang kamu sedang bebal? Itulah yang akan kembali menghantuimu. Jika kamu menuduh Allah bagi kerunsingan itu, kamu menambahkan lebih dosa kepada kebebalanmu itu. Cukup nyatalah mengapa kehidupanmu itu huru-hara. Alkitab menyatakan, “Inilah jalannya, kalian berjalanlah di dalamnya” (Yes 30:21). Jika kamu telah menolak arahan dan hikmah, kerana kamu ada akal yang lebih baik, atau kerana ada pastor yang terlalu melampau, atau kerana merasa Alkitab itu terlalu ketinggalan zaman, atau kerana ayahmu tidak melakukan sedemikian, maka kamu harus berwaspada.

Allah tidak diperolok-olokkan; janganlah kamu diperdayakan. Jika kamu mengkompromi FirmanNya di dalam perkahwinanmu, keluargamu, fikiranmu, ucapanmu, atau apapun bahagian kehidupanmu, kamu akan menuai hasil yang menyakitkan (Gal 6:7).Dia telah menjadikan manusia jujur, tetapi mereka telah mencari banyak rekacipta (Peng 7:29). Apakah yang telah kamu rekaciptakan menentang perintah-perintahNya? Jalan-jalanNya rata; jalan-jalanmu tidak rata. Jika kamu tambahkan kegusaran kepada dosamu, Dia akan datang dengan hukuman atau pengadilan yang lebih besar.

Jika kamu telah hidup secara bebal dan kamu bermasalah, hanya ada satu perkara untuk dibuat. Elihu telah memberikanmu suatu doa kepada Allah untuk pengampunan, “Allah memandang kepada manusia, dan jika sesiapapun berkata, Aku telah berdosa, dan telah mencabuli apa yang benar dan itu tidak menguntungkan aku; Maka Allah akan menyelamatkan jiwanya daripada memasuki liang kubur, dan hidupnya akan melihat cahaya” (Ayub 33:27-28). Jika kamu sudah bebal, inilah yang patut jadi doamu, dan kamu tidak harus gusar terhadap Allah sesekalipun.

Jika ada orang yang layak gusar terhadap keadaan hidupnya, orang itu ialah Tuhan Yesus Kristus. Tetapi apabila berhadapan dengan tugas yang paling memenatkan dan menakutkan di dalam kehidupanNya itu yang sukar – untuk membayar bagi kejahatanmu – Dia telah berkata, “Namun bukanlah kehendakku, tetapi kehendakmu terlaksana” (Luk 22:42). Dia tidak pernah mencabuli jalan Allah, tetapi kena membayar bagi kamu kerana kamu mencabuli jalanmu. Dan Dia masih tidak gusar. Terpujilah Anak Allah yang diberkati dan yang sempurna.